suria

Dah makan banyak, tiba-tiba nampak benda bergerak celah nasi dengan salmon... agak-agak apa yang berlaku selepas itu?

Ada "protein" tambahan dalam makanan Lin.

BAYANGKAN apabila sedang enak menjamu selera, tiba-tiba terlihat sesuatu sedang bergerak di dalam makanan tersebut.

"Aduh terus kembang tekak, ghisauu," tulis seorang warga maya di sebuah video yang dikongsikan Suzlina Baharim,39 baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis akur perlu tinggalkan kampus, 2 kali tangguh pengajian hanya kerana satu ‘benjolan tak sakit’ - “Kanser bukan tiket mati’’

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi 3 beranak kerja guard... pelajar UiTM “nak rasa apa yang abah rasa”, dah ‘kebal’ kena maki tapi kalau bapa tegur terus emo!

Video itu memperlihatkan seekor ulat sedang bergerak di dalam pinggan nasi yang sudah lebih separuh dimakan.

Bercakap kepada mStar, Suzlina atau mesra dipanggil Lin berkata, kejadian berlaku ketika dia dan rakannya sedang menikmati makan tengah hari mereka di sebuah kedai di Subang.

"Masa tu kami order Aglio Olio dengan Nasi Goreng Salmon, tapi masa tu officemate nak tukar makanan sebab Nasi Goreng Salmon tu agak sejuk dan berminyak.

"Tengah akak makan nasi goreng dengan salmon tu akak nampak macam ada benda bergerak, bila tengok ulat tu bergerak dari celah nasi dan ikan salmon," katanya yang bertugas di sebuah syarikat minyak dan gas.

Lin yang menetap di Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang berkata, mereka terus memaklumkan perkara tersebut kepada pelayan di kedai terbabit.

"Muka dia (pelayan) terperanjat dan cepat-cepat dia nak ambil pinggan akak tapi akak minta balik sebab nak ambil video.

"Pelayan tu minta maaf dan mereka gantikan makanan akak dengan kek, kami juga tak perlu bayar makanan yang dimakan," katanya.

Menurut Lin, dia bagaimanapun mengakui telah memuntahkan makanan yang dijamahnya itu sebaik sahaja pulang dari kedai makan terbabit.

Nasihat akak sebelum makan tengok dulu makanan yang di makan, jangan sangka kedai yang cantik, popular tak ada kekurangannya.

SUZLINA BAHARIM

Lin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan populariti sesebuah kedai, sebaliknya pastikan restoran yang dipilih bersih.

"Restoran ni kali pertama kami makan, kedai bersih dan restoran ni popular di Subang.

"Cuma keadaan belakang restoran je agak kotor.

"Nasihat akak sebelum makan tengok dulu makanan yang di makan, jangan sangka kedai yang cantik, popular tak ada kekurangannya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain