suria

Mak mentua jadi ‘mastermind’ rancang kejutan sampai menantu menangis macam budak kecil - “Saya tertanya kenapa mereka menyepi”

Foto kiri, tengah Norsaffika menerima kejutan, kanan Norsaffika (dua, kiri) bersama ibu (kiri) dan bapa (dua, kanan) serta ahli keluarga.

WALAUPUN sudah berkahwin, kerinduan yang menebal pada ibu bapa tetap ada terutama mereka yang tinggal berjauhan.

Begitulah perasaan yang dilalui seorang anak perempuan yang baru setahun mendirikan rumah tangga.

Kedatangan keluarganya dari Sarawak untuk melawatnya yang sedang berpantang selepas bersalin di Melaka merupakan satu kejutan yang tidak disangka-sangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua mastermind buat kejutan untuk menantu... ini memang 'rare'! "Kena tunggu berdiri di sebalik langsir... separuh kek juga dia habiskan"

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas hadiah kereta, lagi kejutan buat ibu mentua... kali ini menantu umpan tudung!

Norsaffika Sahari berkata, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya yang tinggal di Bintulu, Sarawak sewaktu pernikahannya pada November tahun lalu.

Selepas bernikah, katanya, dia kemudian mengikut suami menetap bersama keluarga mentua di Bukit Beruang di Ayer Keroh, Melaka.

"Mak ayah saya belum pernah datang ke Melaka sejak saya kahwin. Bukan sahaja jauh, tapi juga PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sekatan rentas negeri sebelum ini.

"Sejak kahwin, hanya call dan video call termasuk mesej yang menghubungkan kami. Hari-hari rindu pada keluarga terutamanya ayah sebab saya rapat dengan dia," katanya kepada mStar.

kejutan berpantang 3

Norsaffika (dua, kiri) dan suami (tengah) pada majlis pernikahan di Sarawak. Turut serta bapa (dua, kanan), ibu (kiri) dan ibu tiri.

Norsaffika yang berusia 20 tahun berkata, dia baru melahirkan cahaya mata perempuan sulung pada 5 Disember lalu dan kini berpantang di rumah mentua.

"Selalu juga saya atau keluarga saya call. Tapi dua hari sebelum kejutan tu, baik ayah dan mak serta adik-beradik lain di kampung senyap saja.

"Saya risau sebab tak pernah jadi macam ni, tertanya-tanya apa masalah mereka sampai menyepi begitu sekali," ujarnya yang berasal dari Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu.

kejutan berpantang 2

Nosaffika (dua, kanan) dan suami (dua, kiri) bersama ibu bapa mentua.

Maka tidak hairanlah kemunculan bapanya mendahului ahli keluarga dan ibu di luar pintu rumah mentua baru-baru ini benar-benar mengejutkannya sehingga mengundang sebak.

"Hari tu mak mentua masak banyak, macam-macam lauk. Katanya ada kawan dia nak datang ziarah. Selepas tu mak mentua beritahu suami dari tempat kerja nak jumpa di luar rumah.

"Jadi bila saya buka pintu dan nampak ayah depan mata, memang saya terkejut sebab ayah dan mak serta mak tiri bersama ahli keluarga sanggup datang dari Bintulu ke Melaka.

Bayangkan dah sampai KLIA pun ayah sekeluarga masih senyap, sanggup guna van sewa untuk datang ke Melaka semata-mata nak jumpa saya

NORSAFFIKA SAHARI

"Saya tak dapat tahan sebak sampai menangis macam budak kecil. Saya anak bongsu dan memang rapat dengan ayah," katanya yang merujuk perkongsian video kejutan tersebut di aplikasi TikTok, sambil menambah ibu bapanya masing-masing berusia 49 dan 59 tahun.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, dia berasa terharu kerana tidak menyangka ibu mentuanya menjadi ‘ketua’ yang merancang untuk membuat kejutan tersebut.

kejutan berpantang 4

Bersama keluarga di Sarawak.

"Saya memang terharu dengan rancangan yang diaturkan mak mentua bersama adik ipar. Suami saya sendiri terkejut sebab dia tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dibuat.

"Bayangkan dah sampai KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pun ayah sekeluarga masih senyap, sanggup guna van sewa untuk datang ke Melaka semata-mata nak jumpa saya," katanya yang berketurunan etnik Melanau Bintulu.

Dalam pada itu, kerinduan suri rumah terhadap masakan tradisi terkenal di Sabah dan Sarawak yang diperbuat daripada sagu rumbia iaitu Ambuyat yang dimasak ibunya terubat.

"Bukan sekadar lepas rindu nak kumpul beramai-ramai dengan keluarga dari Bintulu, tapi saya dapat rasa juga Ambuyat air tangan mak buat di Melaka.

"Kali terakhir saya makan Ambuyat sebelum kahwin. Saya boleh je buat tapi tak ada kawan nak makan sama sebab suami tak reti makan Ambuyat," ujar Norsaffika secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain