suria

Apa yang ditakuti wanita ini jadi nyata, kali ke-3 digigit sengkenit sampai demam! Puncanya masih misteri - “Parut digigit tahun lepas pun belum hilang”

Eny digigit sengkenit pada bahagian pelipat lutut.

RUPA makhluk ini sangat kecil, tetapi kesan gigitannya meninggalkan kesakitan yang berganda.

Itulah penangan sengkenit, binatang parasit yang menghisap darah manusia ataupun haiwan mamalia.

Hanya mereka yang pernah menjadi mangsa gigitan makhluk kecil ini sahaja tahu betapa 'azabnya' kesakitan yang ditanggung, termasuk wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah penyet semut api! Perkelahan selepas lama tak jumpa bertukar tragedi, wanita hampir maut... sesak nafas sampai pengsan

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kongsi detik ngeri lipas mula-mula merayap di tangan, kemudian sembunyi - “Dalam perjalanan ke klinik rasa telinga digerudi”

Berkongsi cerita dengan mStar, Noor Azmawani Mohamad berkata, dia hanya menyedari digigit serangga berkenaan ketika sedang mengemas dapur sebelum masuk ke bilik tidur.

"Pada siang hari, saya pergi ke Terengganu kerana nak beli keropok lekor. Selepas tu dalam perjalanan pulang, saya singgah kedai buah sekejap.

"Masa tengah buat kerja dapur malam harinya, saya rasa sakit di kaki. Dalam hati 'janganlah kena lagi' sebab dah pernah kena sengkenit atau kami gelar tempiras.

"Tengok-tengok, memang betul kena. Ia gigit di bahagian belakang lipatan lutut," ujar wanita berusia 27 tahun yang menetap di Kota Bharu, Kelantan ini.

Senang disapa Eny, usahawan kosmetik ini berkata ia bukanlah kejadian pertama dialaminya kerana pernah dua kali menjadi mangsa gigitan sengkenit pada tahun lalu.

"Sebelum ini pernah kena gigit dekat perut dan paha... sampai sekarang parut dan gatalnya belum hilang. Ini dah kena lagi sekali pula," ujarnya.

cekenit 2

Eny sudah tiga kali menjadi mangsa gigitan sengkenit.

Tambah Eny, ketika kejadian, suaminya bekerja di Kuala Lumpur, dan dia terpaksa meminta bantuan kakaknya untuk membuang serangga tersebut.

"Saya dah tahu sakitnya macam mana... memang tak boleh tidur sebab sakit gigitannya dan macam dedar nak demam. Kakak datang ke rumah untuk bantu buang sebab ia di bahagian yang sukar saya capai.

"Kakak letakkan dulu minyak kapak... sebab ada petua beritahu kena letak sesuatu benda yang berbau kuat untuk bagi ia mati dan lepaskan gigitan

"Masalahnya, serangga tu mati, tapi masih bergayut di kulit. Lagilah panik. Kakak buang guna 'tweezer' malangnya sengat masih tertinggal pada kulit.

Saya dah tahu sakitnya macam mana... memang tak boleh tidur sebab sakit gigitannya dan macam dedar nak demam.

NOOR AZMAWANI MOHAMAD

"Sakitnya masa kakak cabut tu, saya menjerit-jerit. Esoknya memang saya demam. Bila suami pulang ke Kelantan keesokannya, barulah pergi ke klinik," kata wanita ini lagi.

Tidak menyangka perkongsian dua videonya masing-masing meraih sehingga melebihi lima juta dan sembilan juta tontonan, Eny berkata dia terharu apabila ramai yang berkongsi petua di laman komen.

cekenit 3

Antara komen netizen pada perkongsian video Eny.

"Ramai share pengalaman terkena sengkenit. Ada yang pernah sampai kaki 'cramp'. Tapi saya rasa terharu bila ramai yang share petua. Bukan setakat di komen, malah ramai yang hantar Whatsapp sebab saya ada paparkan nombor untuk tujuan bisnes.

"Tapi ramai juga tanya pasal sengkenit sebab tak pernah kena. Mereka tanya apa puncanya. Jujurnya, saya sendiri tak tahu dapat dari mana. Ada cakap mungkin sebab kucing... tapi saya tak pelihara kucing pun.

"Apapun saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sangat-sangat prihatin," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain