USIA tidak menjadi penghalang untuk setiap individu mengejar minat dan cita-cita mereka. Begitu juga dengan Idris Mustaffa, 34, yang mula membabitkan diri dalam aktiviti meluncur ombak sejak setahun lalu. "Sebelum ini saya memang minat permainan ekstrem. Masa belajar dulu, saya pernah cuba wall climbing, rock climbing, daki gunung dan macam-macam lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah syok jalan di dasar laut, boleh pula tersadung! Ramai terhibur tukang rakam tergelak dalam air tengok pelancong tersungkur ARTIKEL BERKAITAN: Indah namun sepi pengunjung! Perkongsian ‘Gadis Pulau’ buat ramai tak keruan, tak sabar nak ke Tioman - “Rumah saya 10 meter je dari pantai” "Surfing pula saya baru cuba tahun lepas. Dah lama saya cari komuniti surfing di Malaysia. Mereka dah lama ada, cuma mungkin tidak begitu menonjol. "Jadi bila dah jumpa komuniti itu, saya pergi belajar dulu. Selepas beberapa sesi, baru saya beli papan luncur ombak," ujarnya kepada mStar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, aktiviti berkenaan bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, malah ia turut berkait dengan mental seseorang individu. Jelasnya lagi, dia juga takut pada awalnya, namun minat yang mendalam menjadi kekuatan untuk dia terus mencuba. Idris bersama isteri dan anak-anaknya. "Surfing memerlukan dua kekuatan iaitu mental dengan fizikal. Biasanya bila kita ke pantai, kalau nampak ombak besar, kita tak akan bermain di pantai. "Tapi situasi berbeza bila dah sertai aktiviti ini. Lagi besar ombak, lagi kita nak masuk. Mula-mula main, memang takut. Risau ditarik ombak. Sebenarnya sejak kecil saya dah latih mereka dengan air, selalu bawa main di kolam renang. IDRIS "Tapi saya belajar. Pada masa sama, kena ada keberanian. Agak susah sebenarnya, tapi bila cuba, baru saya rasai sendiri," ujarnya lagi. Selain dirinya, Idris turut memberi pendedahan kepada anak-anaknya untuk berjinak-jinak dalam sukan tersebut. Salah satu video memaparkan Idris bersama anaknya, Ulya yang berusia lima tahun sedang meluncur ombak di sebuah pantai di Terengganu turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok. Anak sulungnya, Aula turut dilatih untuk meluncur ombak. Selain Ulya, anak sulungnya iaitu Aula yang berusia tujuh tahun turut diberi pendedahan sama sejak tahun ini. "Saya sendiri baru dua season main surfing. Season bermaksud monsun, kiranya ini monsun kedua saya meluncur ombak. "Anak-anak baru belajar tahun ini. Nampak macam mereka selesa dengan ombak. Sebenarnya sejak kecil saya dah latih mereka dengan air, selalu bawa main di kolam renang. Rakaman yang meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok. "Tapi apabila melibatkan anak-anak, ia bukan perkara main-main. Saya kena tahu kawasan laut tu macam mana. Sama ada ia landai atau sebaliknya. Kena kaji tempat itu. "Ada banyak tempat untuk surfing di Terengganu, tapi tak semua tempat saya bagi anak-anak turun untuk surfing," ujarnya lagi. Mengenai dirinya, Idris sebelum ini menetap di Kajang, Selangor dan baru berpindah ke Terengganu pada bulan lepas. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai jurutera perisian dan turut menawarkan perkhidmatan berkaitan pakej pelancongan, namun kini sudah berhenti dan menjalankan perniagaan di Terengganu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI