BAKAT nyanyian gadis India Muslim ini membolehkan dia mengumpul peminat tersendiri di media sosial. Menurut Shameera Mardiana Mohamad Haniffa, 21, dia terharu apabila bakatnya menjadi perhatian ramai tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Biarpun ada yang keliru mengenai identitinya, dia yang mesra disapa Shameera tidak berkecil hati sebaliknya cuba memberi penjelasan agar tiada lagi kekeliruan pada masa akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu sangat special” - Bob bikin kejutan lagi... video cover lagu dikongsi Melly Goeslaw, jejaka Sarawak rasa nak menjerit macam tarzan! ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu! "Saya sedar ramai yang keliru, saya memang dilahirkan sebagai seorang Muslim, saya India Muslim. "Saya sebenarnya dah lama kongsi video nyanyian di TikTok, namun baru-baru ini video saya mula mendapat perhatian ramai. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya terharu dan sangat hargai sokongan yang diterima, khususnya daripada orang Melayu. Sokongan mereka juga membuatkan saya rasa dihargai. "Ia sangat bermakna buat saya. Rasa seperti bakat ini dihargai sekali gus memberikan semangat untuk saya terus menyanyi," ujarnya kepada mStar. Menurut Shameera yang menetap di Pulau Pinang, dia juga terharu apabila video nyanyian di aplikasi TikTok meraih sehingga ratusan ribu tontonan. Shameera mula menyanyi sejak berusia lima tahun. "Dulu saya kongsi video nyanyian di Instagram, kemudian saya kongsi juga di TikTok. Yang request lagu pun banyak. Ada juga mereka minta saya nyanyi lagu yang saya pun tak pernah tahu. Saya akan cuba penuhi permintaan itu. "Alhamdulillah, komen-komen juga semua OK. Setakat ini saya tidak menerima komen negatif. Saya melihat TikTok sebagai satu platform yang bagus. "Melalui TikTok juga saya dapat buat latihan dan asah bakat nyanyian," ujar anak keempat daripada lima beradik itu. Menyanyi pada saya bukan sekadar hobi tapi ia merupakan passion yang mengalir dalam jiwa. SHAMEERA Selain berkongsi video nyanyian di media sosial, Shameera juga sering membuat persembahan bersama live band di acara-acara tertentu. Imbas Shameera, minat itu sebenarnya sudah berputik sejak berusia lima tahun dan dia juga sering menyanyi setiap kali ada acara di sekolahnya. "Saya mula menyanyi masa umur lima tahun. Selalu juga menyanyi di sekolah. Kemudian, saya juga ada buat persembahan dengan live band di Pulau Pinang. Shameera bersama sebahagian ahli keluarganya. "Kadang-kadang buat persembahan di restoran, majlis kahwin, majlis hari lahir dan sebagainya. Menyanyi pada saya bukan sekadar hobi tapi ia merupakan passion yang mengalir dalam jiwa," ujarnya. Antara video cover oleh Shameera yang menerima pujian ramai tentunya lagu Suci Dalam Debu dendangan asal Allahyarham Saleem Iklim yang dibuat dalam bahasa Melayu dan Tamil. Kata Shameera, gubahan lirik baharu itu dihasilkan oleh bapanya, Haniff Razak yang juga seorang komposer. Selain meminati penyanyi Francissca Peter, Shameera turut menjadikan ibu bapanya yang berkebolehan dalam bidang muzik sebagai inspirasi utamanya. Akhir kata, Shameera turut berterima kasih kepada semua netizen yang tidak putus-putus memberi tiupan kata semangat dan sokongan setiap kali dia berkongsi video nyanyian di media sosial. "Terima kasih atas sokongan, saya sayang anda semua. Tanpa anda, siapalah saya," ujar Shameera. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI