suria

Hampir give up MacBook Pro baru beli hilang masa tayar pancit, wanita baca doa dikongsi Ebit Lew sebelum peranti dimatikan berjaya dijejaki semula

Wawa terharu dengan sikap jujur dua individu itu yang membawa kepada penemuan MacBook Pro miliknya.

PERMULAAN hari wanita ini untuk ke tempat kerja pada pagi minggu lalu ternyata meninggalkan memori yang sukar dilupakan.

Gara-gara panik melihat tayar kereta miliknya bocor, Shawati Abdul Ghalib, 28, kelam-kabut untuk memulakan perjalanan sehingga tertinggal laptop berjenama Apple kepunyaannya di kawasan tempat letak kereta di flat kediaman kakaknya di Kota Damansara, Selangor.

Lebih malang, dia yang mesra disapa Wawa hanya menyedari kehilangan MacBook Pro miliknya itu selepas dia tiba di pejabat, beberapa jam kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata gadis ini menitis di kedai laptop, masuk kereta bertambah lebat jadinya - “Content lima bulan hilang semuanya”

ARTIKEL BERKIATAN: Sedar dompet hilang ketika kuarantin, 2 hari selongkar rumah... gadis diberi petunjuk selepas 30 minit baca doa - “Macam tergerak hati nak berpaling muka”

"Kejadian berlaku sekitar 8.30 pagi. Ketika sampai di kereta baru sedar tayar pancit. Sebab kelam-kabut, saya tak perasan bahawa saya letak MacBook atas kereta orang lain.

"Pada waktu itu, saya sedang ambil gambar tayar untuk dihantar kepada bos. Kemudian saya ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk pam angin tayar. Prosesnya agak lama memandangkan saya tak reti sangat.

"Selepas dah selesai, baru saya ke tempat kerja. Masa nak turun, baru saya sedar kehilangan MacBook itu. Saya hubungi kakak di rumah, dia kata tak ada. Dia juga nampak saya bawa MacBook tu keluar bekerja.

"Saya kemudian pergi semula ke stesen minyak dan minta untuk lihat kamera litar tertutup (CCTV). Saya tengok sampai habis, tiada siapa pun yang pecah masuk kereta," imbas ejen takaful itu.

Menurut Wawa, dia juga bagaikan putus harapan apabila MacBook tersebut gagal dikesan lokasinya kerana ia sudah dimatikan.

Malah katanya, dia pada waktu itu sudah reda akan kehilangan peranti tersebut yang baru sahaja dibeli kurang sebulan lalu.

wawa5

Wawa terkejut apabila MacBook Pro miliknya hilang pada minggu lalu.

"Saya terfikir, macam mana ia boleh hilang? Saya cuba jejaki MacBook itu menggunakan fungsi pengesanan oleh Apple. Tapi MacBook saya sudah terpadam.

"Saya teringat mengenai doa barang hilang. Saya cari dan terjumpa doa yang diajar oleh Ustaz Ebit Lew. Saya dengar, baca dan ulang beberapa kali. Tapi saya dah reda, rasa macam dah tak ada peluang nak jumpa.

Awalnya rasa mustahil ia dapat ditemui semula. Tak sangka masih ada orang yang jujur.

WAWA

"Beberapa jam kemudian lokasinya dapat dikesan, di sekitar Kuala Lumpur. Saya cuba jejaki, ia kemudiannya berubah lokasi ke Kota Damansara. Saya cuba ikut sehinggalah ia membawa ke kawasan kediaman kakak saya," ujarnya lagi.

Menurut Wawa yang bekerja di Bukit Jelutong, dia kemudiannya ditegur seorang lelaki ketika sedang mencari MacBook di kawasan kediaman itu, berdasarkan lokasi yang terpapar pada telefon miliknya.

"Saya cuba ikut lokasi yang ditunjukkan. Ketika naik tangga, ada orang tegur. Dia kata, nampak saya macam mencari sesuatu. Rupa-rupanya MacBook saya ada padanya. Dia merupakan ketua blok di situ.

"Cerita bermula apabila ada seorang pakcik berusia 60-an jumpa MacBook saya yang tertinggal atas kereta orang lain. Dia risau ia dicuri, jadi dia bawa ke tempat kerja. Sebab itulah sebelum tu saya dapat kesan lokasinya di Kuala Lumpur.

wawa3

Wawa turut berkongsi video kejadian itu menerusi TikTok.

"Selepas dia balik kerja, MacBook itu diserahkan kepada ketua blok. Kemudian anak ketua blok itu hidupkan MacBook saya sekali lagi, sekali gus membuatkan lokasinya dapat dijejaki semula," jelasnya panjang lebar.

Kata Wawa, dia cukup berterima kasih atas sikap jujur pakcik serta ketua blok itu.

Sebagai tanda penghargaan, Wawa turut membeli dua bungkusan hamper untuk dihadiahkan kepada dua individu tersebut.

wawa4

Wawa merupakan seorang ejen takaful.

Dalam pada itu, Wawa turut berkongsi video kejadian berkenaan di TikTok sehingga ia meraih lebih 940,000 tontonan.

"Saya rasa sangat gembira. Awalnya rasa mustahil ia dapat ditemui semula. Tak sangka masih ada orang yang jujur.

"Saya kongsi video itu kerana nak highlight kebaikan mereka berdua. Ramai yang komen positif. InsyaAllah kalau kita buat baik, pasti kita akan dapat balasan baik," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain