HAMPIR tiga tahun merantau di Singapura, jejaka ini akhirnya pulang ke tanah air untuk bertemu dengan keluarga tercinta. Menurut Muhammad Haziq Muhammad Radzi, 30, kepulangan itu bukan sementara, sebaliknya dia sudah meninggalkan kerjayanya sebagai tukang masak di negara seberang. "Sebelum adanya pandemik Covid-19 saya dah tak balik ke Malaysia. Kiranya dah hampir tiga tahun tak jumpa isteri dan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih setahun terpisah disebalik sempadan negara, tiba-tiba berlaku sesuatu sampaikan si isteri tergamam... esoknya giliran ibu pula ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tanya hadiah birthday, anak kunci mulut! Sambutan hari jadi online jadi drama air mata mak menangis terima ‘kek keluar duit’ "Kali ini saya bukan balik bercuti, tapi balik sebab dah berhenti kerja. Saya memang dah tekad. Saya siap sujud syukur di sempadan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Ramai kat sana yang betul-betul dah macam pressure. Kalau ikutkan, hampir nak gila sebab Covid-19. "Selepas balik Malaysia saya belum ada plan lagi. Tengah rest dulu, InsyaAllah akan cari kerja baharu dalam masa terdekat," ujarnya kepada mStar. Along bersama isterinya. Mesra disapa Along, dia yang kembali ke Malaysia pada pertengahan November lalu telah melengkapkan kuarantin selama 10 hari di Johor. Dia kemudiannya balik ke Batang Kali, Selangor, bersama isterinya untuk membuat kejutan buat ibu bapa di sebuah restoran, Isnin lalu. Lebih istimewa, dia turut menyamar sebagai pelayan kedai yang mengambil pesanan di meja keluarganya dan rakaman kejadian itu turut tular sehingga meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok. Kalau dengan orang lain, mungkin saya dah kena ketuk sebab lukis gambar ikan masa ambil order. ALONG "Saya dah rancang dengan adik-beradik. Kebetulan isteri pun tengah cuti. Adik yang bagi idea untuk saya jadi pelayan kedai. "Apron tu saya sendiri yang bawa. Kalau ikutkan, memang mak dan ayah tak cam saya. Dulu saya gemuk, berat 120 kilogram (kg). Sekarang dalam 89kg saja. "Akhirnya saya buka mask, buka topi, baru mereka cam. Padahal sebelum tu, saya siap lukis gambar ikan ketika mereka order siakap tiga rasa. Tetap mereka tak cam. "Kalau dengan orang lain, mungkin saya dah kena ketuk sebab melukis gambar ikan masa ambil order," ujarnya berseloroh. Sebahagian ahli keluarga Along. Kata Along, dia gembira akhirnya dapat bertemu keluarga selepas sekian lama terpisah di sebalik sempadan dua negara. "Memang rasa bersyukur sangat. Tengok mak menangis, adik-beradik pun menangis. Cuma ayah dia tahan sikit," ujar Along yang sudah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2018. Along kini pulang ke tanah air dan tinggal bersama isteri tercinta. Dalam pada itu, ibu kepada Along, Zamira Abu Bakar, 53, turut menzahirkan rasa syukur atas kepulangan anak pertamanya itu. "Saya tak tahu mereka dah rancang kejutan ini. Pada malam itu, anak saya yang lain ada ajak keluar makan. Tapi saya kata tak mahu, sebab saya pun dah makan. Tapi dia ajak juga, dia ada buka bengkel kereta, jadi dia nak berkongsi rezeki dengan keluarga. "Pada masa sama, naluri saya rasa macam nak makan dengan anak sulung. Saya rasa dia ada dekat. Tapi mustahil saya kata, sebabnya Along masih di Johor selepas kuarantin. Rancangan asal, minggu depan baru jumpa Along. "Selepas dibawa ke kedai, akhirnya Along buat kejutan dengan menyamar sebagai pelayan. Memang benarlah naluri seorang ibu. Saya bersyukur sangat dia dah balik. Saya sebak mengenangkan apa yang dia lalui di sana," ujar ibu kepada lapan cahaya mata itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI