SELAIN barangan peribadi, gambar serta video merupakan antara momento yang sering disimpan untuk menghilangkan rasa rindu pada insan tersayang yang telah pergi selamanya. Gambar juga menjadi saksi peristiwa penting dan bermakna dalam hidup kita yang ingin dikenang sampai bila-bila. ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang ditakuti wanita ini jadi nyata, kali ke-3 digigit sengkenit sampai demam! Puncanya masih misteri - “Parut digigit tahun lepas pun belum hilang” ARTIKEL BERKAITAN: Dua 'bodyguard' jalan terhegeh-hegeh, bos pula kena tunggu! Ke mana pergi si bulus mengekor, tapi kenapa wanita ini pernah stop bela kucing? Justeru itu apabila menyedari bahawa ibu bapa mereka tidak mempunyai gambar sewaktu meraikan hari bahagia suatu ketika dahulu, anak-anak pasangan ini berpakat untuk merakam kembali gambar insan tersayang itu lengkap dengan persalinan pengantin. Walaupun sudah 40 tahun berkahwin, pasangan emas ini - Syed Jalaldin Syed Lop, 67 dan Jamalliah Mohd Zahari, 60 ternyata tetap sweet seperti pasangan yang baru sahaja bernikah. Berkongsi pengalamannya merakam momen tersebut dengan mStar, jurugambar pasangan ini, Nor Zahirah Ismail, 26 berkata, Syed Jalaldin atau mesra dipanggil Pak Syed kelihatan teruja dan sangat sweet sepanjang sesi pengambaran. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jelasnya sesi bergambar tersebut direncana anak ke tujuh pasangan tersebut iaitu Syarifah Zaujunnur Syed Jalaldin, sempena meraiikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40. Mesra di panggil Ira, pemilik Raaphotography ini berkata, selain menguruskan photoshoot tersebut, Syarifah Zaujunnur turut mencarikan jurumekap serta butik untuk menyewa baju pengantin buat ibu bapanya. "Cik Nor (Jamalliah) nampak malu-malu, kalau boleh nak cepat habiskan tapi Pak Syed memang nampak teruja dan sangat sweet, macam pasangan pengantin baharu. "Yang lebih seronok sebab anak-anak dan cucu-cucu pun ada sekali memeriahkan dan bagi semangat pada mak ayah," katanya yang menetap di Telok Bakong, Perak. Cik Nor dan Pak Syed merakam gambar kenangan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 40. Ira yang sudah tiga tahun menjadi jurugambar berkata, ini merupakan kali pertama dia mendapat pelanggan dalam kalangan yang sudah berusia. “Rasa teruja sangat, bayangkan macam mak ayah sendiri. “Posing semua macam biasa saya akan ajarkan, untungnya makcik dan pakcik sporting, mereka ikut je apa yang diajar, anak-anak pun ada yang request posing. “Masa sesi photoshoot, sempat juga berbual dgn pakcik makcik, saya kata, “bestnya makcik sporting, nak diandam, nak photoshoot”, Cik Nor kata, “kalau tak di ikutkan permintaan anak, merajuk pulak deme nanti,” ceritanya, menambah pasangan terbabit mempunyai sembilan anak. Ira sudah tiga tahun menjadi juru gambar profesional. Sesi bergambar yang diadakan di Padang Ragut Kampung Teluk Bakong, Perak pada 7 November lalu, mengambil masa sekitar dua jam. Menurut Ira, kemesraan yang ditonjolkan pasangan terbabit bagaimanapun membuatkan dia merenung mengenai masa depannya. "Pak Syed bila nak berjalan je mesti tanya isteri “ok ke Nor?, boleh ke Nor" sebab risau isteri tak larat. “Melihat mereka membuatkan saya terfikir akan datang nanti macam mana saya dengan suami, dapat atau tidak sambut ulang tahun sebegini dan paling penting dah meningkat umur nanti dapat lagi tak momen-momen sweet seperti mereka,” katanya. Menurut Ira, dia sering berpesan kepada orang sekelilingnya untuk memastikan supaya momen-momen penting dalam hidup mereka bersama insan tersayang dirakam untuk dijadikan pengubat rindu suatu hari nanti. “Saya lalui situasi yang perit, pagi tu mak sihat macam biasa, lincah buat kerja rumah sebab dia memang jenis yang tak boleh duduk diam tapi petang tu tiba-tiba mak collapse, hari tu rupanya hari terakhir saya dengar suara mak, untungnya banyak gambar dengan mak, banyak video-video mak, jadi rasa macam mak ada lagi. “Sejak tu memang saya selalu ingatkan kawan-kawan, tolonglah hari-hari peluk mak ayah, hari-hari minta maaf, sebab kita tak tahu bila ajal menjemput, kita atau mereka yang pergi dahulu. “Saya selalu ingatkan orang sekeliling kenangan tu tak dapat di ulang, gambar akan jadi pengubat rindu, jadi kena sentiasa ingat bila kali terakhir kita peluk cium mak ayah? Bila kali terakhir bergambar dengan mereka,” katanya menambah ibunya meninggal pada 19 Feb 2020. Anak Ira sering melepaskan rindu pada opahnya dengan melihat gambar yang telah dialbumkan. Menurut Ira, dia turut berdepan dengan situasi yang sukar apabila gambar ayahnya yang pergi meninggalkan mereka sekeluarga pada 6 Mac 2014, hilang. “Dulu gambar-gambar ayah masa sihat, masa sakit, banyak saya snap, tapi tak terfikir nak cuci, bila telefon hilang semua hilang. “Mak marah sangat sebab dia pun tak dapat tatap gambar ayah, lepas je dari tu memang mak minta gambar-gambar mak tu dicuci dan dijadikan photobook. Sekarang anak saya kerap buka album lepas tu cakap “Mawar rindu opah”,” kongsinya. Selain pengalamannya sendiri, dia turut menerima mesej daripada pelanggannya yang berterima kasih kerana mengambil gambar momen terakhir anggota keluarga mereka yang telah pergi meninggalkan mereka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!