MENGIKUT trend, gubahan bunga wang kertas bukan lagi dijadikan sebagai kejutan untuk hari istimewa seperti hari jadi, malah dijadikan sebagai wang hantaran. Demi mencipta momen indah buat pasangan, seorang pemuda membuat kejutan pada hari pernikahan dengan membawa wang hantaran dalam gubahan bunga. Disebabkan mempunyai darah gemuruh, pengantin lelaki juga nyaris terjatuh ketika mengangkat gubahan bunga berat itu yang mengandungi wang hantaran berjumlah RM20,000. ARTIKEL BERKAITAN: 8 kali tangguh kahwin, pengantin lelaki menangis 2 kali di majlis nikah sebelum buat kejutan kereta Mustang untuk isteri - "Dia nak pujuk, saya asyik down je" ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 'gabra' jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - "Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya" Bercakap kepada mStar, pengantin perempuan, Noor Azmawani Mohamad berkata, dia selamat bergelar isteri kepada anggota polis, Amirul Fazelan Ismail pada 20 November lalu. Wanita berusia 27 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka akan menerima wang hantaran dalam bentuk gubahan bunga pada majlis akad nikah yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya tak jangka wang hantaran tu suami bagi dalam bentuk gubahan bunga, ingatkan dibuat dalam bentuk cek seperti yang selalu orang buat pada majlis akad nikah. "Terkejut sebaik tengok gubahan bunga sebesar itu dibawa masuk ke dalam rumah. Ia adalah gubahan bunga wang kertas paling besar saya pernah lihat," katanya ketika dihubungi. Majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Kota Bharu, Kelantan. Lebih mesra disapa Eny, dia bagaimanapun memberitahu suaminya yang berusia 28 tahun itu suka membuat kejutan sepanjang perkenalan mereka sejak dua tahun lalu. "Suami seorang yang romantik. Tak perlu tunggu hari istimewa, ada saja kejutan yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi ketika kami berjauhan dan tidak dapat berjumpa disebabkan sekatan rentas negeri. "Saya menetap di Kelantan dan dia pula bertugas di Kuala Lumpur, berbulan-bulan tak jumpa. Jadi kejutan pun suami rancang dengan surprise planner sebagai pengantara," ujarnya sambil menambah suaminya berasal dari Melor, Kelantan. Selepas selepas majlis akad nikah. Menurut usahawan kosmetik itu, rancangan asal suami tidak menjadi gara-gara hujan ketika ketibaan rombongan keluarga pengantin lelaki untuk majlis akad nikah pada pagi tersebut. "Ikutkan plan asal dia nak berarak bersama rombongan keluarganya sambil dia bawa jambangan bunga tu. Tapi bila dah hujan, keluarga dia cepat-cepat masuk ke rumah. "Dia kemudian keluar semula untuk ambil jambangan bunga tu sendiri dari kereta, dan hanya ditemani jurukamera sebelum akad nikah dimulakan," tambahnya. Eny tidak menyangka menerima kejutan daripada suami pada hari pernikahan. Eny berkata, dengan dua kali lafaz, mereka sah bergelar sebagai suami isteri. "Menggunakan mikrofon, saya dapat dengar lafaz pertamanya hanya suara sebak. Saya nampak dia menangis, saya pun menitiskan air mata. Suami seorang yang romantik. Tak perlu tunggu hari istimewa, ada saja kejutan yang dibuatnya. NOOR AZMAWANI MOHAMAD "Bila dah selesai lafaz kedua, memang lega. Rasa bersyukur sangat," katanya sambil menambah mereka merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi. Sementara itu, suami Eny iaitu Amirul pula menjelaskan bahawa wang hantaran digubah dalam jambangan bunga untuk mencipta momen istimewa pada hari bahagia mereka. Pasangan ini berkenalan selama dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga. "Majlis perkahwinan kami ditunda sebanyak lapan kali sejak yang pertama pada Mac lalu. Isteri pula nak sangat ada majlis, jadi tertangguh sehingga lapan kali. "Memang satu penantian buat dia yang mengimpikan majlis perkahwinan. Jadi, saya hargainya dengan cipta memori yang istimewa dengan bunga wang hantaran," katanya. Video Amirul mengeluarkan jambangan bunga wang hantaran dari kereta meraih lebih empat juta tontonan di aplikasi TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!