SETIAP individu mempunyai rasa takut. Namun, apa yang ditakuti setiap orang mungkin berbeza.ARTIKEL BERKAITAN : Dua kali frust tak jadi kahwin, gadis ini nikah lelaki kenal di IG... rupa-rupanya jarak rumah seminit je! - “Saya fikir dah tiada jodoh tahun ni”ARTIKEL BERKAITAN : Ibu bawa mesin Foodpanda ke mana saja termasuk tandas awam... anak naik segan, staf kedai lain pernah ‘tertipu’ - “Tak malu, janji order masuk” Ada yang takutkan lipas namun ada juga yang takut kepada haiwan yang lebih jinak seperti kucing. Video yang dikongsikan seorang wanita, Nurrul Nadia Syidha Abd Raoof, 39, menunjukkan telatah anaknya yang takutkan pasir pantai baru-baru ini membuka ruang buat warganet berkongsi perkara pelik yang ditakuti mereka. "Anak saya takut dengan rumput," tulis seorang netizen. Menceritakan mengenai video yang dikongsikan di media sosial miliknya, Nurrul Nadia yang juga seorang perunding hartanah berkata rakaman tersebut dibuat pada 31 Oktober lalu iaitu ketika mereka sekeluarga sedang bercuti di Port Dickson. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Katanya, akibat takutkan pasir yang berlubang-lubang yang telah dibentukkan menjadi bulat oleh ketam, anaknya Feira Alyssa Arief Faizal, 3 tahun sanggup bergayut di kaki suaminya. "Masa tu memang kali pertama dia jumpa pasir bulat-bulat tu, kalau pasir biasa dia OK je boleh main. "Saya dan suami cuba pujuk dia jalan juga sebab konon nak biasakan dan rangsang deria halus dia, lagipun tak ada ketam masa tu. "Tapi lepas upload tu dan baca komen, ramai kata dia mungkin ada Trypophobia," katanya. Nurrul bercuti bersama keluarganya di Port Dickson baru-baru ni. Mengakui dia sendiri agak 'seram' melihat gambar lubang-lubang yang digeruni kumpulan manusia yang mempunyai Trypophobia, Nurrul berkata anaknya bagaimanapun tidak takut akan barangan berlubang yang lain. "Setakat ni benda lain yang lubang kecil dia tak takut cuma pasir tu je, tapi kemungkinan juga dia takut kalau-kalau ada ketam keluar kot. "Sebab umur dia baru tiga tahun jadi dia tak reti nak terangkan," katanya. Feira takut dengan pasir berbentuk bulat yang diluahkan semula oleh ketam selepas semua nutrien dalam pasir tersebut diserapnya. Menurut Nurrul, dia bagaimanapun tidak menyangka perkongsiannya itu menarik perhatian warga maya yang turut sama berkongsi perasaan takut yang sama seperti anaknya. "Kalau pasir tu saya tak geli, tak terfikir pun boleh menggelikan tapi bila saya upload video tu tak sangka ramai yang takut pasir tu juga. "Lagi parah ada yang sampai dewasa pun masih takut dan geli. "Diaorang sanggup mandi laut pakai selipar," katanya. Warga maya yang lain turut berkongsi rasa takut yang sama. Video yang dikongsi Nurrul di laman TikToknya itu mendapat hampir 700,000 tontonan setakat ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!