RAMAI anak muda di luar sana menjadikan media sosial sebagai platform untuk menonjolkan bakat mereka. Bagi Khairunnisa Zainal, 18, yang juga pelajar bidang Bakeri dan Pastri, dia menggunakan media sosial untuk berkongsi video masakan yang diharap dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang menontonnya. Ketika dihubungi mStar, pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor itu berkata, perkongsian video juga dianggap sebagai satu proses pembelajaran buat dirinya yang masih lagi baharu dalam bidang berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’ ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka ini ‘kebal’ body shaming! Bangga ada bakat menari, belum terfikir nak kurus - “Saya sayang bentuk badan saya” "Sebelum ini saya pernah tengok video ala-ala vlog. Jadi saya pun cuba kongsi video masakan. Tak sangka ramai pula yang minta saya tunjukkan full step masakan. "Jadi why not kalau saya ajar. Saya mula kongsi video ketika pandemik Covid-19 melanda tahun lepas. Sejujurnya saya berpuas hati apabila dapat sambutan baik. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya dapat hasil yang positif. Video kuih koci dan lasagna merupakan antara yang paling mendapat sambutan," ujarnya yang mesra disapa Nisa. Hasil perkongsian video-video masakan, Nisa kini memiliki lebih 46,000 pengikut di aplikasi TikTok miliknya. Nisa memiliki lebih 40,000 pengikut di aplikasi TikTok. Di sebalik sambutan terhadap video masakan, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif di platform media sosial itu. Terbaharu, Nisa turut berkongsi satu video, memaparkan komen seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai 'gajah'. Kalau ada page tertentu repost video saya, di situ saya akan dapat banyak komen negatif. NISA Jelas Nisa, dia enggan memanjangkan perkara itu, namun berkongsi mengenainya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu buli siber. "Sebagaimana kita tahu, memang banyak isu buli siber di Malaysia. Ia tidaklah mengejutkan saya. Cuma, dah lama tak dapat komen begitu. Tiba-tiba bila kena balik, ia agak memberi kesan. "Saya jenis forgive and forget, tapi saya nak tahu kenapa individu itu berbuat demikian? Pesan saya kepada mereka yang membuli dan body shaming, ketahui bahawa kata-kata anda mengguris hati. Nisa rajin berkongsi video masakan sejak tahun lepas. "Saya post video itu kerana dah banyak kali individu berkenaan komen di TikTok saya," ujarnya lagi. Biarpun menerima komen yang mengguris hati, Nisa terkejut apabila dia dihujani komen sokongan daripada kebanyakan netizen di platform video itu. Kata Nisa, dia tidak sangka ramai lagi rakyat Malaysia yang senada dengannya dan mengutuk keras perbuatan individu tersebut. "Alhamdulillah, saya dapat reaksi positif netizen. Ramai lagi yang baik. Ramai juga yang tegur perbuatan individu itu. Tapi sejujurnya tak banyak komen negatif saya terima. Cuma, kalau ada page tertentu repost video saya, di situ saya akan dapat banyak komen negatif."Pesanan saya, tak susah jadi baik dan tak guna jadi jahat. Kata-kata negatif itu tak membuatkan anda nampak kuat, sebaliknya kelihatan kurang cerdik. Cuba bayangkan, baling batu masuk air. Kamu nampak percikan saja, tapi tak nampak sedalam mana ia tenggelam."Maksudnya, mungkin seseorang itu nampak OK, tapi kita tak tahu betapa terlukanya dia," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI