suria

Disangka ruam, tapi benjolan makin membesar... tiap kali tersentuh dan berdarah, bayi 5 bulan meraung sampaikan terpaksa ambil ubat hipertensi!

Zara mempunyai Hemangioma dibawah mata kirinya.

TIADA siapa pernah menyangka, bintik kecil seakan ruam yang timbul di bawah mata kanak-kanak yang ketika itu baru berusia dua minggu akan membesar serta menimbulkan masalah di kemudian hari.

Ketulan asing yang kebiasaannya muncul pada bayi baru lahir ini sebenarnya dikenali sebagai Hemangioma.

Ia berlaku disebabkan adanya lebihan salur darah di bawah kulit dan ia biasanya terjadi di bahagian muka, kulit kepala, dada dan belakang badan.

ARTIKEL BERKAITAN : Misteri! Kucing jalanan kerap singgah rumah ada kesan calitan merah, hitam pun pernah... mungkinkah mangsa aniaya manusia tidak bertanggungjawab?

ARTIKEL BERKAITAN : Tanggung rugi ratusan ribu termasuk kereta baru, peniaga ayam sanggup ke China cari solusi elak banjir musnah barang berharga

Berkongsi pengalaman menjaga bayinya yang mempunyai Hemangioma di bahagian mata, Siti Noor Sara atau lebih mesra disapa Sara berkata, ketulan berisi darah ini muncul selepas anaknya, Nur Zara Sarah Abd Rani berusia dua minggu.

"Hemangioma ni sebenarnya doktor pun tak tahu punca, biasa orang panggil strawberry birthmark, ia sejenis saluran darah abnormal di bawah kulit.

"Kebiasaannya tak perlukan rawatan melainkan ia terlalu besar sehingga mengganggu orang lain, macam anak saya dekat dengan mata sehingga ganggu penglihatan dia," katanya yang tinggal di Semanggol, Perak.



Bawah mata Zara kelihatan normal sewaktu baru sahaja dilahirkan (kiri) namun muncul bintik seakan ruam ketika dia berusia dua minggu (kanan).

Menurut Sara, benjolan yang semakin membesar itu sangat sensitif terhadap sentuhan dan sering berdarah.

"Tercalar sikit pun boleh berdarah sebab dalam tu memang salur darah.

"Saya memang risau sangat dia cakar sebab susah nak control tangan baby kan, jadi sebelum ni memang saya tak boleh tinggal dia kejap pun sebab kena jaga tangan dia.

"Tapi akhirnya berdarah juga time tidur malam, penuh muka dengan darah dalam mulut, saya sedar sebab dia menangis," kongsi suri rumah ini.



Benjolan dibawah mata Zara ini sering berdarah apabila tersentuh.

Sebagai seorang ibu, hatinya cukup terusik setiap kali benjolan itu mengeluarkan isinya.

"Perasaan saya memang sedih la sebab anak kesakitan waktu luka tu, pedih mungkin.

"Setiap kali berdarah mesti dia menangis kuat," katanya.

Selain bedung, Sara juga memakaikan sarung tangan pada anaknya itu dan memastikan kuku mereka kekal pendek.

"Saya tak nak pakaikan mitten lama-lama jadi saya usahakan juga takut perkembangan tangan dia slow.

"Saya akan bedung bila dia nak tidur dan pakaikan sarung tangan, kuku pun kena sentiasa pendek," katanya.

Menurut Sara, anaknya kini terpaksa mengambil ubat darah tinggi orang dewasa, iaitu Propranolol supaya benjolan itu kecut.

"Tak bestnya ubat tu ada side effect, mula-mula lepas makan ubat tu tekanan darah dia rendah, jadi sekarang lepas makan kena pantau nadi dia.

"Alhamdullilah dia mula ambil ubat Propranolol waktu umur tiga bulan, sekarang baby lima bulan, Alhamdullilah nampak sedikit mengecut dan tak berdarah dah bila dia cakar pada benjolan tu," katanya.



Hemangioma dibawah mata Zara kini semakin mengecut.

Jelasnya, benjolan tersebut mungkin mengambil masa bertahun untuk hilang dengan sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain