RANCANGAN beberapa ahli keluarga seorang gadis termasuk ibunya bertandang ke rumahnya untuk membuat kejutan sempena hari ulang tahunnya bertukar cemas. Kesemua mereka yang hadir dengan tidak disangka-sangka terperangkap di dalam lif di sebuah kondominium ketika hendak keluar makanan tengah hari. Berkongsi pengalaman, gadis berkenaan, Shaqirah Mohd Najib berkata, kejutan dibuat pada hari ulang tahunnya ke-29 pada 3 November lalu di rumah sewanya di Shah Alam, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan cuma bertahan 5 minit! Panda tak diundang buat pengantin perempuan nangis di majlis nikah, plan nak buat 'cik abang' marah tak menjadi ARTIKEL BERKAITAN: Dah buat plan 'baik punya', tapi misi kejutan berakhir hambar! Pelik isteri pak imam tak ada perasaan terima surprise hadiah - "Macam saya pula kena prank" View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih mesra disapa Keyra, katanya, dia tidak menyangka ibunya bersama beberapa kenalan dan dua adik lelakinya sanggup datang dari Melaka membuat kejutan. "Rancangan untuk prank kejutkan saya dibuat dengan bantuan housemate (rakan serumah). Hari tu saya sedang bekerja dari rumah. "Housemate cakap rumah kena kemas sebab makcik dia nak datang. Kami kemas-kemas rumah tapi saya pelik kenapa tiba-tiba makcik dia nak datang?" katanya kepada mStar. Keyra menerima kejutan hari jadi. Bunyi loceng pintu rumah sewa di sebuah kondominimum pada tengah hari menjawab persoalan Keyra apabila ibu dan dua adiknya bersama yang lain muncul membawa sebiji kek. "Memang syok, betul-betul tak jangka. Sebab ibu dan adik-adik sanggup datang ke rumah saya dari Melaka. Selepas tu, mereka ajak saya pergi makan di luar. "Bila saya dah bersiap, mereka keluar dulu dan masuk lif untuk turun ke lobi. Unit kediaman saya berdekatan dengan bahagian lif yang dipisahkan oleh pintu rintangan api," katanya sambil menambah kesemua mereka seramai lapan orang termasuk ibu. Kek sempena hari jadi Keyra. Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia sedikit lewat masuk lif sama kerana perlu mengunci pintu rumah selain memastikan semua bekalan elektrik telah dipadamkan. "Semua dah masuk lif, saya pula tak sempat masuk. Masa pintu lif sedang ditutup, tiba-tiba bunyi macam terhentak kuat kerana tekan butang buka terlalu lama. Famili saya jenis sempoi dan mereka yang lain pula 'gila-gila'. Saya tak jadi panik bila semua yang terperangkap dalam lif asyik ketawa SHAQIRAH MOHD NAJIB "Saya pada mulanya terkejut dan risau. Pintu lif yang stuck terbuka sedikit bahagian tengah. Mereka tekan loceng kecemasan tapi tak ada orang respons. "Saya kemudian masuk lif lain untuk ke lobi di tingkat bawah panggil guard. Setibanya guard di depan lif, mereka yang terperangkap cuba ditenangkan," katanya. Ahli keluarga dan kenalan ibu Keyra menunggu petugas penyelenggara lif tiba. Keyra yang bertugas dengan pusat panggilan berkata, ibunya bersama yang lain terperangkap selama kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan oleh petugas penyelenggaraan. "Sementara tunggu abang-abang maintenance sampai, saya ambil beberapa helai kertas dan serahkan dari pintu lif untuk mereka jadikan sebagai kipas. "Dalam lif panas, ada yang dah mula duduk sebab penat berdiri. Di luar lif pun panas, saya pun masuk ke rumah dulu dan pasang aircond tunggu abang maintainence datang," katanya. Keyra (duduk, dua dari kanan) bersama sebahagian keluarga besarnya. Namun katanya, insiden yang sepatutnya cemas itu bertukar lucu kerana mereka yang terperangkap di dalam lif menganggapnya sebagai satu momen untuk berjenaka. "Famili saya jenis sempoi dan mereka yang lain pula 'gila-gila'. Saya tak jadi panik bila semua yang terperangkap dalam lif asyik ketawa sampai disedari abang maintenance dan guard menerusi CCTV (kamera litar tertutup)," katanya sambil menambah diberitahu insiden tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan menekan butang buka terlalu lama. Menganggapnya sebagai insiden hari jadinya paling melucukan, kata Keyra, ibu dan dua adiknya sekali lagi datang ke rumah menaiki kereta bagi menjemputnya untuk pulang bercuti di Melaka. "Tapi kali ini ibu dan adik-adik tak naik ke rumah. Mereka tunggu saya kat bawah je. Serik agaknya terperangkap dalam lif lagi," ujarnya secara berseloroh. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!