USAHA murni pelajar Malaysia ini bersama rakan-rakannya yang menyantuni anak yatim serta golongan tua di negara Mesir wajar mendapat pujian. Menurut Nurul Azlin Syazilah Shahbandi, pelajar bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, pengalaman itu bukan sahaja membuka mata, malah turut mengubah cara hidupnya. "Pada awalnya, saya sendiri tak suka nak libatkan diri dalam apa-apa aktiviti, apatah lagi nak sertai aktiviti kemasyarakatan. Sifat saya introvert, saya suka duduk berseorangan dan buat kerja sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Rider ‘gantung beg’, ada misi lebih penting di Mesir... tak sangka gambar bersama panda kenangan hari terakhir kerja meletup ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah masuk dapur, pemuda ini kongsi bagaimana dia pandai memasak selepas hidup di negara orang - “Awal-awal hanya masak nasi letak perencah” "Dulu saya fikir, kenapa nak tolong orang? Diri sendiri pun tak terurus. Tapi sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat pada manusia lain. Mungkin ini platform untuk saya bantu masyarakat di negara lain. "Bila pergi ke rumah anak yatim dan orang tua, memang rasa tersentuh. Ia menjentik hati saya untuk terus bersyukur dan belajar apa erti syukur yang sebenar," ujar gadis berusia 21 tahun itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mesra disapa Azlin, dia bersama rakan-rakan pasukan sukarelawan Yosh MyFundAction Middle East and Africa berkunjung ke sebuah rumah anak yatim dan orang tua pada Jumaat lalu untuk memberikan bantuan dan menyelami kehidupan mereka. Jelas gadis dari Rompin, Pahang itu, kunjungan berkenaan juga dianggap sebagai satu pengalaman berharga, sekaligus memberi inspirasi kepadanya untuk meneruskan program sedemikian pada masa akan datang. Sebahagian ahli pasukan sukarelawan Yosh MyFundAction Middle East and Africa. "Kat Mesir sebenarnya dah ada banyak program seperti ini. Tapi untuk program pada Jumaat lepas, ia merupakan kunjungan pertama kami ke sebuah bangunan yang menempatkan orang tua dan anak yatim. "Selain berborak dengan orang tua, kami juga menyantuni penghuni di situ dan buat latihan hafazan dengan mereka. Pasukan sukarelawan terlibat juga beli coklat dan biskut untuk anak-anak yatim. Setiap orang ada 24 jam yang sama. Tapi cara urus masa yang membezakan kita semua. AZLIN "Mereka semua pun teruja tengok anak muda Malaysia datang. Ada juga pelajar Al-Azhar lain yang datang. Total dalam 15 orang semuanya termasuk pelajar dari Indonesia dan Mesir sendiri," ujarnya lagi. Menurut Azlin, soal pembahagian masa turut difikirkan apabila dia mengambil keputusan untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan. Namun kata gadis itu, dia cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa agar aktiviti yang disertai tidak menjejaskan fokusnya dalam pengajian. "Mula-mula, saya pun terfikir, macam mana nak bahagikan masa? Tapi nak tak nak, kita kena pandai bahagikan masa. Kena berkorban sikit. Saya fikir ini semua untuk saham akhirat saya. Salah seorang sukarelawan yang mengikuti aktiviti bersama anak yatim di Mesir. "Saya tekadkan diri, saya nak tolong agama dan ummah. Saya letak setinggi-tinggi keyakinan kepada Allah dan ikhlaskan niat. Kalau betul niat kita nak bantu masyarakat, Allah pasti akan bantu kita. Kalau bukan kita, siapa lagi nak bantu? "Walaupun sibuk dengan diri sendiri, kita juga kena fikir untuk orang lain. Setiap orang ada 24 jam yang sama. Tapi cara urus masa yang membezakan kita semua," ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Azlin yang sedang mengikuti pengajian di tahun ketiga mengakui tidak pernah memasang angan-angan untuk belajar jauh hingga ke negara Mesir. Selain anak yatim, mereka turut menyantuni golongan tua di negara itu. Jelas Azlin, rezeki itu hadir tanpa disangka-sangka, namun dia bersyukur diberi peluang untuk belajar dan mencari pengalaman di negara orang. "Saya datang ke sini pada tahun 2019. Tapi saya sebenarnya tak pernah terdetik pun untuk datang ke Mesir. Ini semua perancangan yang Allah dah susun cantik-cantik. "Awalnya saya cuma nak ikuti kursus Bahasa Arab, tapi bila dah join baru tahu kena pergi ke Mesir. Saya memang daftar untuk kursus itu saja, tapi tak sangka dapat. "Kalau nak dibandingkan keputusan Sijil Tinggi Agaman Malaysia (STAM) saya dengan orang lain, keputusan saya biasa saja. Tapi ini rezeki Allah bila dapat tawaran untuk belajar ke Mesir," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI