KECOH sebuah video yang tular menunjukkan seorang pemuda berpura-pura berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) semata-mata untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk OKU di sebuah pusat beli-belah. Menerusi video berdurasi 37 saat yang kini tular, pemuda berkenaan berjalan umpama individu tidak normal dan melakukan pergerakan tangan dan kaki seperti orang cacat.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dalam video berlakon cacat bersuara, mohon maaf gagal sampaikan mesej sebenar... mahu jumpa Ras Adiba Seorang lagi pemuda yang merupakan rakannya mendakwa berada di sebuah pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur dan dikatakan sukar untuk memarkir kereta. Seorang lagi pemuda menerusi video yang tular. "Nak parking susah, tapi Ajim cakap kalau nak parking ada satu cara, betul-betul dapat parking, tapi cara dia pelik sikitlah "Betul-betul dia jadi cacat. Ini kalau kantoi dengan pak guard memang 'mati', tapi dapat parking. Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempersendakan kami DATUK RAS ADIBA RADZI "Tengok kereta hitam aku ni, betul-betul dapat parking. Terima kasih Ajim. "Lepas ni kalau aku naik KL, aku dah tahu dah. Bawa Ajim memang selamat," katanya. Satu lagi rakaman menunjukkan seorang pemuda berlakon sebagai OKU. Bagaimanapun, video tersebut dipadamkan selepas menerima kecaman netizen yang menyifatkan tindakan tersebut seperti menghina OKU. Video tersebut turut mendapat perhatian daripada, Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menyelar tindakan kedua-dua anak muda itu sebagai biadab. View this post on Instagram A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) Malah, Ras Adiba yang merupakan Presiden Persatuan OKU Sentral turut memberi amaran dengan mendesak supaya kedua-dua pemuda itu memohon maaf di atas perbuatan mereka. "Saya ingin memberi amaran kepada saudara Iswan dan juga Ajim. Kalian telah mempersendakan dengan menggunakan parking OKU dan berlakon diri anda sebagai OKU. "Saya mohon supaya kalian berdua meminta maaf kepada semua komuniti OKU di negara kita. Sudahlah kami susah, kamu semua selalu memandang rendah kami, dan menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk kami. "Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempersendakan kami. Sila mohon maaf kepada OKU," tegas Ras Adiba menerusi video yang dikongsi di laman sosial milik beliau, petang Rabu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!