suria

Hidap asma teruk masa hamil, ibu reda bayi sulung meninggal sehari selepas dilahirkan akibat sesak nafas - “Mirip wajah saya”

Cahaya mata sulung pasangan ini meninggal dunia pada Jumaat lalu.

PERASAAN pilu di hati, tak siapa mampu mengerti.

Di sebalik tenang suara wanita ini, tersimpan 1001 duka mengenangkan pemergian bayi sulungnya pada Jumaat lalu.

Berkongsi kisahnya kepada mStar, Nur Ameera Syafiqah Mohd Razis, 24, reda dengan ketentuan Allah dan berharap dirinya dan suami, Hafiz Fikri Mohd Azhari, 20, kuat untuk menempuhi hari-hari mendatang.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang kekuatan, ibu meninggal selepas 13 tahun tanggung 5 penyakit... hanya pusara pengubat rindu! - “Dari rumah boleh nampak kubur mak ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih tema putih tanpa sebab, enggan basuh baju kotor jadi petunjuk bayi usia 5 bulan dinanti selama 7 tahun akan ‘pergi’ - “Saya macam dah boleh rasa”

"Saya ada penyakit asma. Ini pula anak pertama saya. Bayi dilahirkan pada 9 Disember, jam 4.20 petang. Selepas dilahirkan, doktor kata bayi saya kena sesak nafas.

"Saya sempat cium dia sekejap saja. Kemudian dia dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana kurang oksigen. Saya dimaklumkan bayi saya dipakaikan oksigen.

"Pada pukul 12 malam hari yang sama, doktor minta suami saya datang ke hospital untuk berjumpa dengan anak. Doktor kata anak kami dah 50-50. Esoknya jam 12 tengah hari, saya dibenarkan discaj. Ketika itu doktor benarkan saya tengok anak.

"Dia berada dalam keadaan kritikal. Dalam pukul 4 petang, doktor minta kami datang hospital sebab dah sangat kritikal. Pukul 4.30 petang doktor maklumkan bayi kami dah tiada," imbasnya sebak.

fiqa3

Fiqah dan suami mendirikan rumah tangga pada 29 Januari lalu.

Mesra disapa Fiqah, pembantu klinik yang menetap di Ampang, Selangor ini masih terkenang akan pemergian bayi sulungnya yang diberi nama Adriana Sofea.

Lebih pilu katanya, dia dan suami sudah membuat persiapan dan membeli pelbagai kelengkapan untuk menyambut bayi sulung mereka yang dilahirkan di Hospital Kajang itu.

"Selepas dilahirkan, saya sempat tengok dia dua kali saja. Bila tengok muka anak, wajahnya mirip wajah saya ketika kecil.

"Sepanjang sembilan bulan, proses kehamilan saya juga lancar. Cuma saya alami asma yang teruk.

"Persiapan untuk anak pun semua dah settle. Kami dah buat persiapan sejak saya hamil tujuh bulan.Ibu saya teruja nak sambut cucu pertama. Tapi bila dah tahu macam ni, ibu saya pun sedih sangat.

Saya kata, tak apalah, tiada rezeki kali ini. Mungkin Allah nak bagi rezeki lain.

FIQAH

"Barang-barang bayi tu saya akan simpan, InsyaAllah ada rezeki lagi lepas ni," ujarnya yang kini berpantang di kediaman keluarganya di Kajang.

Menurut Fiqah, hanya kata-kata semangat daripada keluarga dan teman-teman menjadi kekuatannya ketika ini.

Selain itu, Fiqah turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan emosi oleh suaminya yang juga seorang jurugambar sepanjang tempoh getir ini.

file62x87aubisns14odhhh

Bayi Fiqah dirawat di NICU sebelum meninggal dunia. (Gambar Hiasan)

"Kekuatan saya datang daripada keluarga. Saya kata, tak apalah, tiada rezeki kali ini. Mungkin Allah nak bagi rezeki lain.

"Kawan-kawan pun banyak bagi kata-kata semangat. Suami pun sedih, tapi dia tahan sebab nak kuatkan semangat saya.

"InsyaAllah, saya kena sentiasa kuat. Tak boleh terlalu sedih, risau kemurungan. Saya kena fikir untuk kuat biarpun berpantang sendirian tanpa bayi," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Fiqah dan suaminya berkenalan sekitar tiga tahun lalu.

Pasangan itu kemudiannya mendirikan rumah tangga pada 29 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain