AMANDA sentiasa ada dengan El, di setiap saat termasuk ketika dia berada dalam situasi yang “sukar”. Tapi tak ramai yang kenal dengan rakannya ini.ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau tak diikutkan, merajuk pulak deme” - Photoshoot pasangan 40 tahun buat hati jurugambar terdetik, pentingnya rakam momen bersama insan tersayangARTIKEL BERKAITAN : Ada ‘flower girl’ tapi kena dukung, mujur tak pegang botol susu! Pengantin dedah si cilik meragam 15 minit sebelum masuk dewan... tapi kenapa? “Dia bukan hantu, dia manusia macam El. “Dia selalu ada sebelah El, dia akan pujuk El untuk bunuh diri supaya dia boleh jaga El. “Orang lain tak nampak dia tapi El boleh pegang dia dan dia boleh pegang El,” kongsi wanita berusia 24 tahun ini. Berkongsi kisahnya dengan mStar, El yang berasal dari Sabah disahkan mengidap Major Depressive Disorder with Pyschosis dan Borderline Personality Disorder. Pernah berkhidmat sebagai seorang guru dan programmer, wanita ini mengakui Amanda sebenarnya tercetus daripada halusinasinya sendiri. “Doktor mula diagnosed El dengan Major Depressive Disorder dan Borderline Personality pada hujung tahun 2018. “Simptom depresi ni dah lama ada sebab ramai kawan-kawan El yang perasan El banyak termenung, pendiam, pernah attempt untuk commit suicide, banyak menyendiri dan tak aktif macam biasa. “Cuma masa tu El deny sebab El tak rasa sakit pun, sampailah satu tahap tu El tak boleh kawal diri, El pergi klinik kesihatan untuk buat ujian Ujian Saringan Minda Sihat (DASS),”katanya. El mula menunjukkan simptom depresi sejak zaman belajarnya. Hasil keputusan ujian terbabit amat membimbangkan dan dia kemudiannya dirujuk ke wad kecemasan Hospital Sungai Buloh dimana doktor kemudiannya mengesahkan bahawa dia mengidap dua kondisi terbabit. Malangnya, keadaan EL selepas itu semakin parah. “Masa awal tahun 2020, sebelum pandemik Covid-19, famili bawa El pergi wad kecemasan Hospital Sungai Buloh sebab El bertindak aggresive dan mula bercakap sendirian seolah-olah ada orang lain. “Halusinasi yang El selalu nampak tu berupa seorang budak perempuan bernama Amanda. “Sejak tu doktor diagnose El dengan Major Depressive Disorder with Psychosis dan BPD,” katanya. Menceritakan mengenai “rakan halusinasinya” ini, El berkata, Amanda mula muncul selepas dia sering terkena histeria akibat gangguan makluk halus. “Macam mana boleh terjadinya halusinasi ni pun El tak berapa ingat tapi yang El ingat lepas El selalu histeria sebab kena gangguan makhluk halus, Amanda muncul. “Amanda ni cantik masa mood El baik tapi kalau El depressed muka dia hodoh dan buruk, penuh darah-darah, jijik bila tengok muka dia “Ikutkan memang 24 jam saya boleh nampak dia tapi El dah lali, sampai dah bosan nak tengok jadi El pilih untuk diam, teruskan berubat dan makan ubat antipyshotic dan antidepressant,” katanya. El masih meneruskan rawatan sehingga kini. El yang sudah berumah tangga berkata, Amanda juga sering “memberinya” nasihat yang tidak baik. “Masa mula-mula kahwin Amanda ada juga suruh buat benda yang tak baik pada husband El tapi sebab El dah beritahu siap-siap pada husband dan doktor pun dah explain jadi husband El aware pasal keadaan diri El,” katanya. Menurut El, stres selain faktor genetik boleh menjadi antara penyebab kepada masalah kesihatan yang dialaminya. “Punca halusinasi yang El hadapi sekarang disebabkan depresi, boleh jadi genetik dan over stress. “Family El memang akan elak daripada buat El stres sebab kalau El stres automatik El akan jadi lain, kadang histeria, kadang bercakap dengan Amanda. “Ada juga beberapa saudara El yang ada halusinasi macam ni,” katanya yang kini membantu suaminya menjalankan perniagaan sendiri. Antara ubat yang diambil El. El yang kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan berkata, stigma masyarakat terhadap penyakit yang dihadapinya ini masih menebal. “Bila orang nampak El macam ni ramai yang menganggap halusinasi ni sebab layan perasaan la, sebab hijab terbuka la, saka, bayangan sendiri. “Masa mula-mula dulu El memang tak boleh fikir apa, umpama macam El dalam gelap dan tak jumpa jalan, solat, mengaji rasa tenang tapi macam ada yang cacat emosi sebab tu kawan El nasihatkan El buat ujian DAAS dan El kuatkan diri pergi klinik kesihatan. “Macam famili El, mula-mula diaorang nampak diaorang terkejut sikit sebab nampak saya bercakap dengan satu jasad yang diaorang sendiri tak nampak, diaorang bawa El pergi berubat lepas dapat tahu El macam tu,” katanya.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI