suria

Panik! Asyik masuk keluar bilik persalinan, anak saudara usia setahun terkunci di R&R... mujur bantuan segera sampai tapi kenapa teriakan si kecil makin kuat?

Petugas di R&R membantu mengeluarkan anak saudara Athirah yang terkunci di bilik persalinan.

SIAPA yang tak panik tiba-tiba mendengar jeritan dan tangisan seorang kanak-kanak di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Teriakan yang berlaku pada siang hari mencuri tumpuan pengunjung R&R, gara-gara seorang kanak-kanak perempuan yang terkunci di sebuah bilik persalinan.

Ibu saudara kepada kanak-kanak itu, Nur Athirah Mohd Mokhtar berkata, insiden berlaku di R&R Sungai Perak arah selatan di Kuala Kangsar, Perak ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang, kira-kira 6.45 petang Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkurung lebih 7 jam! Baru pindah rumah, 3 beranak alami detik cemas dalam bilik air sampai tertidur... anak sulung tiba-tiba gemar pakai sweater - "Saya blur tengok suami"

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - "Aku jerit selama ni tak ada orang dengar"

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, ketika itu dia bersama kakak dan seorang sepupunya ke surau di R&R itu untuk menunaikan solat jamak, pada masa sama membawa anak saudaranya yang dikenali sebagai Teja berumur setahun untuk mandi.

"Kami ambil giliran untuk solat sebab nak jaga dia. Waktu tu saya tunggu sepupu bawa tuala, sabun dan baju Teja untuk saya mandikan. Di dalam surau ada satu bilik persalinan kecil.

"Awal-awal lagi dia dah masuk bilik tu dua kali. Jadi sepupu letak penghadang di pintu bilik kerana bimbang dia tutup pintu dari dalam," katanya kepada mStar.

terkunci r&r 5

Athirah berkata, dia bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Pulau Pinang sebelum kejadian berlaku.

Ketika sedang mengambil tuala dan sabun, Athirah yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan berkata, anak saudaranya sekali lagi masuk ke bilik tersebut dan menutup pintu.

"Saya pun berlari untuk pulas tombol pintu nak buka. Kemudian saya dengar bunyi dah ada orang tekan lock pada tombol pintu sehingga terkunci.

"Rupa-rupanya anak saudara dah alihkan penghadang dan tutup pintu. Mulanya dia seronok dan gelak-gelak walaupun seorang diri dalam bilik.

"Sekali sepupu cakap 'bye bye Teja' banyak kali. Barulah dia ketuk-ketuk pintu dari dalam suruh kami buka. Masa tu dia mula berteriak," ujarnya sambil menambah ibu kepada kanak-kanak itu dan ahli keluarga berada di medan selera R&R ketika kejadian.

terkunci r&r 4

Lebih dikenali sebagai Teja, anak saudara Athirah berusia setahun.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia kemudian bergegas untuk mendapatkan bantuan daripada petugas di R&R bagi mengeluarkan anak saudaranya.

"Sebelum tu saya pergi minta bantuan di luar surau dan ternampak ada kunci di surau. Kami cuba buka tapi bukan kunci untuk pintu bilik tu.

Anak saudara jerit makin kuat selepas dia tengok ada abang yang panjat atas tu untuk selamatkan dia. Anak saudara takut dengan lelaki yang tak dikenali

NUR ATHIRAH MOHD MOKHTAR

"Kami tak suruh dia buka sebab tombol tu agak tinggi juga sebab dia perlu jinjit kaki masa nak tekan lock tu. Jadi anak saudara tak pandai nak pulas sendiri tombol pintu," katanya.

Tambah Athirah, anak saudaranya terperangkap di dalam bilik persalinan selama 10 minit sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan petugas di R&R.

terkunci r&r 2

Athirah bersama anak saudaranya Teja.

Dalam keadaan yang tegang itu, dakwanya kunci bilik persalinan tidak ditemui menyebabkan petugas perlu menggunakan cara lain untuk mengeluarkan anak saudaranya.

Athirah yang merupakan penjawat awam berkata, mujur terdapat ruang di bahagian atas bilik persalinan, sekali gus memudahkan petugas membantu mengeluarkan anak saudaranya.

"Tapi anak saudara jerit makin kuat selepas dia tengok ada abang yang panjat atas tu untuk selamatkan dia. Anak saudara takut dengan lelaki yang tak dikenali.

"Kami juga risau kat abang tu sebab dinding agak tinggi untuk terjun ke lantai. Alhamdulillah, semuanya baik-baik dan anak saudara dapat dikeluarkan dari bilik itu," katanya.

terkunci r&r 3

Ibu saudara (kiri) yang paling rapat dengan Teja (tengah).

Berkongsi pengalaman di R&R, Athirah menasihatkan semua pihak supaya sentiasa memantau anak-anak kecil dan perlu bertenang sekiranya berlaku kejadian seumpama itu.

"Bila kejadian seperti ini berlaku mak ayah jangan terlalu panik, kena bertenang sebab masa tu baru kita boleh berfikiran dengan waras untuk menyelesaikan masalah.

"Kalau suami isteri bawa anak untuk solat... solat secara bergilir. Jangan percaya anak boleh duduk diam dan tak buat benda bukan-bukan bila kita tengah solat. Kena pantau," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain