MELIHAT hiasan dalaman kedai gunting rambut bergerak ini, siapa sangka ia pada asalnya hanyalah sebuah ambulans lama. Namun transformasi yang dilakukan dengan sentuhan tangan-tangan magis, sebuah ambulans buruk berjaya ditransformasikan menjadi 'Gunting Mobile Van' yang begitu eksklusif dan mewah! 'Gunting Mobile Van' dihasilkan oleh sepasukan yang terdiri daripada 10 tenaga pengajar dari beberapa institusi GiatMara di Selangor yang mewakili negeri itu dalam pertandingan 'Custom Car Challenge GiatMara Malaysia 2021'. ARTIKEL BERKAITAN: Penangan kopi tulen di warung bonet kereta, dilayan pula barista macam di coffee shop popular... anakanda Sultan Johor siap cemar duli! ARTIKEL BERKAITAN: Meriah, dah macam rombongan Cik Kiah! Bapa beli bas sendiri, bawa keluarga besar balik Jelebu sambil nyanyi lagu Apo Nak Dikato Berkongsi cerita dengan mStar, Pengurus GiatMara Puchong selaku pengurus projek, Mohd Shafie Mohamad, 47, berkata idea untuk menghasilkan Gunting Mobile Van dicetuskan oleh Pengarah GiatMara Selangor, Azizan Bedin. "Apabila pihak pengurusan ibu pejabat iklankan cabaran ini, setiap negeri wajib hantar satu penyertaan. Dari situ, pengarah bincang dengan semua 23 pengurus GiatMara di Selangor untuk mencari idea. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dipendekkan cerita, GiatMara Tanjung Karang mempunyai sebuah ambulans lama yang sudah tidak digunakan untuk dijadikan bahan latihan. "Jadi kita sudah ada kenderaan. Pada peringkat awal perbincangan, kami nak transformasikan ambulans itu menjadi tempat servis motosikal. Hiasan dalaman yang begitu eksklusif dengan sentuhan tema klasik dan moden. "Namun akhirnya bincang punya bincang, kami sepakat dengan idea untuk transformasikannya menjadi kedai gunting rambut bergerak," ujarnya. Menurutnya, terdapat 10 tenaga pengajar GiatMara yang menjadi 'orang kuat' di sebalik penghasilan Gunting Mobile Van tersebut. "Kesemua 10 orang ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing iaitu bidang dandanan rambut, hiasan dalaman dan luaran (interior & exterior design), elektrikal, enjin dan automotif. Boleh memuatkan dua orang pelanggan dalam satu-satu masa. "Pakar-pakar ini bergabung idea dan tenaga. Mereka mencurahkan komitmen 200 peratus untuk projek ini," katanya sambil menambah, ini adalah kali pertama cabaran 'custom car' dipertandingkan. Tambah Mohd Shafie, projek Gunting Mobile Van mengambil masa selama kira-kira tiga bulan untuk disiapkan sebelum tarikh akhir 30 Oktober lalu. Gunting Mobile Van yang mampu memuatkan dua pelanggan dalam satu-satu masa mengetengahkan konsep moden klasik yang dilengkapi dengan peralatan canggih. Besar harapan untuk menjadikannya satu prototaip bagi usahawan di luar sana. MOHD SHAFIE MOHAMAD "Ketika ini proses penjurian sedang berjalan dan dijangka tamat pada 6 Disember. Berkemungkinan keputusan cabaran ini bakal diketahui pada pertengahan Disember. "Pasukan panel juri sudahpun turun membuat penilaian untuk Gunting Mobile Van. Apa yang boleh saya rumuskan, mereka begitu teruja dan 'speechless' apabila melihat interior yang nampak mewah dan eksklusif. Sepuluh tenaga pengajar GiatMara yang merupakan orang kuat di sebalik Gunting Mobile Van bersama Pengarah GiatMara Selangor, Azizan Bedin (tengah). "Bukan itu saja, video yang dimuat naik oleh salah seorang ahli pasukan kami, Syafiqah di TikTok pun dapat sambutan yang menggalakkan daripada netizen. "Rata-ratanya tanya dekat mana hantar bengkel buat semua ubah suai tu. Hingga kini dah lebih 700,000 jumlah tontonan. Alhamdulillah, rasa berbaloi dengan usaha," katanya. Mohd Shafie berkata, dengan komitmen yang dicurahkan bagi menjayakan cabaran tersebut, pasukannya berharap agar mereka mampu mengharumkan nama Selangor. Inilah 'wajah' asal ambulans sebelum ditransformasikan menjadi Gunting Mobile Van. "Sudah pasti kami berharap agar dapat rangkul gelaran juara. Kalaupun bukan rezeki raih gelaran juara, kami berharap projek itu akan dikomersialkan untuk masa hadapan. "Besar harapan untuk menjadikannya satu prototaip untuk usahawan di luar sana. Jika ada yang berminat, kita boleh bantu usahawan yang mahu ke arah itu," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI