TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Impian seorang pemuda yang berbakat mengukir daun untuk bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjadi kenyataan. Semuanya bermula dengan daun yang diukir potret Dr Mahathir dengan begitu kemas dan teliti sebelum ia mendapat reaksi tokoh yang disegani dan dihormati itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bermula 'request' isteri, karya seni atas daun kini sumber rezeki... 'pakar bedah daun' nak serah potret Tun M tapi malu - "Silap sikit, kena buat lain" ARTIKEL BERKAITAN: Potret ukiran daun dapat pujian Tun M... pelukis sanggup buang perasaan malu nak serahkan sendiri hasil seni, makin semangat berkarya - "Saya tidur dalam keadaan gembira" Pemuda berusia 30 tahun itu, Muhammad Hafizi Abdul Karim berkata, pertemuan penuh bermakna itu diadakan di kediaman Dr Mahathir di Alor Setar, Kedah pada Sabtu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Melabelkan dirinya sebagai 'pakar bedah daun', katanya, kunjungannya disertai isteri, adik lelaki dan sepupu isteri bagi menyampaikan potret ukiran daun tersebut. "Hanya Allah saja yang tahu betapa nervous saya untuk bertemu Tun Dr Mahathir. Sebelum ini hanya mengukir potret beliau di atas daun, tak sangka dapat bertemu empat mata. "Ucapan beliau memuji ukiran daun saya pun dah cukup bermakna. Berjumpa sendiri dengan beliau merupakan satu kenangan yang tak dapat dilupakan," katanya kepada mStar. Muhammad Hafizi (kanan) bersama Dr Mahathir. Terdahulu, mStar melaporkan pelukis berkenaan berkongsi pengalamannya membuat ukiran di atas sekeping daun termasuk potret Dr Mahathir. Hasil seni pemuda dari Sungai Petani itu kemudian mendapat pujian Dr Mahathir menerusi video ringkas di akaun TikTok rasmi bekas perdana menteri itu, @chedetofficial. Foto kiri potret ukiran daun Dr Mahathir, kanan potret Dr Mahathir bersama Dr Siti Hasmah. Keterujaan Muhammad Hafizi atau lebih dikenali sebagai Eiji membuatkan dirinya sanggup bersengkang mata demi menghasilkan satu lagi buah tangan khas buat Dr Mahathir. "Potret pertama diukir wajah Tun Dr Mahathir, saya fikir alangkah baiknya kalau saya buat satu lagi potret wajah beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. "Saya ambil masa lebih dua jam untuk ukir potret kedua-duanya di atas sekeping daun bermula dari pukul 12 tengah malam sampai 2.30 pagi," ujarnya. Muhammad Hafizi (tengah) berpeluang bertemu Mukhriz (dua, kanan). Turut serta isteri Muhammad Hafizi (dua, kiri), sepupu isteri (kiri) dan adik lelaki (kanan). Menurut bapa kepada dua anak itu, pertemuan singkat selama kira-kira 15 minit bersama Dr Mahathir ternyata tercatat satu sejarah dalam diari hidupnya. "Selama ini saya tak pernah terfikir jumpa seorang tokoh penting negara, bertentang empat mata pula tu. Melihat wajah Tun Dr Mahathir, beliau banyak tersenyum. Selama ini saya tak pernah terfikir jumpa seorang tokoh penting negara, bertentang empat mata pula tu. Melihat wajah Tun Dr Mahathir, beliau banyak tersenyum MUHAMMAD HAFIZI ABDUL KARIM "Beliau seorang yang merendah diri dan lemah-lembut. Saya yang relaks terus jadi malu," katanya. Menurut Muhammad Hafizi, kunjungan mereka dijamu dengan nasi daging, malah turut berpeluang bertemu dengan anak Dr Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Coretan Dr Mahathir dalam buku nota Muhammad Hafizi. Tidak pulang dengan tangan kosong, Muhammad Hafizi berkata, Dr Mahathir juga sempat menulis kata-kata semangat pada buku nota miliknya. "Dari video sehingga dapat jumpa depan-depan, Tun Dr Mahathir beri kata-kata semangat kepada saya sehingga beliau menulis sesuatu dalam buku nota saya. "Terima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan hasrat saya untuk bertemu Tun Dr Mahathir. "Saya kini lebih bersemangat untuk menghasilkan karya-karya lebih baik pada masa akan datang," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI