NAK berpisah dengan susu, selain puting dan bantal busuk bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai cara akan dilakukan anak-anak ini demi untuk memujuk ibu bapa masing-masing untuk mendapatkan apa yang diinginkan.ARTIKEL BERKAITAN : "Kalau top up mesti kena sound" - Wanita disindir, siap dituduh penipu gara-gara bayar tol guna jam... jangan terkejut, dah ada yang bida nak beli!ARTIKEL BERKAITAN : Kena prank dek rakan sekampus, laptop 'hilang' punca siswa bikin video parodi... tak sangka follower bertambah, kawan baharu pun ramai! Gelagat seorang kanak-kanak berlakon sedih dan merayu untuk diberikan “cucek” serta putingnya baru-baru ini ternyata cukup menghiburkan hati warga maya. Kanak-kanak tersebut Muhammad Uwais Al- Qarny Muhammad Baihaqi yang ketika itu baru berusia dua tahun empat bulan dilihat menangis teresak-esak sambil merayu supaya ibu saudaranya mengembalikan putingnya. Namun apa yang mengelikan hati warga maya adalah apabila kanak-kanak tersebut tiba-tiba berhenti menangis dan kembali ceria apabila diajak untuk mencari putingnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Comel sangat budak ni, mula-mula tengok kesian tapi tengok sampai habis last tu paling win.” “Adik nakal sangat noh,” tulis seorang warga maya. Bercakap kepada mStar, ibu saudara kanak-kanak tersebut, Farahatul Awanis Abdul Ghani, 29, berkata video tersebut dirakam sewaktu dia dan ibunya membantu menjaga Uwais kerana adiknya terpaksa outstation demi tugasannya. Mesra dipanggil Aniss, wanita yang menetap di Melor, Kota Bahru, Kelantan itu berkata video tersebut dimuat naik ke akaun TikToknya sebagai kenang-kenangan buat mereka sekeluarga. “Video ni saya rakam pada 28 September 2020, masa tu Uwais tinggal bersama saya dengan tokmi dia jselama tiga hari sebab mama dia outstation. “Masa tu tangan dia patah sebab dia tersadung masa bawa cawan jadi nak hantar taska takut dia buas atau tak ada siapa nak tengok dia sangat jadi kami pergi ke Bangi untuk jaga dia,” katanya yang merupakan pengasas kepada Awan Manis Bakery. Uwais dengan mokteh, tokmi dan tokabahnya. Menurut Aniss, itu merupakan kali pertama Uwais yang masih menyusu badan sepenuhnya berjauhan dengan mamanya. Anak sulung daripada dua beradik itu juga katanya, ketika itu sedang diajar untuk melepaskan putingnya. “Masa tu Uwais dalam proses belajar minum susu tepung tapi dia masih fully breastfeed jadi bila mama dia ada meeting yang memerlukan dia ditinggal, dia terpaksa minum susu botol. “Tapi dia macam tak boleh terima lagi susu botol, masa tu juga mama dia tengah nak ajar dia berhenti hisap puting sebab tu saya sorok puting dia. “Saya memang suka usik anak saudara tapi lepas tu pujuk balik, memang bagi la dia puting tu,” katanya, menambah Uwais berhenti menyusu badan ketika berusia dua tahun lapan bulan. Uwais bersama ibu ayah dan adiknya. Menurut Aniss, “lakonan” kanak-kanak itu bagaimanapun tidak berakhir disitu. “Malam tu kira malam pertama dia tidur tanpa "cucek" jadi bila mak dia video call malam tu dia cuba pujuk mama dia kata "nak cucek". “Uwais ni anak baba sebenarnya tapi sebab time tu baba dia tak balik kerja lagi itu yang mencari mama,” katanya. Uwais mengadu pada ibunya. Menceritakan mengenai asal usul perkataan “cucek”, Aniss berkata perkataan itu terhasil daripada soalan yang sering ditanya kepada anak buahnya itu. “Kesnya selalu kami akan tanya Uwais nak cucu ek? (susu ke) lastnya bila tanya laju-laju jadi "cucek", dia pun memang akan jawab "nak cucek". “Kalau susu tepung dia panggil susu, "cucek" khas untuk susu badan, kalau tanya dia Uwais nak cucek botol ke? Dia akan jawab tak nak, Uwais nak susu.” katanya sambil menambah kini anak saudaranya itu sudah boleh berborak seperti seorang kawan.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI