suria

Pertama kali jumpa dah mesra, siap panggil ‘mak’... gadis selamba dukung ‘baby’ 3 minggu, tapi Miah pilih bela arnab sebab kambing cerewet!

Miah bersama anak kambing ketika berkunjung ke kandang milik keluarga rakannya.

KEMESRAAN yang ditunjukkan oleh seorang gadis bersama seekor anak kambing di sebuah kadang ternakan haiwan itu menjadi perhatian.

Dalam pangkuan si gadis yang diibarat seperti anak, haiwan ternakan itu beberapa kali mengembek yang kedengaran seperti memanggil emak.

Walaupun nampak begitu mesra, namun anak kambing itu bukanlah kepunyaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak joging pun tak senang" - 4 anak kambing seronok ikut wanita ini berlari sambil panggil 'mak, mak'... pernah jatuh kolam sebab 'brek tak makan'

ARTIKEL BERKAITAN: Angah dipakaikan baju, lampin... dibawa tidur sekatil! Ada yang sanggup bayar cash RM5,000 untuk cucu - "Tak jual kecuali RM8 juta"

Gadis berkenaan, Siti Nurislamiah Sheikh Mohd Sahidi berkata, kambing tersebut sebenarnya milik rakannya yang tinggal di kampung yang sama di Chini Timur 1 di Pekan, Pahang.

Lebih mesra disapa Miah, katanya, haiwan itu diternak bersama sekumpulan kambing di kandang yang terletak di kawasan rumah rakannya.

"Secara kebetulan, saya dengan kawan tu nak pergi berjalan-jalan pusing satu kampung. Saya datang ke rumah dia dan ketika itu dia sedang beri kambing-kambingnya makan.

"Saya pun join sekali. Saya nampak seekor anak kambing yang comel, dukung dia sambil buat rakaman. Usia kambing lebih kurang tiga minggu," katanya kepada mStar.

kambing member 4

Kandang kambing milik bapa rakan Miah.

Gadis berusia 21 tahun itu berkata, kandang kambing milik bapa rakannya itu terletak di belakang rumah dan diusahakan sejak hampir tiga tahun lalu.

"Mula-mula ternak dulu cuma empat ekor. Alhamdulilah kambing semakin bertambah. Tapi ada yang dah jual.

"Keseluruhan kambing sebelum ini terjual kira-kira 40 ekor. Sekarang yang tinggal sebanyak 20 ekor," ujarnya yang berasal dari Pekan.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia tidak menternak kambing, sebaliknya memelihara arnab pedaging sebanyak 10 ekor.

kambing member 2

Miah (kanan) dan rakannya, Masyitah.

Mengulas mengenai video dirinya bersama anak kambing, Miah menjelaskan panggilan yang kedengaran seperti 'mak' itu adalah perkara biasa bagi ternakan itu yang masih kecil.

"Memamg semua anak kambing bunyi macam tu. Biasalah, baby lagi. Saya pun pertama kali datang melawat kambing-kambing tu.

Anak kambing tu nampak manja, itu sebab saya berani nak pegang dan dukung. Kalau mak atau ayah kambing tu, takutlah juga

SITI NURISLAMIAH SHEIKH MOHD SAHIDI

"Anak kambing tu nampak manja, itu sebab saya berani nak pegang dan dukung. Kalau mak atau ayah kambing tu, takutlah juga.

"Bila saya nampak anak kambing yang kecil, saya terus dukung. Kambing tu comel sangat. Biasanya kawan saya yang selalu beri makan kepada kambing-kambing," katanya sambil menambah haiwan ternakan itu diberi makan dedak dan daun pokok ara.

kambing member 5

Antara kambing yang diternak.

Dalam pada itu, Miah yang membantu kakaknya berniaga di kantin sebuah kilang berpandangan adalah sukar untuk menternak kambing.

"Saya rasa susah sebab kambing ni berbeza dengan cara ternakan lembu. Kalau kambing kena jaga makan minum, sedikit cerewet.

"Kalau lembu, kita tinggal lama mana pun tak apa sebab haiwan ni pandai cari makan sendiri. Sebab itu lembu dilepaskan keluar dari kadang kerana ia pandai cari jalan balik," ujarnya.

kambing member 3

Miah turut memberi makan kepada kambing di kandang.

Bagi ternakan kambing, katanya, haiwan ternakan itu perlu diberikan perhatian penuh sepanjang masa ketika pemberian makanan setiap hari.

"Tapi tuan kambing iaitu ayah kawan saya kata susah juga bila nak keluar ke mana-mana, Tak boleh tinggal macam tu je," kata Miah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain