suria

Tak serik! Tular video buli pelajar disyaki di asrama ‘maktab’... bangga tumbuk perut mangsa, ada yang jerit ‘mantap gila’!

Beberapa pelajar menumbuk seorang pelajar, dipercayai berlaku di sebuah asrama. sumber Facebook

TIDAK serik! Begitulah yang boleh dilontarkan terhadap video yang menunjukkan sekumpulan pelajar melakukan aktiviti buli, dipercayai berlaku di sebuah asrama.

Beberapa video perbuatan terkutuk itu dikongsi di media sosial sejak Khamis malam.

Tidak dipastikan bila dan di mana kejadian tersebut berlaku, namun terdapat dakwaan ia berlaku di sebuah 'maktab'.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM didapati bersalah

Menerusi antara video yang tular, kelihatan seorang pelajar berbaju merah dijadikan 'bahan uji kaji' oleh beberapa pelajar lain dengan menumbuk perut mangsa.

"Mantap gila," kedengaran suara di dalam video selepas seorang pelajar menumbuk perut mangsa.

buli 4 B

Beberapa pelajar yang dirakamkan bersama seorang mangsa menerusi video yang tular.

"Hero hero Malaya sudah tunjuk taring guys... mak bapa hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya, ni tak kot... nak menjadi gangster masing-masing nak tunjuk gangster ye... cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum ni. Harap cepat-cepat la insaf," tulis di posting Facebook bernama Faez Hamzah, dengan lebih 37,000 perkongsian setakat pagi Jumaat.

Terdapat kira-kira tujuh pelajar yang kelihatan di dalam rakaman selain seorang pelajar dijadikan mangsa.

Sementara itu, menerusi satu posting di laman Twitter pada awal pagi Jumaat yang turut berkongsi daripada sumber Facebook, satu tangkap layar yang mendakwa ia berlaku di sebuah maktab.

Menerusi tangkap layar mesej tersebut, pengirimnya meminta supaya video tersebut dipadamkan bagi menjaga nama maktab.

Menurut mesej itu lagi, turut dimaklumkan bahawa barisan kepimpinan pelajar akan membuat tindakan secepat mungkin.

"Saya nak merayu, saya nak jaga nama maktab saya... cuma untuk memudahkan kerja kami, saya merayu kepada akak untuk tidak dikongsi video ini secara meluas," antara mesej tersebut tanpa mendedahkan nama maktab seperti yang didakwa.

buli 2

Antara tangkap layar mesej yang dikongsi di laman Twitter @Ekax_

Perkongsian video oleh pengguna Twitter @Ekax_ turut diulang kicau oleh bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman Twitter beliau.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh sekumpulan pelajar itu, dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain