suria

Tengah khusyuk tengok kartun, tiba-tiba anak menangis rindukan abah... ibu kongsi apa berlaku di sebalik drama air mata

Ahnaf berusia lima tahun meraih perhatian menerusi videonya menangis merindui bapa.

SAYU melihat seorang anak kecil yang sebak sehingga berlinangan air mata kerana merindui bapanya.

Pasti ramai tertanya-tanya mengenai keberadaan bapa kepada kanak-kanak itu yang mungkin lama tidak bersua muka dan berjauhan sehingga kerinduannya begitu menebal.

Malah, si ibu turut hairan dengan kesedihan anak lelakinya itu yang tercetus secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara buat donat cubaan ke-3 menjadi macam air tangan TokMa, tiba-tiba anak pula sentap - "Pernah menangis sebab tak jadi"

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral, ramai nak tengok wajah 'budak tudung saji'... ibu 'belanja' show Peluang Kedua - "Dia pernah buat suami menangis"

Bercerita kepada mStar, Nur Adzeela Ismailuddin berkata, drama air mata anak lelakinya dapat dilihat menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial hingga menjadi tular.

Namun, wanita berusia 40 tahun itu menjelaskan video anaknya, Ahnaf Jaleel Jamal Hisham atau Ahnaf berumur lima tahun itu dirakamkan pada suatu petang, Ogos lalu.

"Masa tu saya di rumah dengan Ahnaf. Bila Ahnaf tiba-tiba menangis rindukan abah (panggilan bapa) dia, saya yang sedang masak ketika itu memang terkejut.

"Pada mulanya saya sangka dia tengok drama di TV pasal kisah sedih seorang ayah sampaikan dia menangis teringatkan abah dia," katanya ketika dihubungi.

anak rindu abah 3

Ahnaf (kiri) bersama bapanya.

Lebih mesra disapa Ila, dia bagaimanapun memberitahu anaknya itu hanya menonton program kartun dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.

"Sebenarnya abah Ahnaf tak pergi outstation ke mana-mana pun. Hari-hari ada je dua beranak ni berjumpa di rumah, dan pagi tu abahnya baru hantar Ahnaf ke sekolah.

Kadang-kadang bila menangis, dia akan tutup mukanya dengan bantal. Bila saya tanya kenapa, dia jawab tak ada apa-apa tapi dah bergenang air mata

NUR ADZEELA ISMAILUDDIN

"Mungkin sebab kadang-kadang abah dia balik dari tempat kerja, dia dah tidur awal. Jadi kebiasaannya mereka jumpa pada waktu pagi," ujarnya yang berasal dari Klang.

Menurut suri rumah itu, anaknya berperwatakan ceria dan periang serta mudah mesra, tetapi pada masa sama begitu sensitif.

anak rindu abah 4

Ila bersama Ahnaf.

"Anak saya ni memang hati tisu. Saya selalu tengok drama-drama Melayu dan dia akan ikut tengok sekali. Kalau ada babak sedih, dia akan menangis.

"Kadang-kadang bila menangis, dia akan tutup mukanya dengan bantal. Bila saya tanya kenapa, dia jawab tak ada apa-apa tapi dah bergenang air mata," katanya sambil menambah video tersebut turut mengundang sebak suaminya yang ketika itu sedang bekerja.

anak rindu abah 5

Ahnaf seorang kanak-kanak yang ceria.

Ila berkata, anaknya yang menggemari watak animasi tempatan, Upin dan Ipin serta adiwira popular Jepun, Ultraman juga seorang yang begitu mengambil berat terhadap ahli keluarga.

"Ahnaf juga seorang yang caring. Setiap kali abah dia nak pergi kerja dengan motosikal, dia akan cakap 'abah elok-elok bawa motor'," tambahnya.

anak rindu abah 2

Ahnaf (tengah) mengambil berat terhadap ibu dan bapanya.

Dalam pada itu, Ila berkata, anaknya yang dilihat mempunyai minat dalam seni mempertahankan diri silat tidak terkecuali 'berdrama' di sekolah.

"Kadang-kadang bila kena marah dengan cikgu sebab lambat siapkan kerja sekolah, dia terus tiba-tiba beritahu cikgu yang dia rindu mama, rindu abah.

"Mulalah nak menangis, selepas tu dia okay je. Sama macam rindu abah tu, tiba-tiba menangis teringat abah dia, lepas tu okay macam biasa," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain