TOLONG menolong dan saling hormat menghormati sesama jiran tanpa mengira kaum adalah antara amalan yang sering ditekankan sejak kita masih kecil lagi. Hubungan baik sesama tetangga ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang hidup aman sejahtera bahkan dapat membentuk generasi bertoleransi serta rajin membantu antara satu sama lain. ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Mak mentua bagi bekal sampai penuh bonet, menantu dan cucu pasrah berhimpit dalam kereta... mungkin kena beli lori pula ARTIKEL BERKAITAN: Gigih jaga 2 biji telur misteri sampai menetas, video dikongsi wanita ini raih hampir 14 juta views - “Saya jumpa atas sofa” Malangnya perkongsian video seorang wanita mengenai tindakannya menumpangkan jirannya yang beragama Hindu ke kuil tidak terlepas daripada menjadi mangsa komen negatif daripada segelintir netizen. Bercakap kepada mStar, wanita yang berkongsi video tersebut Nadia Farilla Abdul Rahman, 28 berkata dia sedikit terkesima apabila ada netizen yang mempersoalkan tindakannya menumpangkan jirannya yang dikenali sebagai Shaloo ke rumah ibadat mereka. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya tak expect video tu akan FYP dekat TikTok sebab niat sekadar nak tolong hantar, sama macam driver Grab. "Jadi bila saya baca awal tu ada komen negatif saya terus delete, saya malas nak berbahas sebab Allah tahu niat saya sekadar menolong sesama manusia. "Bila ada yang komen dan tanya saya "Dah rujuk ustaz ke sebelum tolong hantar orang ke kuil?" saya terus terkesima," ceritanya yang membuat keputusan untuk delete semua komen negatif pada video tersebut. Nadia membantu menghantar jirannya Shaloo ke kuil untuk bersembahyang. Mesra di panggil Nadia, gadis yang menetap di Klang, Selangor ini berkata video tersebut dirakam pada 11 Mac lalu. Katanya, dia baru pulang dari kerja apabila jirannya yang berusia 38 tahun tahun itu datang dan minta tolong untuk menghantarnya ke kuil. "Malam tu Grab tak ada jadi saya memang tak banyak tanya saya terus setuju untuk hantarkan. "Hari tu memang kaum India ada festival jadi memang meriah keadaan di kuil malam tu sebab mereka ada upacara sembahyang. "Dia pesan pada saya hantar je cukup, dia akan balik jalan kaki, tapi atas faktor keselamatan, saya tunggu juga sehingga dia selesai sembahyang," katanya sambil menambah jam ketika itu menunjukkan sekitar pukul 10 malam. Masa balik tu dia rancak bercerita tentang apa yang berlaku di kuil dan waktu sembahyang mereka pada malam itu. NADIA FARILLA ABDUL RAHMAN Jelasnya, jarak diantara kuil dan rumah mereka agak jauh iaitu sekitar tiga kilometer, jadi tidak mungkin dia akan membiarkan Shaloo berjalan pulang seorang diri. "Masa balik tu dia rancak bercerita tentang apa yang berlaku di kuil dan waktu sembahyang mereka pada malam itu. "Lepas tu dia ucap terima kasih sebab tolong dia," katanya. Nadia yang bekerja sebagai jurukur bahan berkata mereka sekeluarga sememangnya rapat dengan Shaloo yang tinggal sendirian. "Mak selalu masakkan nasi dan lauk untuk dia sebab dia tinggal seorang. "Kami berdua memang rapat macam kakak dengan adik," katanya. Video yang dikongsikan di laman TikToknya itu mendapat lebih 400,000 tontonan setakat ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!