KEHADIRAN seekor kucing dengan calitan berwarna merah pada tubuhnya menjadi misteri buat seorang wanita yang sering memberi makanan kepada kucing jalanan tersebut. Berkongsi video kucing terbabit, di media sosialnya, Norhidayu Baharudin, 26 yang menyewa di Taman Bernam Jaya, Selangor bagaimanapun mengesyaki haiwan tersebut menjadi mangsa aniaya individu tidak bertanggungjawab. "Aku tak faham dengan manusia yang buat kucing macam ni? Simbah sirap dekat kucing? What the?!" tulis di media sosialnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah makan banyak, tiba-tiba nampak benda bergerak celah nasi dengan salmon... agak-agak apa yang berlaku selepas itu? ARTIKEL BERKAITAN: Dua sahabat seronok jadi maskot, suka tengok wajah insan gembira dapat kejutan - “Pelanggan cuba, mereka tak mampu pakai lama” Bercakap kepada mStar, Norhidayu yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Slim River, Perak berkata, dia dan keluarganya baru sahaja menyewa di taman tersebut sekitar setahun lepas. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jelasnya, dia sering ternampak beberapa ekor kucing terbiar di kawasan belakang rumahnya. Namun, katanya, ada seekor kucing berwarna putih yang sering datang ke rumahnya dalam keadaan comot. "Saya ambil inisiatif untuk bagi ia makan, tapi saya memang tak berniat untuk bela, yang datang selalu dalam lima atau enam ekor. "Kucing yang saya share di TikTok tu sebelum ni saya kerap nampak ia datang makan dengan keadaan dahi bercalit merah, saya anggap mungkin ada orang main dengannya, tapi kucing tu tak manja sebab akan lari setiap kali saya mendekatinya, mungkin dengan orang lain okay. "Calit merah tu saya rasa mungkin sirap, tapi tak boleh nak confirm, cuma warna tu lama-lama hilang sendiri," katanya. Norhidayu sering memberi makan kucing-kucing jalanan di kawasan perumahannya. Bagaimanapun, wanita ini semakin keliru apabila melihat kesan calitan itu semakin menjadi-jadi. "Saya terdetik nak ambil video kucing tersebut sebab terkejut sangat bila tengok ia datang dalam keadaan hampir separuh badan dipenuhi warna merah. "Hari ni (Selasa) warna hitam pula, macam baru balik dari bengkel, aduh, rasa macam nak ketuk kepala orang yang buat macam tu pada si kucing tu," katanya. Norhidayu sempat menitipkan pesan kepada orang ramai untuk jangan sesekali menganiaya haiwan walaupun buka pencinta haiwan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI