suria

Pilu lihat nasib mangsa banjir, mak usia 70 tahun gigih susun sumbangan pakaian... kasihan ibu siap takut, malu bila ramai sokong jadi wakil rakyat

Ibu kepada sembilan cahaya mata ini mula menyusun pakaian yang disumbangkan rakan-rakan sejak Selasa lalu.

RAKYAT Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah.

Biarpun Selangor dan Pahang teruk terjejas ekoran banjir yang melanda, rakyat jelata di negeri lain turut merasai duka dan hiba.

Malah, mereka juga tidak putus-putus menghulurkan bantuan dari segi kewangan, perkakasan rumah, pakaian dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bundle sedekah pakaian, sebak kedai belum buka mangsa banjir dah tunggu depan pintu nak tukar baju basah - “Ada yang bawa duit RM10’’

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra, rasa dekat macam keluarga... mangsa banjir di Hulu Langat terharu anak menantu PM luangkan masa bersihkan rumah

Bagi Jana Md Palil, 70, dari Pontian, Johor, derita yang dilalui mangsa-mangsa banjir ternyata meruntun emosinya.

Malah, kediamannya turut menjadi pusat pengumpulan pakaian terpakai sebelum ia diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri terjejas.

Menurut anak bongsunya, Suznita Mohd Su’ib, 31, usaha mengumpul pakaian melibatkan rakan-rakan sekampung mereka sudah bermula sejak Selasa lalu.

"Sebenarnya kakak saya tanya mak sekiranya kami ada pakaian terpakai yang masih elok. Bos kakak nak buat kutipan sebelum diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.

ita4

Ita bersama ibunya.

"Jadi, mak terus cari pakaian-pakaian yang masih elok untuk dikumpul. Pada masa sama, mak turut tanya rakan sekampung memandangkan dia ada group mengaji dan group tahlil.

"Jadi, ada yang datang hantar baju ke rumah. Sejak Selasa sehingga Khamis, mak susun ikut kategori. Ada pakaian bayi, pakaian dalam, baju dan seluar untuk lelaki, perempuan serta macam-macam lagi," ujarnya yang mesra disapa Ita.

Saya sebenarnya selalu bergurau dengan mak. Mak pun memang tak nak layan mana.

ITA

Menurut suri rumah itu, biarpun kawasan tempat tinggalnya tidak ditenggelami banjir, dia tetap sedih dengan bencana yang melanda.

"Sejujurnya memang sayu tengok keadaan banjir. Mak pula tiada akses media sosial, dia hanya menonton televisyen. Saya pun selalu tunjuk video-video banjir kepadanya.

"Kesian tengok kediaman mangsa yang tenggelam hingga tinggal bumbung, ada haiwan masuk rumah dan sebagainya. Kami di Pontian belum pernah ada banjir besar.

ita2

Antara sumbangan yang dikumpul di kediaman mereka.

"Mak cerita, pernah berlaku banjir besar di Pontian ketika dia umur 15 tahun. Selepas itu, tiada lagi banjir besar berlaku. Sekarang mak pun dah 70 tahun," ujar anak bongsu daripada sembilan beradik itu.

Dalam pada itu, video memaparkan Ita mengusik ibunya sebagai wakil rakyat Pontian gara-gara usaha gigihnya menguruskan barang sumbangan di kediamannya turut tular di aplikasi TikTok.

Kata Ita, dia sekadar berkongsi video untuk disimpan sebagai kenangan, namun tidak menyangka ia meraih hampir 80,000 tontonan di platfrom tersebut.

"Saya cakap pada mak, dah satu Malaysia tengok video dia. Dia suruh padam. Tapi saya kata ini untuk kebaikan, bukan sengaja viral.

ita3

Ita bersama kedua ibu bapanya.

"Anggap saja ini satu kebaikan untuk semua orang tengok, moga-moga orang lain pun turut sama bagi sumbangan. Selepas itu, baru dia OK.

"Saya sebenarnya selalu bergurau dengan mak. Mak pun memang tak nak layan mana. Dah dua tiga hari saya cakap supaya dia jadi wakil rakyat, dia kata tak nak.

"Komen-komen di TikTok pun ramai yang bergurau, kononnya setuju dan sokong mak jadi YB (Yang Berhormat). Seronok saya baca komen. Tapi mak kata dia malu dan takut," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain