suria

Ada ‘flower girl’ tapi kena dukung, mujur tak pegang botol susu! Pengantin dedah si cilik meragam 15 minit sebelum masuk dewan... tapi kenapa?

Majlis sanding pada 28 November 2021. Gambar kecil Yusri, isteri dan anak masuk ke dewan.

MENJADIKAN kanak-kanak sebagai 'flower girl' bagi mengiringi pasangan pengantin bagaikan trend untuk menyerikan majlis perkahwinan.

Namun apa yang menghairankan apabila seorang kanak-kanak dalam persalinan gaun putih sambil memegang sekuntum bunga ros merah tidak berjalan seperti kebiasaan.

Sebaliknya, si cilik yang comel itu didukung oleh pengantin lelaki yang berjalan bersama pasangannya ketika berarak masuk ke dalam dewan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP punya hal, tiada apa yang mustahil! Tetamu terkejut, pengantin datang bawa anak kembar ketika majlis kahwin mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan 2 tapi bertiga, sempoi bersanding ditemani bayi 7 bulan... dulu hanya gambar nikah, sekarang rasa macam pengantin baharu!

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Ahmad Yusri Zakwan Ahmad Norllil berkata, majlis persandingan diadakan di sebuah dewan di Selayang, Selangor pada 28 November lalu.

Pemuda berusia 28 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia dan isterinya sebenarnya telah bernikah lebih setahun lalu pada 25 Julai 2020.

"Majlis sanding yang ada flower girl tu dibuat oleh keluarga pihak keluarga lelaki. Majlis sanding di pihak keluarga perempuan dah buat pada malam hari sama kami nikah.

"Pada asalnya majlis di pihak saya nak buat pada 18 Oktober 2020, tapi ketika itu kerajaan mengumumkan majlis sosial seperti majlis perkahwinan tidak dibenarkan dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 menyebabkan majlis terpaksa ditunda," katanya ketika dihubungi.

pengantin dukung flower girl 2

Yusri dan isteri bernikah pada Julai 2020.

Lebih mesra disapa Yusri, dia turut menjelaskan bahawa flower girl sewaktu ketibaan di dewan itu adalah anaknya sendiri yang baru enam bulan.

Dia yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur berkata, isterinya, Nurtiara Atiqah Ramli, 26, hamil kira-kira sebulan sebelum tarikh majlis persandingan bagi pihak keluarganya pada Oktober tahun lalu.

"Sebenarnya di majlis saya baru-baru ini memang tak plan nak ada flower girl. Yang ada cuma anak perempuan kami akan ikut berarak masuk sehingga ke pelamin," ujarnya.

pengantin dukung flower girl 7

Majlis sanding yang diadakan oleh keluarga perempuan.

Bagaimanapun kata Yusri, anak perempuan mereka mulai meragam kira-kira 15 minit sebelum pasangan pengantin dijadualkan masuk ke dewan kira-kira pukul 1.30 petang.

"Anak meragam dan tak duduk diam, sebab persekitaran dan orang ramai. Kebetulan isteri ada bunga tangan pengantin yang digubah dengan ros merah, kami cabut sekuntum dan beri pada anak.

Kami berdoa agar anak tak meragam. Alhamdulillah semasa berarak tu anak memberi kerjasama sangat

AHMAD YUSRI ZAKWAN AHMAD NORLLIL

"Dapat bunga ros sekuntum terus anak elok je diam. Saya dukung anak sebab dia tak boleh berjalan lagi, sampai ke kaki pelamin saya serahkan anak kepada adik ipar untuk dijaga.

"Ada lampu besar di pelamin dan lighting agak panas, tak sesuai untuk anak kecil," katanya sambil menambah berat anaknya 6.5 kilogram ketika didukung di majlis.

pengantin dukung flower girl 1

Yusri dan isteri dikurniakan cahaya mata perempuan.

Juruaudit itu bersyukur majlis persandingan yang berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 4 petang tetap berjalan lancar dan anak mereka yang masih kecil tidak meragam.

"Kami berdoa agar anak tak meragam. Alhamdulillah semasa berarak tu anak memberi kerjasama sangat.

"Ikutkan kalau meragam, kami kasi dia minum susu botol. Nasib baik mood dia okay dapat bunga ros, tak adalah flower girl pegang susu botol," ujarnya secara berseloroh.

pengantin dukung flower girl 3

Pasangan pengantin bersama keluarga.

Dalam pada itu, Yusri mengakui tidak menyangka rezekinya bersama isteri dapat mengadakan majlis perkahwinan yang turut dihadiri anak sendiri.

"Ada hikmah di sebalik majlis sebelah lelaki terpaksa ditunda. Sewa dewan dah bayar penuh, akhir tahun lepas wedding planner kata dewan hanya available pada akhir November 2021.

"Tiba-tiba masuk 2021 ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0 dan 3.0 dah akhir Oktober baru boleh buat majlis. Memang bersyukur sangat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain