PERISTIWA lucu yang berlaku di hadapan khalayak ramai sememangnya sesuatu yang memalukan. Begitu jugalah situasi yang dialami oleh wanita ini apabila tersalah 'percaturan' ketika mengambil video di tempat rekreasi sehinggakan pakaiannya basah dek terkena air pancut. Berkongsi cerita dengan mStar, Anis Nafisa Yusli berkata ketika itu mereka sekeluarga berkunjung ke Kuala Lumpur sempena majlis konvekesyen salah seorang adiknya yang diadakan di Plenary Hall, KLCC. ARTIKEL BERKAITAN: Langit gelap, piknik bertukar panik! Dua gadis menggelabah packing takut basah, tapi kawan lelaki tenang layan makan - “Orang sibuk kemas, dia sibuk menyuap” ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang” "Kami baru sampai KL masa tu sebab adik saya ada majlis konvokesyen. Sementara mak ayah saya bersama adik di dalam dewan, saya dengan tiga adik pergi berjalan-jalan di sekitar KLCC Park. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Lokasi di depan KLCC itulah kami bergambar dan ambil video. Kami terpandang satu port iaitu dalam kolam. Saya pun ajak la adik-adik bergambar dalam tu sebab saya tengok kering je takda air pun. "Ikutkan dah nak keluar dari kolam tu, tapi salah seorang adik lelaki ajak buat last video kat situ. "Saya pun letaklah telefon dekat bawah untuk rekod video. Tiba-tiba tak sangka pulak air tu tiba-tiba terpancut keluar," cerita wanita berusia 23 tahun yang berasal dari Pekan, Pahang ini. Pakaian Anis lencun gara-gara terkena air pancut. Senang disapa sebagai Anis, wanita ini berkata dek kerana 'pancutan' air secara tiba-tiba itu, mereka kelam kabut 'menyelamatkan diri' untuk keluar daripada kolam berkenaan. "Berjeruk jugaklah baju dengan beg. Siap air tu sembur tepat kena muka sebab nak ambil telefon bimbit. Anis dan adik-adiknya sempat mengambil gambar-gambar menarik sebelum insiden lucu disembur air pancut. "Selepas kena air pancut tu ada seseorang di situ cakap, air pancut tu memang akan keluar pukul 10 pagi. Orang tu yang cakap. Saya pun tak tahu sebab baru pertama kali datang tahun ni," ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini. Ujar Anis, bukan setakat terpaksa menahan malu ketika kejadian itu disaksikan orang ramai di taman rekreasi itu, malah malunya berganda apabila terpaksa masuk ke dalam pusat beli belah untuk membeli pakaian baru. Berjeruk jugaklah baju dengan beg. Siap air tu sembur tepat kena muka sebab nak ambil telefon bimbit. ANIS NAFISA YUSLI "Masuk mall orang pandang-pandang. Malu tapi dalam masa yang sama kelakar, tak berhenti gelak sampai masuk dalam mall. Adik-adik gelakkan saya sebab saya paling basah kuyup," ujarnya yang bekerja di sebuah kedai emas di bandar Pekan. Sekadar memuat naik video di TikTok untuk berkongsi kenangan lucu, Anis tidak menyangka perkongsiannya meraih lebih daripada 54,000 jumlah tontonan. Anis dan keluarganya berkunjung ke KLCC kerana menghadiri majlis konvokesyen adik perempuannya. "Komen di TikTok semuanya kelakar dan ramai yang gelak. Apapun, mujurlah dah sempat tangkap banyak gambar yang cantik sebelum insiden lucu tu. "Pesanan saya, lepas ni berhati-hatilah kalau dah pukul 10 pagi dekat situ. Kalau nak melompat dalam kolam tu, pastikan sebelum pukul 10 pagi," ujarnya berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI