suria

Kek printed jawab misteri kehilangan bapa sejak berpuluh tahun lalu, pecah rahsia pemuda ‘simpan’ dua teman wanita

Mun menjadi dropshipper printed kek sejak setahun lalu.

BAPANYA sudah lama tidak pulang, namun puluhan tahun kemudian, wajahnya muncul kembali, terpampang di atas sebuah kek bersama beberapa lagi individu yang tidak dikenali.

Begitulah kisah jejak kasih seorang wanita yang terpisah dengan bapanya apabila lelaki kesayangannya itu memilih untuk membawa diri hidup bersama pasangan lain.

Kisah ringkas tetapi penuh emosi ini dikongsikan penjual kek berkenaan, Nur Munirah Balqis Busu, 21.

ARTIKEL BERKAITAN : Bermula bau hangit, gadis kongsi detik cemas kereta tiba-tiba terbakar nyaris ragut nyawa 6 sekeluarga - “Biarlah ada seorang teman pemandu”

ARTIKEL BERKAITAN : “Sampai bila nak hidup macam tu?” - Pemuda wajah iras aktor Gong Yoo dah tak merempit, kini fikir masa depan

Bercakap kepada mStar, pelajar Diploma Teater di Universiti Teknologi Mara ini berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar setahun yang lepas.

Mesra disapa Mun, gadis ini berkata, dia menerima mesej daripada seseorang yang ingin bertanyakan mengenai maklumat diri individu yang telah menempah sebiji kek bergambar yang dikongsikan Mun di laman Instagramnya.

"Masa tu saya beritahu yang saya tak boleh kongsi sebab itu maklumat sulit pelanggan, tapi lepas tu dia kata yang gambar pada printed cake tu gambar ayah dia dengan satu keluarga yang dia tak kenal.

"Dia kata ayah dia tiba-tiba hilang tinggalkan keluarga, sehinggalah satu hari dia scroll IG saya dan ternampak hasil printed cake tu, sebab tu dia terus tanya saya.

"Jadi saya pun hubungi semula pelanggan yang tempah kek tu, iaitu anak perempuan kepada lelaki tersebut dan terangkan situasi yang berlaku... dia pun terkejut dan nak tahu lebih lanjut," katanya.



Antara kek yang ditempah dengan Mun.

Mun kemudian memberikan nombor telefon wanita yang bertanya mengenai kek tersebut kepada pelanggannya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki tersebut didakwa meninggalkan isteri pertamanya dan berkahwin serta membina keluarga baharu bersama orang lain.

Selain kisah jejak kasih ini, Mun yang mula menjadi dropshipper sejak tingkatan 4 lagi berkata, dia juga pernah menerima tempahan kek daripada dua wanita berbeza yang berhasrat untuk menghadiahkannya kepada seorang lelaki yang didakwa teman lelaki mereka.

"Lelaki ada dua girlfriend dan disebabkan hari jadi si boyfriend, dua-dua girlfriend ni kebetulan order pada saya.

"Jadi dua-dua girlfriend bagi gambar berbeza untuk saya print atas kek, masa tu saya nampak la yang itu lelaki yang sama, nama dan alamat pun sama.

"Yang ni saya tak buat apa-apa, biar kantoi sendiri," katanya yang berasal dari Perak.



Mun melalui pelbagai situasi seram-kelakar sejak menjual printed kek ini.

Menceritakan mengenai kek printed yang dijualnya, Mun berkata, wajah atau karakter di atas kek tersebut sebenarnya dicetak menggunakan ink yang boleh dimakan.

"Printed cake dan macaroon baru diperkenalkan lebih kurang setahun. Sebelum ni macaroon sahaja dan kami lukis guna edible ink pen, masa tu pun dah kontroversi sebab orang ingat kami guna pen biasa.

"Bila dah ada mesin printer, baru diwujudkan produk kek printed ni," katanya, sambil menambah mesin tersebut berharga lebih RM10,000.



Proses untuk mencetak gambar menggunakan mesin pencetak.

Menurut Mun, kek printed biasanya mengambil masa sekitar dua ke tiga hari untuk tiba ke tangan pelanggan selepas tempahan dibuat.

"Nak start daripada bancuh adunan, baking, printing dan packing lagi, tapi selalunya kalau pelanggan order hari ni esok kami dah pos.

"Kek ni tahan seminggu pada suhu bilik, sebulan dalam freezer, macaroon pula sebulan pada suhu bilik, setahun dalam freezer," katanya, sambil menambah harga kek tersebut bermula pada RM25.

Pelbagai gambar yang dihantar pelanggan untuk dicetak di atas kek termasuklah gambar yang berunsur lucah.

“Semua gambar kami terima asalkan bukan warna putih sebab printer tak boleh print warna putih.

“Kalau yang hantar gambar lucah tu saya 'bersyarah' dulu sebab selalunya budak-budak la yang akan bagi gambar macam tu,” katanya.



Mun akan minta pelanggan menghantar gambar terlebih dahulu untuk diperiksa sebelum bersetuju untuk membuat tempahan memandangkan ada sesetengah warna putih yang tidak dapat dicetak mesin.

Menurut Mun, kek span tersebut mempunyai tiga perasa atau inti.

“Dari segi rasa sebenarnya lebih kurang dengan kek lain tapi pelanggan biasanya suka sebab tak manis sangat dan tak ada krim jadi nak hadiahkan pada orang tua memang sesuai sebab mereka kadang kurang suka rasa manis dengan krim.

Ink tu pula macam pewarna makanan, tak ada rasa dan bau, memang tak sedar pun ada ink masa makan, dan ink tu memang print directly ke permukaan kek memang pegang pun tak hilang,” katanya.

Orang ramai yang ingin menempah kek ini boleh berbuat demikian melalui laman instagramnya, mukamacaron_bymun, shopee moonyrahbalqis.

Mereka yang berada di Kedah boleh pergi terus ke kedai di Bangunan KPTM Mara.

Menurut Mun, mereka yang ingin mencari pekerjaan juga boleh hadir ke kedai.

“Kami memang sangat memerlukan orang sekarang, order banyak tapi kami kekurangan kakitangan sampai ada order saya yang pending,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain