suria

Hebat! Baru je timang cucu, atuk usia 58 tahun buat kejutan isterinya pula lahirkan anak kembar... ramai minta kongsi tip

Tiga hero dalam penyeri keluarga Fatin. (Gambar kecil) Fatin bersama ibu tirinya.

BARU dua bulan melahirkan bayi, wanita ini mendapat kejutan apabila bapanya pula 'menghadiahkan' adik baharu.

Bukan seorang tetapi sepasang kembar lelaki yang dilahirkan oleh ibu tirinya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Fatihah Md Tahir berkata kehadiran tiga ahli keluarga baharu menambahkan kemeriahan keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan 2 rupa-rupanya kembar 3, gelang dikait nenek penyelamat... tak menang tangan saat menangis serentak, tersilap susukan bayi pun pernah!

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar ajelah! Selalu kacau si kembar baru tidur, ‘culik’ bawa balik rumah... anak layankan saja perangai atuk nakal suka sakat cucu

"Saya bersalin anak kedua iaitu seorang bayi lelaki pada April lalu. Dua bulan kemudian iaitu pada bulan Jun, ibu tiri pula melahirkan sepasang kembar lelaki. Hero semuanya.

"Memang meriahlah keluarga kami. Sebelum ini kami tiga beradik saja. Kemudian bertambah apabila ayah dan ibu tiri dikurniakan cahaya mata sulung pada 2018 selepas 16 tahun usia perkahwinan mereka.

"Terbaru dapat adik kembar pula. Mungkin ini rezeki ayah dan ibu tiri sebab menunggu lama nak dapat zuriat sebelum ini. Terus dapat dua sekali gus," kata wanita berusia 28 tahun ini.

Senang disapa sebagai Fatin, wanita ini berkata kehadiran si kembar sememangnya disambut dengan penuh teruja kerana keturunan keluarganya dan sebelah ibu tirinya langsung tidak mempunyai sejarah anak kembar.

kembar 1

Fatin (dua, kiri) bersama ibu tirinya (dua, kanan) yang melahirkan bayi hanya selang seminggu.

"Masa ibu tiri mengandung, doktor beritahu macam ada dua kantung tapi masa tu belum confirm.

"Ibu tiri pun tak letak harapan tinggi kerana memang kami tiada sejarah kembar. Bila kandungan dah besar, baru sah hamil anak kembar," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

kembar 2

Fatin (baju merah jambu) bersama ibu tiri dan bapanya ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Ceritanya, dengan kehadiran si kembar, adik beradiknya kini berjumlah tujuh orang termasuk seorang anak angkat yang dipelihara ayah dan ibu tirinya sejak 13 tahun lalu.

Sekadar membuat perkongsian secara suka-suka di TikTok, Fatin yang juga seorang ejen hartanah di Johor Bahru berkata dia tidak menyangka videonya meraih sehingga melebihi 1.1 juta jumlah tontonan.

Mungkin ini rezeki ayah dan ibu tiri sebab menunggu lama nak dapat zuriat sebelum ini. Terus dapat dua sekali gus.

NUR FATIHAH MD TAHIR

"Yang paling lucu, ada tanya apa tip ayah amalkan untuk dapat anak kembar. Iyalah, ayah kan dah berusia 58 tahun... ramai yang kagum. Tapi mungkin rezekinya dan ibu tiri pun muda lagi, baru berusia 38 tahun.

kembar 3

Fatin merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

"Bila beritahu ayah ada orang minta tip, dia ketawa je. Dia pun tak sangka. Tapi ramai je komen pengalaman yang sama, dapat anak dan adik baru dalam tempoh yang dekat.

"Ramai juga komen, syoknya nanti bila dah besar, anak saudara dan bapa saudara pergi sekolah sama-sama. Apa pun, ini semua adalah aturan Allah," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain