suria

Dah minta tak mahu landing dalam air ketika naik parasailing, gadis nyaris lemas tetap ‘dijatuhkan’ di laut... tapi tak serik nak repeat!

Kenangan percutian di Langkawi yang tidak akan dilupakan Syera.

SEBELUM ini ada individu yang berkongsi pengalamannya terjatuh ketika melakukan aktiviti parasailing di media sosial.

Terbaharu, seorang gadis turut berkongsi pengalaman yang serupa, juga di lokasi peranginan yang sama iaitu di Pulau Langkawi.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada Jumaat baru-baru ini, Syahira Nafiesya Kamarudin berkata, ketika itu dia melakukan aktiviti parasailing bersama seorang rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kongsi kisah terjatuh masa parasailing, tak siapa tahu dapat sekali ‘pakej’ tali belit kaki, disengat obor-obor - “Saya nampak bot senget, sepupu pejam mata”

ARTIKEL BERKAITAN: “Angin bertukar arah, payung jatuh ke depan” - Tak serik jatuh paragliding, wanita ini cuma relaks sekejap sebelum cuba terbang sekali lagi

"Saya bercuti ke Langkawi dengan empat lagi rakan. Memang plan nak buat aktiviti parasailing sebab ia termasuk dalam pakej.

"Ini kali pertama saya melakukan aktiviti parasailing. Sebelum join, saya beritahu pihak syarikat 'watersport' tu yang jari saya patah dan saya tak mahu 'landing' dalam air. Jadi mereka aware dengan situasi saya.

"Semuanya okay pada dua minit pertama... kami dah terbang di atas. Namun tidak lama kemudian, ia tak naik makin tinggi. Saya sempat tanya rakan, 'memang tinggi ni je ke boleh naik?'

"Tiba-tiba kami makin rendah dan akhirnya terjatuh dalam air. Semuanya berlaku dengan pantas dan saya terkejut. Disebabkan itu, saya panik dan hampir-hampir lemas walaupun pakai jaket keselamatan.

"Rakan saya rakam dari sebelum kejadian dan tak perasan video masih on. Memang nampak jelas situasi kami terjatuh tu," ujar gadis berusia 21 tahun itu.

parasailing 1

Percutian Syera ke Langkawi turut disertai empat rakannya yang lain.

Senang disapa sebagai Syera, gadis ini berkata dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, dan pekerja syarikat berkenaan pantas menyelamatkan dia dan rakannya.

"Alhamdulillah jari saya okay. Cuma masa terjatuh dan tenggelam, saya tertelan juga air laut dan hampir lemas. Mujur partner saya tolak saya agar timbul. Dia tenang tapi saya memang panik sebab terkejut.

parasailing 3

Syera (kiri) tidak mengalami kecederaan dan meneruskan aktiviti lain selepas insiden itu.

"Kira-kira lima minit kami dekat dalam air, kemudian mereka datang selamatkan. Pekerja serta bos mereka minta maaf dan akui kesilapan. Puncanya sebab bot kehabisan minyak.

"Mereka juga offer untuk hantarkan ke hospital tapi Alhamdulillah saya okay. Selepas bertenang seketika, kami sambung buat aktiviti lain. Cuma ada sikitlah rasa sakit badan," kata gadis yang berasal dari Kulim, Kedah ini.

Mujur partner saya tolak saya agar timbul. Dia tenang tapi saya memang panik sebab terkejut.

SYAHIRA NAFIESYA KAMARUDIN

Sungguhpun mengalami pengalaman yang kurang enak, Syera yang juga pengasas produk kosmetik berkata, perkara tersebut sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba aktiviti yang sama selepas ini.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Syera berkata video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu sekadar perkongsian pengalaman sewaktu percutiannya.

"Nak kata trauma, ada juga. Kalau fikir, lawak pun ada. Tapi kalau nak repeat, saya nak buat dengan company watersport yang sama sebab mereka pada saya bertanggungjawab dan profesional.

parasailing 2

Walaupun sedikit trauma, namun Syera tidak serik untuk mencuba aktiviti parasailing selepas ini.

"Ada yang persoalkan kenapa tak ambil tindakan? Tapi bagi saya, mereka pun bertanggungjawab... perkara boleh settle elok-elok.

"Bagi mereka yang berhasrat nak buat aktiviti parasailing, pastikan kena jiwa kental. Kalau jadi apa-apa, jangan panik.... kekal bertenang," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain