RAMAI yang teruja apabila istiadat konvokesyen secara bersemuka kembali diadakan. Keterujaan itu turut dirasai oleh seorang gadis yang hadir dalam persalinan serba putih. Dari tudung, baju, kasut sehingga ke pelitup muka berwarna putih diserikan dengan perincian manik, menyerlahkan keayuannya tak ubah seperti seorang pengantin. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya acah-acah macho, first time pakai kasut kulit tumit tinggi" - Graduan 'ghaib' selepas jatuh tangga masa konvo tergelak tengok diri sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Hanya berselipar selepas joging, graduan UiTM sempat tukar baju untuk majlis 'konvo' dengan abang Pos Laju - "Yang penting skrol saya asli, bukan fake" Gadis berkenaan, Amira Izzati Fakhrul Arifin tampil menjelaskan bahawa tiada hari pernikahan diadakan sebaliknya busana itu dipakaI untuk ke majlis istiadat konvokesyen di Chancellor Hall di Management and Science University (MSU) di Shah Alam, Selangor pada Ahad. Berusia 24 tahun, katanya, dia menerima jemputan konvokesyen kira-kira sebulan lalu, susulan tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Bila dapat jemputan untuk konvo, saya dah plan untuk pakai all white (semua putih). Bukan saya nak nikah pun, cuma nak ada mood gembira meraikan hari istimewa. "Daripada tunggu nikah baru pakai serba putih, lebih baik saya pakai dulu pada hari konvo. Kahwin tak ada dalam kamus hidup saya buat masa ini," katanya kepada mStar. Mira mencuba busana putih di butik. Lebih mesra disapa Mira, gadis itu bagaimanapun memberitahu, ia bukan bermakna dia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin. "Saya belum bercadang nak kahwin sebab masih muda. Lagipun nak stabilkan kewangan dulu sebab baru je bekerja pada Jun lalu. "Jadi, ia akan mengambil masa. Memang nak kahwin suatu hari nanti, saya rancang dan target kahwin sebelum usia 30 tahun," ujarnya yang berasal dari Puchong, Selangor. Persiapan dibuat bersama rakan. Berkongsi kisah busana putih yang dipakai, anak kedua daripada tiga beradik itu membelinya di sebuah butik sebelum dihantar ke kedai tukang jahit untuk pengubahsuaian, kira-kira seminggu sebelum hari konvokesyen. "Masa nak keluar dari kedai, saya nampak ada patung mannequin dipakaikan mask. Saya pun tanya tukang jahit ada buka tempahan buat mask dan dia jawab ada. Daripada tunggu nikah baru pakai serba putih, lebih baik saya pakai dulu pada hari konvo. Kahwin tak ada dalam kamus hidup saya buat masa ini AMIRA IZZATI FAKHRUL ARIFIN "Saya pun tempah mask warna putih, mengikut saiz muka dan minta letak manik-manik. Rekaan terpulang pada tukang jahit tapi nampak simple. "Tukang jahit tanya saya nak nikah ke sebab alter baju putih dan tempah mask manik. Saya kata bukan, tapi nak pakai untuk konvo. Dia terkejut," tambahnya. Mira (tengah) bersama ibu bapanya pada hari konvokesyen di MSU. Selain tukang jahit, busana putih itu turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan-rakannya di laman sosial sehari sebelum majlis konvokesyen. "Kawan saya ambil gambar saya untuk pra-konvo dengan kapsyen Amira's big day. Big day bagi segelintir orang adalah hari nikah sedangkan definisi big day saya adalah konvo. "Ramai mesej saya tanya dan meneka saya bertunang atau bernikah. Mereka tanya saya ada sorok apa-apa ke sebab mereka tahu saya single, takkan tiba-tiba nak kahwin. "Saya tak reply sebab nak buat surprise. Esoknya pada hari konvo baru saya ambil gambar dengan jubah dan barulah mereka tahu hal sebenar serta ucap tahniah," katanya sambil menambah ibu bapanya turut hadir ke majlis konvokesyen pada Ahad. Antara rakan yang memberi sokongan pada hari konvokesyen. Mira yang kini bertugas sebagai eksekutif pemasaran sekali lagi menjelaskan pemakaiannya dalam busana putih itu untuk berkongsi kegembiraannya yang tamat pengajian. "Baju putih ni akan dipakai lagi, tapi mungkin lebih sesuai untuk ke majlis perkahwinan. Tapi bukan all white, sebaliknya saya akan pakai tudung warna lain sebab tak nak ambil spotlight pengantin atau disangka pengantin," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!