suria

MUA ini buktikan ada rezeki menanti jika banyak bersabar apabila dikecam - “Saya tak lawan, apa ditegur terima saja”

Zaaf tak menang tangan melayan pelanggan selepas video solekannya tular.

SENTUHAN kreatif anak muda ini ternyata membuka satu lembaran baharu dalam kehidupannya.

Zaafarani Zainal, 23, sebelum ini bekerja sebagai penari di Melaka, namun pandemik Covid-19 yang melanda telah mengubah segalanya.

Mesra disapa Zaaf, dia kini bergelar sebagai jurusolek (MUA) demi meneruskan kelangsungan hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu ligat cari rezeki, tapi kerana si bongsu yang teristimewa MUA lebih selesa kerja dari rumah... cuma sedih dapat job, payment tak berbaloi!

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik hasil solekan cantik, jurumekap ini dedah hanya sekolah sampai Form 4 - “Belajar sendiri, tak pernah kursus sebab tak cukup duit”

"Saya mula belajar mekap ketika umur 15 tahun. Ketika itu, saya belajar secara suka-suka saja.

"Sebelum ini saya bekerja sebagai penari. Ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat kami terpaksa memberhentikan penari.

"Jadi, saya terpaksa cari pendapatan untuk tanggung kehidupan, sejak itu saya mula tawarkan khidmat solekan," ujarnya kepada mStar.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, bidang solekan mempunyai cabarannya yang tersendiri.

zaaf5

Antara wajah yang pernah menerima sentuhan Zaaf.

Selain persaingan dengan MUA lain, dia turut berdepan kecaman memandangkan bidang kreatif itu sudah sinonim dengan kaum Hawa.

"Jadi MUA tak susah, sebab saya memang minat bidang ini. Saya tak pernah masuk kelas, saya biasanya belajar sendiri, tengok video dalam Instagram.

Alhamdulillah, disebabkan viral, ramai mesej saya minta disolek.

ZAAF

"Cabaran utama sebagai MUA lelaki, saya sering dikecam. Ada yang pandang rendah. Bagi saya, kecaman itu dianggap sebagai satu cabaran dalam kerjaya.

"Memang kecaman sentiasa ada, yang penting kena rela hati, terima dengan hati terbuka. Saya tak akan lawan, apa yang ditegur saya terima saja," ujarnya yang berasal dari Jasin, Melaka.

Di sebalik kecaman, Zaaf turut bersyukur apabila video-video di TikTok miliknya turut meraih sokongan ramai.

zaaf3

Zaaf tak melatah dengan kecaman netizen.

Malah, video memaparkan dia sedang menyolek pengantin turut dipuji dan meraih sehingga lebih setengah juta tontonan.

"Walau ada yang kecam, komen yang hargai bakat saya lagi banyak sebenarnya. Alhamdulillah, saya rasa sangat dihargai.

"Saya bersyukur dan gembira. Masih ramai rakyat Malaysia yang hargai hasil kerja saya," ujarnya.

Penangan tular di TikTok, Zaaf juga tak menang tangan melayan permintaan solekan sehingga ke tahun hadapan.

zaaf2

Zaaf turut menerima permintaan solekan di luar negeri Melaka.

"Ramai pelanggan baharu kenal saya melalui TikTok. Tak sia-sia saya kongsi video. TikTok ini satu aplikasi yang bagus untuk kembangkan bakat dan bisnes.

"Slot sudah penuh sampai terkejar-kejar. Ada hari yang saya kena mekap sampai enam pengantin. Untuk Disember sudah penuh, slot mekap Januari 2022 juga sudah penuh.

"Alhamdulillah, disebabkan viral, ramai mesej saya minta disolek. Selain Melaka, saya juga mekap sehingga ke negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor.

"Awal-awal dulu rasa down dan tak yakin. Tapi dengan sokongan kawan-kawan, saya bersemangat sehingga ke hari ini," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain