suria

“Mama kata bawalah calon menantu” - Dating paling sweet seumur hidup! Anak puas hati candle light dinner pertama dengan ibu

Makan malam 'candle light' sempena hari ulang tahun ibu Zul ke-52.

SEBUT sahaja candle light dinner, pasti terbayangkan makan malam romantis bersama pasangan sama ada kekasih, suami atau isteri.

Bagi seorang pemuda, momen istimewa itu diluangkan bersama ibu tersayang.

Makan malam turut diserikan dengan lagu hari jadi yang dinyanyikan sempena hari ulang tahun si ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup bayar kereta mewah, menginap tiga buah hotel 5 bintang sepanjang bercuti di Langkawi... percutian sweet dengan ibu tercapai!

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu saat punca mak sakit kaki terbongkar! Anak bergegas ke tempat kerja hantar 'hadiah tak mahal', sayangnya tak boleh nak peluk cium

Berkongsi momen indah itu, pemuda berkenaan, Zulhilmi Jaafar berkata, makan malam candle light itu dibuat bagi meraikan hari ulang tahun ibunya ke-52 pada 19 November.

Anak muda berusia 24 itu memberitahu, sambutan dibuat berdua bersama ibunya di sebuah restoran di Sungai Choh di Rawang, Selangor.

"Saja sambut berdua macam dating dengan candle light dinner. Saya memang rapat dengan mama (panggilan ibu). Saya beritahu hanya kita berdua je keluar.

"Ia juga merupakan candle light dinner saya yang pertama. Dan saya puas hati kerana yang pertama itu dilakukan bersama mama," katanya kepada mStar.

candle light dinner mak 1

Wajah ceria Zul (kiri) bersama ibu.

Lebih mesra disapa Zul, katanya, dia turut memberikan sehelai telekung kepada ibunya sebagai hadiah hari jadi.

"Mama ada beberapa helai telekung, tapi saya tengok dah lebih setahun mama guna. Jadi, saya hadiahkan yang baru untuk keselesaan ketika bersolat.

"Senang untuk mama untuk basuh telekung yang sudah dipakai sebab ada ekstra untuk digunakan," ujarnya yang berasal dari Bukit Beruntung di Hulu Selangor.

candle light dinner mak 5

Zul (kiri) pertama kali menikmati makan malam 'candle light'.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia mahu mencipta momen indah bersama ibu menerusi candile light dinner bagi membuatkan ibunya tersenyum.

"Saya hanya nak tengok mama gembira dan bahagia. Bagi saya, kalau nak buat momen sweet tu biarlah dengan famili dulu.

"Bila dah kahwin nanti, barulah buat momen sweet dengan isteri pula. Maksudnya hubungan yang halal," katanya sambil menambah dirinya masih bujang.

candle light dinner mak 6

Hadiah hari jadi berupa sehelai telekung.

Mengenai calon isteri, Zul yang bekerja dalam khidmat pelanggan itu bersyukur kerana ibunya tidak cerewet dan terpulang kepada dirinya dalam memilih pasangan.

"Mama cuma kata bawalah calon menantu. Mama tak kisah siapa, dia tak memilih. Cuma saya mahukan seseorang yang keperibadian seperti mama.

Sekurang-kurangnya jaga hati mak kita, jangan susahkan hati dia. Itu adalah hadiah yang paling senang

ZULHIMI JAAFAR

"Maksudnya seorang yang penyayang, lemah-lembut, suka mengambil berat dan menghormati orang. Dan sudah tentu saya mahu seseorang yang pandai mengambil hati ayah dan mama saya," katanya yang juga merupakan jurukamera dan juruvideo sambilan.

Menyifatkan ibunya seorang penyayang dan pakar membuat kek, Zul berkata, terpulang kepada diri masing-masing dalam menentukan cara dan kreativiti untuk membahagiakan ibu.

candle light dinner mak 4

Kemesraan dua beranak.

"Tak perlu ikut trend, lakukannya dengan mengukur badan sendiri. Apa yang kita buat tu dapat membuatkan ibu tersenyum bahagia.

"Sekurang-kurangnya jaga hati mak kita, jangan susahkan hati dia. Itu adalah hadiah yang paling senang.

"Walaupun kita tak berharta, asalkan kita jaga mak dengan baik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain