TERPAKSA meninggalkan rumah untuk satu tempoh agak panjang boleh menjadi sesuatu yang amat memeningkan kepala buat pencinta haiwan. Masakan tidak, siapa yang ingin menjaga mahupun memberi makan kepada 'anak-anak' kesayangan ini sepanjang ketiadaan tuan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: "Cucek", apa tu? Ibu saudara suka menyakat, tapi lakonan mantap kanak-kanak ini berbaloi... Uwais dapat habuan yang dinanti-nantikan! ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau top up mesti kena sound" - Wanita disindir, siap dituduh penipu gara-gara bayar tol guna jam... jangan terkejut, dah ada yang bida nak beli! Justeru ramai 'ibu bapa' memilih untuk angkut bersama haiwan peliharaan terutama apabila pulang ke kampung. Antara yang selalunya dibawa bersama di dalam kereta adalah kucing, anjing serta haiwan yang lebih kecil dan mudah untuk diuruskan. Namun baru-baru ini tular sebuah video seekor kambing comel sedang tidur di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, pemilik video, Shafiqa Edora Md Din, 31, berkata ia dirakam pada 17 November lalu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Setiawan, Perak menuju ke Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi di ibu negara. Mesra dipanggil Dora, wanita ini berkata kambing betina yang diberi nama Gegirl itu adalah satu daripada enam ekor kambing miliknya. Jelasnya kambing berbaka kacukan Jamnapari dan boer yang baru berusia lebih sebulan itu dijaganya sejak hari dilahirkan kerana ia 'dibuang' keluarga. "Mak kambing tu namanya Lopa dan ada anak lain nama Baby... kiranya kakak Gegirl tapi mak Gegirl tak nak dia. "Baby pun kasar jadi hari pertama Gegirl beranak saya dah ambil bela sendiri, beri susu botol, seminggu pertama ada perah susu mak dia nak elak bengkak tapi lepas tu tak larat nak perah jadi campur susu formula kotak Nestle Full Cream. "Sekarang dah tak boleh berpisah dengan dia," katanya. Gegirl yang dibuang keluarganya dijaga Dora sejak kecil. Menurut Dora, Gegirl tidak pernah meragam apabila terpaksa berjalan jauh. Malah katanya, anak kambingnya itu sudah biasa dibawa keluar bersama. "Dia okay travel jauh janji ada yang teman dalam kereta, kalau pergi kedai makan kami akan tinggal dalam kereta. "Memang bising la mulut dia jadi kami memang akan makan cepat-cepat, kalau kedai yang dah biasa kami bawa sekali sebab tuan kedai memang tak kisah, dia duduk diam je atas riba atau dekat kaki," katanya. Dora bersama suami dan dua anaknya. Menurut Dora, anak kambingnya itu kini terlebih manja serta kadangkala kelihatan seperti 'terlupa' bahawa dirinya itu seekor kambing. "Gegirl tak banyak ragam, dia memang tidur sekali atas katil, dalam bilik aircond, berselimut bagai, kalau kita bangun dia akan bangun juga. "Mulut tak bising kecuali lapar dan jika salah seorang daripada kami, sama ada saya, suami dan anak-anak hilang dari pandangan. "Kalau tinggal dengan atok nenek tu dia mengamuk, merengek hentak-hentak kaki depan pintu nak keluar, sejam saya keluar, mak ayah saya kata sejam dia menjerit tak berhenti," katanya. Gegirl suka cium Dora yang mengganggapnya seperti anak sendiri. Menurut Dora, ibu bapanya kadangkala terpaksa menghubunginya untuk pulang segera dan memujuk 'anaknya' itu. "Mak ayah akan call, balik cepat, anak kau ni menangis. "Nampak saya balik dia akan terus terkam, bila saya dukung baru senyap. "Mak ayah cakap ingat kau balik boleh rehat ni nak kena jaga cucu bulu pula," selorohnya. Gegirl turut manja dengan 'atuk' dan 'neneknya'. Menurut Dora, Gegirl paling manja dengan dirinya. "Kalau nak main dia cari suami saya, sebab suami suka geletek perut sampai terloncat-loncat. "Lepas tu bila suami jalan, dia pergi dekat kaki babah loncat-loncat ajak main lagi. "Kalau dekat bawah OK la, atas katil dia loncat-loncat sakit oii, telapak kaki dia keras," kata ibu kepada dua anak lelaki ini. Gegirl tidur dalam bilik bersama 'ibu' dan 'ayahnya'. Dora yang memiliki bengkel cat kereta dengan suaminya berkata, dia akan membawa Gegirl ke tempat kerja setiap hari. “Dia pandai bawa diri, dia tahun nak duduk mana, dekat mana boleh main, cuma kena pantau juga la sebab kambing ni semua benda dia nak kunyah,” selorohnya. Gegirl suka menyendeng pada 'ibunya' walaupun ketika di tempat kerja. Selain kambing, Dora mempunyai 13 ekor kucing, dua ekor musang pandan, lebih kurang 20 ekor ayam, sepasang angsa, dua ekor arnab dan pelbagai jenis ikan. “Saya duduk rumah taman je, rumah corner, jadi saya bela tepi rumah. “Alhamdullilah jiran saya nak masuk tujuh tahun saya pindah sini, setakat ni semua okay. “Dan mujur jugalah suami saya sangat memahami saya yang bela macam-macam haiwan lepas tu buat macam anak sendiri,” katanya, sambil menambah dia juga memberi makan 11 ekor anjing jalanan yang tinggal di kawasan bengkel keretanya. Antara haiwan kesayangan Dora. Menurut Dora kesemua haiwan kesayangannya ini mempunyai nama mereka yang tersendiri. Tambahnya, haiwan peliharaannya ini ada dijaga pembantu rumah serta adik angkatnya apabila dia keluar negeri. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI