suria

Runner kudung tangan dikata iras Faizal Hussein, atlet para akui ada persamaan watak filem Gila-Gila Remaja... kalau buka bisnes fesyen, boleh ajak Roy jadi model bersama!

Apit yang bekerja sebagai runner dikatakan wajahnya iras pelakon Faizal Hussein.

WALAUPUN kudung tangan, bukan penghalang bagi seorang pemuda mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

Pada usia 24 tahun, anak muda ini sanggup berhujan dan berpanas demi menggalas tanggungjawab dengan memberi khidmat sebagai penghantar barang atau runner.

Namun jauh di sudut hati, pemuda berkenaan, Muhammad Hafiq Hizwan Norizan tidak pernah melupakan detik hitam pada 31 Ogos 2015 apabila terbabit dalam kemalangan ketika menyertai konvoi motosikal sempena Hari Kemerdekaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar biasa cekal! Guna sebelah kaki, tak ubah suai basikal... pemuda ini mampu kayuh sejauh 25km - "Kalau sedih, bukannya boleh tumbuh balik"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kaki besi' tekan pedal curi tumpuan pengguna jalan raya, ramai tak tahu rider ini sebenarnya buat 4 kerja!

Susulan kejadian itu, dia mengalami kecederaan serius dan mengambil keputusan untuk membenarkan tangan kirinya dipotong sehingga kudung sebagai jalan terbaik.

"Selepas itu saya struggle kerana tidak bercampur dengan dunia luar selama setahun. Lebih banyak duduk di rumah.

"Saya kemudian terdetik sampai bila nak jadi macam ni, hanya berputus asa? Saya ambil keputusan untuk menyertai sukan bola tampar pada 2017," katanya kepada mStar.

runner kudung tangan 2 W

Apit aktif bermain bola sepak.

Lebih dikenali sebagai Apit, dia kemudian beralih kepada sukan bola sepak dengan menyertai pasukan Persatuan Bolasepak Orang Kudung Malaysia (Mafa).

Pemuda berasal dari Klebang, Melaka itu juga bergiat aktif sebagai atlet para negeri dalam acara olahraga dan menyertai temasya Sukan Para Sukma di Perak pada 2018.

Tuah berpihak kepada Apit yang mewakili Melaka apabila memenangi pingat gangsa dalam kategori 200 serta 400 meter (m).

runner kudung tangan 5

Apit (berdiri, kiri) bersama pasukan bola sepak di bawah Mafa.

Bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun lalu akibat pandemik Covid-19, anak sulung daripada lima beradik itu mencari rezeki sebagai runner.

"Bagi saya, runner ini tugasnya sebagai pemudah cara. Hantar barang, surat termasuk membeli barang-barang yang dipesan oleh pelanggan.

"Saya pegang pada prinsip jika kita permudahkan urusan orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita," katanya yang menghantar barang menggunakan motosikal.

runner kudung tangan 4 W

Ketika menyertai Sukma 2018.

Dalam pada itu, Apit turut mengisi masa lapang dengan memuat naik video-video mengenai dirinya sebagai runner dan kehidupan peribadi menerusi aplikasi TikTok pada Jun lalu.

Namun katanya, dia tidak menyangka dirinya menjadi perhatian netizen apabila wajahnya dikatakan iras dengan pelakon Faizal Hussein.

runner kudung tangan 3

Apit suka bergaya dan bergambar.

"Hanya baru-baru ini ada netizen komen kata muka saya iras Faizal Hussein, bila saya buat TikTok live, ada juga dapat komen yang sama.

"Saya rasa kelakar tapi pada masa sama berbangga sebab Faizal Hussein merupakan seorang pelakon yang berbakat. Cuma saya tak rasa wajah saya sama dengan beliau.

Runner ini tugasnya sebagai pemudah cara. Jika kita permudahkan urusan orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita

MUHAMMAD HAFIQ HIZWAN NORIZAN

"Tapi saya akui persamaan saya dengan beliau hanyalah personaliti saya yang agak nakal dan gila-gila dengan karakter yang beliau bawa sebagai Roy dalam filem 80-an, Gila-Gila Remaja.

"Dulu pun sebelum terbabit dalam kemalangan, saya bawa motor scrambler macam dalam filem tu," katanya sambil menambah turut menyukai lakonan Faizal dalam filem KL Wangan.

runner kudung tangan 6

Apit mahu mengusahakan bisnes fesyen.

Selain bertugas sebagai runner dan aktif bersukan, Apit yang menjadikan usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohd Sukur Ibrahim sebagai inspirasi gemar bergaya dan berfesyen.

"Dulu masa mula-mula lepas tangan dah kudung, saya asyik pakai baju lengan panjang. Tapi sekarang selamba je pakai baju lengan pendek dan suka bergambar.

"Saya jadikan Mohd Sukur Ibrahim sebagai inspirasi. Jika dia boleh berjaya dan ada kerjaya, kenapa saya tidak boleh. Bagi saya tiada mustahil.

"Saya teringin nak ada bisnes fesyen suatu hari nanti. Manalah tahu nanti sendiri boleh jadi model, dan ada rezeki boleh ajak Faizal Hussein jadi model bersama," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain