suria

Pelik... famili bercucuk tanam tapi hobi gadis ini kumpul dawai kokot! Tak kisah diperli, pentadbir projek dah plan nak tambah koleksi

Atikah suka kumpul dawai kokot dan pelbagai barangan lain yang luar biasa.

SETIAP orang mempunyai hobi yang berbeza-beza.

Ada yang gemar bercucuk tanam, kumpul setem atau miniature dan ada juga yang suka melukis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-siakan hobi, duit poket jualan hotwheels dorong remaja bantu ibu bapa... Wak Doyok pun tempah! - “Saya tak lokek nak kongsi ilmu”

ARTIKEL BERKAITAN: Hobinya dianggap membazir, tapi pemuda ini tak mengalah hingga 4 kali bergelar juara yo-yo Malaysia! Gigih buat crowdfunding nak cukupkan duit bersaing di peringkat dunia!

Namun wanita ini mempunyai hobi yang unik iaitu mengumpul dawai kokot.

"Ya ampun sis macam mana la boleh terdetik nak simpan banyak macam tu," soal seorang warga maya apabila melihat video gumpalan dawai kokot yang dikongsikan wanita terbabit.

Bercakap kepada mStar Nurul Atikah Zulkifli, 25 berkata, dia mula menyimpan dawai kokot terbabit sekitar dua tahun lepas.

Selain daripada faktor keselamatan anak muda yang mesra disapa Tikah ini berkata, dia ingin melihat sejauh mana dia boleh mengumpul dawai kokot terbabit.

"Sebenarnya ada banyak lagi tapi ada staf yang buang.

"Saya tak suka buang sesuka hati takut terpijak nanti melekat pada stokin sebab pejabat saya kena buka kasut.

"Saya kumpul sebab saya nak tengok sampai banyak mana saya boleh kumpul sepanjang projek yang saya buat sekarang," katanya yang bertugas sebagai pentadbir projek syarikat di Bukit Jalil di ibu negara.

Selain dawai kokot, Tikah yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan juga gemar mengumpul lebihan kertas berbentuk bulat yang terhasil apabila menggunakan hole puncher, kotak dan plastik.

"Lebihan hole puncher tu pun ada satu kotak, saya suka kumpul kotak, plastik," ceritanya.



Atikah menyimpan "koleksinya" dalam kotak di pejabatnya.

Barangan yang disimpan akan diletakkan atau disusun sama ada dirumah mahupun di tempat kerjanya.

"Kalau barang pejabat ada dekat pejabat, memang ada kotak dalam bilik saya je.

"Selalunya saya memang akan letak elok-elok dan kemas-kemas cuma ada seorang staff yang suka buang barang saya simpan,"katanya.



Koleksi kotak yang disimpan Atikah.

Menurut Tikah, hobi yang dimilikinya jauh berbeza dengan anggota keluarganya yang lebih gemar bercucuk tanam.

Malah katanya, perbuatannya yang suka mengumpul barang terbabit turut mengundang kata-kata sinis dari orang sekeliling.

"Saya tak suka tanaman tapi memandangkan saya jauh dari keluarga mereka tak tahu yang saya suka simpan macam-macam.

"Cuma ada staf yang suka membebel sebab saya simpan barang tidak penting.

"Ada yang perli cakap saya suka kumpul barang-barang tak berfaedah, serabut mata, tapi saya cuma suka hati saya la nak kumpul apa pun," katanya.



Atikah mempunyai hobi yang berbeza dengan anggota keluarganya.

Tikah juga merancang untuk menyediakan kotak baharu apabila dia mula dengan projek baharu.

"Saya tak ada niat pun nak jual sebab saya tak tahu boleh jual ke tak jadi saya plan nak continue je kumpul cuma saya akan asingkan kotak," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hobi, pelik, luar biasa, dawai kokot, stapler

Artikel Lain