suria

“Pipi-pipi duck tu jatuh dulu” - Kejutan ibu tak menjadi, gula kapas comel jadi ‘corndog’... anak tak mau makan!

Gula-gula kapas yang dibeli mengecil dengan pantas.

YANG dibeli duck cotton candy (gula kapas bentuk itik), tapi bila sampai rumah tiba-tiba gula-gula kapas berubah jadi corndog!

Begitulah situasi dialami seorang wanita yang membeli makanan itu buat anaknya.

"Natang (binatang) ni shrink so fast (mengecut cepat sangat)," tulis Siti Nur Ashikin, 32, di media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Terlalu manja dengan tuan buat kambing ini ‘lupa diri’! Haiwan peliharaan lain tinggal di rumah tapi Gegirl diangkut ke mana saja

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Bayi PKP’ pelik dibawa keluar hadiri kenduri, menangis takut lihat ramai manusia... segalanya berubah bila jumpa geng!

Video perkongsian Nur Ashikin, yang mesra dipanggil Eikin itu turut mengundang komen-komen jenaka dari warga maya.

"Spill the diet routine (kongsi rutin dietnya)," seloroh seorang netizen.

Bercakap kepada mStar, Eikin yang bekerja sebagai ejen insurans berkata, gula-gula kapas itu sebenarnya dibeli buat anaknya Rafa Ayana yang berusia tiga tahun tujuh bulan.

Menurut Eikin, gula-gula kapas itu dibeli di sebuah kedai yang baru di buka di IOI Mall, Putrajaya.

"Saya pergi IOI Mall dengan kawan lepas habis kerja, masa tu nampak gula-gula kapas tu jadi saya beli la sebab ada banyak bentuk.

"Ingat nak beli untuk anak saya, masa tu tak terfikir pula akan cair cepat," katanya, sambil menambah gula-gula itu tidak diletakkan di dalam plastik.

Katanya, gula-gula kapas yang dibelinya itu mula mengecil sebelum berubah menjadi 'corndog' sebaik sahaja dia tiba di rumah.

"Mula-mula pipi-pipi duck tu jatuh dulu, lepas tu riben atas dia.

"Saya ingat kalau kena aircond bertahan la, rupa-rupanya tak, lagi cepat dia kurus.

"Sampai rumah tinggal mata je, jadi macam bentuk corndog," katanya, sambil menambah jarak di antara rumahnya dengan IOI Mall mengambil masa sekitar 35 minit.



Keadaan gula-gula kapas tersebut apabila dia tiba di rumah.

Menurut Eikin, keadaan gula-gula kapas tersebut membantutkan kejutan yang dirancang buat anaknya yang belum pernah merasa makanan itu.

"Asalnya nak buat surprise la dekat anak saya, saya tunjuk gula-gula kapas yang dah mengecil tu dia tanya balik what is this mommy," selorohnya.



Rafa tidak pernah makan gula-gula kapas sebelum ini.

Menurut Eikin, anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun tetap mencuba gula-gula kapas yang dibelinya dengan harga RM12 itu.

"Saya memang tak pernah bagi dia makan cotton candy tu, memang kira first time la nak bagi sebab jarang ada benda tu dijual dekat luar.

"Kedai tu pun baru je ada dekat IOI sebab tu excited beli.

"Tapi dia rasa juga lepas tu dan dia tak nak sebab dah mengecut... rasanya jadi terlalu manis," katanya.

Menurut Eikin dia memilih gula-gula kapas itik itu kerana anaknya sememangnya suka dengan semua jenis binatang.

"Dia memang jenis yang excited kalau nampak benda yang comel-comel," tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

ends

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain