suria

Gadis ini dah tak takut gelaran ‘beauty with brain’ selepas cemerlang tamat pengajian, kongsi rahsia dapat ‘dekan’ setiap semester

Aween bersyukur akhirnya dapat menggenggam ijazah kelas pertama.

PERJALANAN yang dilalui gadis ini demi menggenggam segulung ijazah tidaklah semudah yang disangka.

Menurut Nur Aizureen Natasya Zulkifli, dia bekerja secara sambilan sebagai jurujual demi menampung perbelanjaannya sepanjang bergelar pelajar.

Di sebalik kesibukan itu, dia tetap meraih keputusan cemerlang setiap semester sehinggalah berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan kelas pertama pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kongsi sijil dekan, gantung gambar artis K-Pop pada lanyard - “Hidup saya berubah selepas minat Monsta X, lebih bersemangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Anugerah Dekan bakal guru dihina selepas susah-susah belajar, dianggap tak cukup ‘power’ untuk riyak! - “Masih ada mentaliti ni tahun 2020”

Menurut pelajar bidang Perniagaan Antarabangsa itu, dia ada cara tersendiri untuk mengekalkan momentum dan berharap kisahnya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana.

"Bermula tahun kedua pengajian, saya mula bekerja secara sambilan di sebuah pusat beli belah. Masa tu saya menyewa, pada masa sama nak juga cari duit lebih.

"Saya bekerja sebagai jurujual sampai habis belajar. Walaupun bekerja, saya berjaya untuk kekalkan pointer 3.80 dan mendapat anugerah Dekan untuk setiap semester. Alhamdulillah saya dapat menamatkan pengajian dengan keputusan kelas pertama," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Aween, gadis berusia 24 tahun yang berasal dari Rawang, Selangor itu mengakui pengurusan masa sangat penting dalam mencari keseimbangan antara kerja dan akademik.

aween 3

Aween merupakan pelajar bidang Perniagaan Antarabangsa.

Selain itu, Aween juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, sekali gus membantu dirinya untuk lebih faham akan setiap topik dan subjek yang dipelajari.

"Pembahagian masa sangatlah penting. Kita sebagai pelajar, komitmen utama mestilah belajar. Malah, hasrat untuk habiskan pengajian juga salah satu impian ibu dan ayah. Jadi di situ saya dah tahu priority saya.

Bila berkongsi dengan kawan, kita akan senang faham dan lebih senang nak hafal.

AWEEN

"Saya bahagikan masa bila ada assignment. Saya akan buat kebiasaannya waktu malam atau pagi apabila tiada jadual bekerja ataupun kelas. Buat yang bertanya macam mana nak bahagikan masa, ini terpulang pada diri sendiri.

"Kalau saya, saya akan semak jadual kelas, tarikh hantar assignment supaya tak terlepas dan selepas itu baru rancang jadual bekerja.

"Sebelum exam pula, saya suka study beberapa hari awal dan berkongsi dengan kawan-kawan. Bila berkongsi dengan kawan, kita akan senang faham dan lebih senang nak hafal," ujarnya.

Dalam pada itu, Aween yang pernah digelar 'beauty with brain' ketika menuntut di Management & Science University (MSU) Shah Alam mengakui takut dan risau dengan gelaran itu pada awalnya.

aween 4

Aween menamatkan pengajian di MSU pada Isnin lalu.

Namun, Aween menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan kata-kata berkenaan dengan berusaha lebih gigih sehingga meraih keputusan cemerlang pada setiap semester.

"Masa awal masuk belajar dulu, saya rajin membuat perkongsian di Instagram. Dari situ, orang komen dan cakap saya 'beauty with brain' kerana mendapat keputusan yang bagus. Awalnya saya pun agak risau kerana saya tak tahu pengakhirannya bagaimana?

"Dari situ saya terfikir, kenapa saya tak realisasikan apa yang orang cakap? Jadi saya berusaha untuk dapat keputusan bagus dalam setiap semester. Jadi bila dah habis belajar, baru boleh buktikan kata-kata itu.

aween 5

Aween pernah bekerja sebagai jurujual ketika bergelar pelajar.

Tambah Aween yang juga seorang content creator, biarpun sibuk dengan pelajaran, dia juga sangat mementingkan kekemasan diri untuk tampil lebih yakin setiap kali berhadapan orang ramai.

"Bagi saya penting untuk kita jaga penampilan. Contohnya kalau ada presentation dalam kelas, pemakaian kita juga akan menjadi tumpuan.

"Kalau nak keluar pun, mesti kita kena jaga penampilan. Sekurang-kurangnya, kena nampak kemas," ujarnya anak kedua daripada lima beradik itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain