suria

Tanggung rugi ratusan ribu termasuk kereta baru, peniaga ayam sanggup ke China cari solusi elak banjir musnah barang berharga

Pak Azam berusaha mencari jalan melindungi barang berharganya dari banjir.

KERUGIAN ratusan ribu ringgit yang terpaksa ditanggung akibat banjir yang melanda pada tahun 2013 membuatkan lelaki ini nekad untuk mencari ikhtiar lain bagi menyelamatkan barangan berharganya sekiranya banjir melanda kawasan perumahannya di masa hadapan.

Menetap di Kemaman, Terengganu, Amzan Ibrahim, 57, malahan sanggup membawa diri ke China bagi membeli plastik pelindung yang dikatakan mampu melindungi kenderaan, serta barangan berharga lain daripada rosak terkena air bah.

ARTIKEL BERKAITAN : Dah makan banyak, tiba-tiba nampak benda bergerak celah nasi dengan salmon... agak-agak apa yang berlaku selepas itu?

ARTIKEL BERKAITAN : Anak dapat pengajaran selepas sanggup ‘gaduh’ dengan ibu nak minum air kotak ‘taste not good’

Bercakap kepada mStar, Amzan yang lebih dikenali sebagai Azam Lot Ten atau Pak Azam berkata, rumahnya pernah dilanda banjir teruk pada tahun 2013 sehingga mengakibatkan beberapa kereta miliknya termasuk sebuah Triton yang baru dibeli sekitar enam bulan rosak sepenuhnya.

"Tahun 2013 banjir teruk di Kemaman, memang tenggelam kereta saya ada dalam 4 atau 5 buah parking di rumah.

"Masa tu dua kereta, Triton yang baru dibeli sekitar enam bulan dengan Mercedes memang total lost," katanya.

Menurut Pak Azam, dia kemudiannya terlihat sebuah video yang mempromosikan sebuah plastik lut sinar yang didakwa boleh melindungi kereta daripada dimasuki air banjir.

"Masa tu plastik tu dijual di Thailand, tapi bila saya check di China pun ada, jadi tahun 2014 saya pergi China semata-mata nak cari plastik tu.

"Saya ada jumpa satu supplier besar dekat Gongzhou, jadi saya pergi ke pejabat dia, sebab nak pastikan, ye lah kita bimbang juga.

"Pejabat dia tak besar tapi dia jual macam-macam, kebanyakannya aksesori kereta," ceritanya.

Pak Azam membuat keputusan untuk membeli 40 kotak plastik perlindungan tersebut untuk dijual dan disedekahkan kepada kenalan, selain untuk kegunaan sendiri.

"Setiap kotak mempunyai tiga helai plastik saya beli rasa dalam 200 yuen untuk sehelai, plastik tu besar sangat memang kalau kereta kancil, dua buah kereta boleh masuk dalam satu plastik.

"Kemudian balik sini saya jual, di pasar dan sekolah memang ramai beli, kemudian saya ada juga sedekahkan pada mereka yang tinggal di kawasan banjir," katanya yang juga seorang peniaga ayam di Pasar Borong Chukai, Terengganu.



Pak Azam sanggup ke China untuk melihat sendiri plastik pelindung yang dikatakan mampu menyelamat barangan berharga

Eksperimentasinya menggunakan plastik tersebut sewaktu banjir yang melanda kawasan perumahannya pada tahun 2014 menunjukkan bahawa plastik perlindungan itu berkesan menghalang air bah daripada merosakkan barangan berharga.

"Banjir 2014 tu tak teruk sangat tapi saya cuba masukkan kereta Harrier dan pickup 4 by 4 dan saya tinggal di tempat berbeza, satu di garaj bawah rumah, manakala satu lagi di padang depan rumah.

"Saya tinggal di situ hampir seminggu juga, bila saya buka plastik memang kereta dalam keadaan kering, di lantai plastik tak ada lumpur atau air, maksudnya memang tak ada bocor," katanya.



Keadaan rumah Pak Azam sewaktu banjir pada tahun 2014.

Jelasnya, ada juga di antara pelanggannya yang menggunakan plastik tersebut untuk menyelamatkan perabot mereka.

"Ada rumah depan tu dia balut tilam dia, lepas tu dia letak barang-barang lain atas tilam, tengok-tengok tilam tu terapung jadi barang-barang atas tilam pun selamat.

"Kalau tak kena benda tajam memang selamat, kalau terkena benda tajam tu takut bocor," katanya sambil menambah setakat ini mereka tidak pernah menerima sebarang maklum balas negatif dari pembeli plastik perlindungan tersebut.



Plastik tersebut boleh digunakan untuk menyelamatkan perabot dalam rumah.

Menurut Pak Azam, cara penggunaan plastik tersebut juga amat mudah.

"Tak leceh, bila buka nanti akan ada angin masuk jadi dia akan jadi bulat besar, lepas tu masukkan je kereta didalamnya.

"Cuma kena pastikan tayar tak ada batu, paku atau benda-benda tajam pada tayar sebab nanti takut bocor.

"Kemudian hujung dia tu boleh ikat di atas, sebab kalau kita biar di bawah nanti lama-lama bila terendam takut masuk air, kalau ke atas mungkin kalau masuk pun sikit-sikit je," jelasnya mengenai penggunaan plastik itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain