DI sebalik hasil solekan yang cantik, tiada siapa dapat menduga seorang jurusolek artis (MUA) mempunyai bakat terpendam. Kebolehannya itu diketahui selepas penampilannya ketika menyanyikan sebuah lagu di majlis perkahwinan yang sedang berlangsung dan ia telah dirakamkan oleh seorang jurugambar. Lagu berjudul 'Malam Semakin Dingin' dendangan duet penyanyi muda Tajul dan Afieq Shazwan, dinyanyikannya semula dengan gaya bersahaja sambil duduk. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka Amelina, sehingga pemilik suara dalam van bergerak Jabatan Penerangan di kawasan PKPD munculkan diri... rupa-rupanya kakak penyanyi terkenal ARTIKEL BERKAITAN: Disangka miming ketika syok nyanyi di kenduri kahwin, pemuda kerja kampung mirip suara penyanyi Indonesia dapat rezeki terpijak... bakal masuk studio rakaman! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, MUA berkenaan, Nik Nur Shamimi Nabila Shariman berkata, dia tidak menyangka persembahan duetnya bersama seorang kenalan di sebuah dewan di Kota Bharu, Kelantan pada minggu lalu dirakamkan sehingga meraih perhatian di media sosial. Gadis berusia 24 tahun itu memberitahu, dia sebelum itu menyempurnakan tugasnya menyolek wajah pengantin perempuan di majlis perkahwinan sama. "Masa tu DJ buka ruang karaoke untuk hadirin pada majlis itu. Saya ni sebenarnya pantang kalau nampak mikrofon, mesti beranikan diri untuk menyanyi. "Persembahan saya untuk satu lagu secara duet tu pun sekadar suka-suka, mahu menghiburkan tetamu di dalam dewan," katanya ketika dihubungi. Shamimi Shariman mula menjadi MUA sejak 2019. Lebih dikenali sebagai Shamimi Shariman, dia mengakui ia merupakan persembahan nyanyian pertamanya di majlis perkahwinan. "Ini adalah kali pertama saya nyanyi kat majlis kahwin. Sebelum ini, saya hanya menyanyi di rumah atau mana-mana sesi karaoke," katanya yang menjadi MUA sepenuh masa sejak 2019. Menjadikan bidang solekan sepenuh masa. Berkongsi pengalaman, dia yang berasal dari Kota Bharu berkata, dia pernah keluar rumah seawal pukul 4 pagi untuk melakukan tugasnya merias wajah pengantin. "Paling awal saya mula mekap pengantin pukul 5.30 pagi. Pernah beberapa kali saya buat empat job dalam sehari. "Tak berani ambil job banyak sangat sebab risau tak dapat siapkan dengan baik dan on time. Kena ada had untuk puaskan hati sendiri dan klien dengan hasil kerja yang kita buat," ujarnya yang turut menawarkan khidmat solekan untuk sesi fotografi. Shamimi Shariman (kanan) bersama pengantin yang merupakan kliennya. Siapa sangka sebenarnya anak kedua daripada tujuh beradik itu pernah menyertai uji bakat bagi sebuah program realiti TV pada 2009, namun rezeki belum berpihak padanya. Shamimi Shariman menjelaskan bahawa minatnya dalam bidang nyanyian begitu membuak-buak selain melakukan kerja hakiki sebagai MUA. Kalau ada peluang untuk menyanyi di mana-mana majlis termasuk kenduri kahwin, saya okay je. Boleh jadi pakej dua dalam satu, jadi jurumekap dan menyanyi SHAMIMI SHARIMAN Mengagumi bakat nyanyian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shila Amzah dan penyanyi antarabangsa Adele, dia bagaimanapun tidak menolak rezeki sekiranya diberi peluang untuk menyanyi di khayalak ramai. "Kalau ada peluang untuk menyanyi di mana-mana majlis termasuk kenduri kahwin, saya okay je. Boleh jadi pakej dua dalam satu, jadi jurumekap dan menyanyi," katanya yang turut menjadikan MUA terkenal dari utara tanah air iaitu Muabellaz sebagai idola. Shamimi Shariman menjadikan bidang nyanyian sebagai hobi. Dalam pada itu, Shamimi Shariman yang berminat dalam lagu-lagu irama tradisional berkata, bidang nyanyian hanya dianggapnya sebagai hobi kerana minat sejak kecil. "Mekap dan menyanyi, dua-dua saya minat. Menyanyi ini sebagai hobi untuk menghiburkan orang. Tapi jika ada rezeki orang panggil saya menyanyi, saya tak tolak," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI