JASA dan pengorbanan golongan guru dalam mendidik anak bangsa sememangnya tiada taranya. Demi memastikan ilmu dapat dicurahkan kepada pelajar, mereka sanggup mengharungi apa jua cabaran meskipun terpaksa meredah hutan dan lautan. Tidak semua mengetahui realiti yang perlu ditempuhi guru saban hari terutamanya mereka yang ditugaskan di kawasan pedalaman kerana bagi golongan pendidik ini, sudah menjadi tanggungjawab mereka kepada masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: Guru kini ibarat payung pula... guna duit sendiri beli dan pasang tinted bimbang pelajar panas di kelas, Dr Maszlee pun puji! ARTIKEL BERKAITAN: Jangan kata cikgu tak payung! Calon SPM mengidam McD terkejut... hanya cuba nasib mesej pengetua, hidangan betul-betul sampai di asrama Satu perkongsian oleh seorang guru, Rahimi Aziz mengenai rutin harian sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah menengah di kawasan pedalaman yang terletak di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah benar-benar membuka mata ramai tentang betapa besarnya pengorbanan pendidik. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Rahimi berkata dia sudah sembilan bulan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bum Bum. Rutin harian guru berusia 31 tahun ini bermula seawal 5.15 pagi, setiap hari persekolahan. "Sekolah ada dua sesi iatu pagi dan petang. Saya mengajar sesi pagi. Setiap hari, saya dah keluar rumah pada pukul 5.15 pagi untuk menaiki bot di jeti. Guru-guru naik bot ramai-ramai. Bot trip pertama adalah pukul 5.50 pagi dan perjalanan menaiki bot dari jeti guru ke pulau mengambil masa sekitar 10 minit. Guru-guru SMK Bum Bum akan menaiki bot beramai-ramai ke sekolah. "Setibanya di jeti di pulau, kami guru-guru akan naik van dan dalam 20 minit barulah sampai sekolah. Guru-guru ada disediakan kuarters di sekolah namun banyak kemudahan yang terhad. Jadi ramai guru menyewa atau menetap di pekan Semporna. "Bercakap mengenai cabaran, memandangkan bot adalah pengangkutan utama ke jeti, jadi cuaca dan masa adalah cabaran utamanya. Kalau hujan memang basahlah kami. Mana pula yang bawa peralatan-peralatan mengajar. Selain itu, soal masa. Sebab bot ada trip, jadi kalau guru-guru nak buat kelas tambahan, masanya terhad. "Dari segi kemudahan, Alhamdulillah okay tapi nak selesa tu tidaklah. Yang penting ada. Satu lagi cabaran untuk cikgu di pedalaman adalah akses internet. Macam kami di sini, kebanyakan pelajar datang dari golongan keluarga B40. Ramai tak ada peranti. Waktu PdPR haritu, hanya guna WhatsApp saja. Rahimi merupakan guru bagi subjek Perniagaan untuk murid tingkatan empat dan lima. "Tapi sekarang dah boleh bersemuka.... syukur Alhamdulillah," ujar guru yang berasal dari Marang, Terengganu. Bercerita lebih lanjut, Rahimi yang mengajar subjek Perniagaan bagi pelajar tingkatan empat dan lima berkata dia agak sukar menyesuaikan diri pada peringkat awal ketika mula-mula ditugaskan mengajar di SMK Bum Bum. Pelajar dan orang tempatan di sini sangat istimewa di mata saya. Pelajar di pulau ini bagus sekali attitude mereka walaupun tidak semaju pelajar di pekan. RAHIMI AZIZ GURU SMK BUM BUM "Dua bulan pertama, saya macam tak boleh nak terima sangat. Ibu dekat kampung pun termenung sebab anaknya bertugas jauh. Namun saya beransur-ansur membiasakan diri dengan perkara baru dan sekarang ni dah happy mengajar di sini. "Pelajar dan orang tempatan di sini sangat istimewa di mata saya. Pelajar di pulau ini bagus sekali attitude mereka walaupun tidak semaju pelajar di pekan. Kalau cikgu bawa KFC atau makanan lain, mereka gembira dan teruja sangat. Rahimi (depan) berkhidmat di SMK Bum Bum sejak sembilan bulan lalu. "Sungguhpun pedalaman, sekolah ini juga dah melahirkan doktor dan profesional lain. Lagi satu, kalau ada perjumpaan PIBG, memang ramai ibu bapa hadir... penuh satu dewan. Betapa mereka sangat supportive. "Selama sembilan bulan di sini, saya mula belajar bahasa Bajau dan Bugis sikit-sikit. Terlalu banyak kenangan di sini, namun saya belajar sesuatu daripada mereka - kesusahan bukanlah penghalang untuk berjaya," ujarnya. Bagi Rahimi, murid-murid di sekolah berkenaan sangat istimewa di matanya. Tidak menyangka video yang dirakam dan dimuat naik secara suka-suka itu meraih sehingga melebihi 188,000 jumlah tontonan, Rahimi berkata dia begitu terharu dan sebak apabila membaca komen netizen yang mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan golongan pendidik. "Malah ramai pula yang minta saya rakam lagi video mengenai kehidupan guru dan pelajar di pulau. InsyaAllah saya cuba. Tak sangka pula viral sampai pengetua saya, Johan Okasa dan pelajar-pelajar yang ada TikTok pun dah tahu. "Secara tak langsung, video tersebut buat orang kenal SMK Bum Bum," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!