suria

Darah gemuruh belum hilang, tiba-tiba pengantin kena tarik ‘buka silat’ di majlis sendiri... terpaksa ‘control’ aksi lasak sebab baju, seluar ketat

Foto kiri aksi Dinie membuka silat, kanan Dinie bersama isteri.

SILAT sembah pengantin merupakan tradisi Melayu yang masih dapat disaksikan pada majlis persandingan.

Acara pembukaan itu bukan sahaja meraikan kedatangan pasangan pengantin, malah dapat memeriahkan suasana majlis.

Namun lain pula berlaku kepada Raja Sehari ini apabila pengantin lelaki sendiri yang membuat persembahan silat.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri laluan, Raja Sehari nak lalu! Peniaga terkejut pengantin lawat pasar malam, suasana terus jadi ala kenduri kahwin - "Saya segan, isteri ajak masuk"

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk PPV nak cucuk vaksin, pengantin terkejut ada 'majlis' kahwin dirancang... siap ada show silat, kompang - "Nasib baik kami nikah betul-betul"

Pengantin lelaki, Muhammad Dinie Zainal Abidin berkata, dia bernikah pada 11 November dan majlis sanding diadakan di sebuah dewan di Petaling Jaya, Selangor pada 19 Disember.

Pemuda berusia 34 tahun itu memberitahu, acara pembukaan sepatutnya diserikan dengan persembahan silat daripada dua rakan yang berpengalaman dalam seni mempertahankan diri itu.

"Asalnya memang dua kawan saya yang buka silat sebaik saya dan isteri masuk berarak ke dalam dewan. Tapi kemudian salah seorang daripada mereka tarik diri saat akhir.

"Katanya tak cukup berlatih, jadi tinggal seorang je. Yang seorang ni pula tarik saya untuk join sekali, jadi saya masuk buka silat secara spontan," katanya kepada mStar.

pengantin bersilat 2

Dinie (kiri) dan isteri bernikah pada 11 November 2021.

"Dulu saya join Persatuan Seni Silat Panji Ria di Tangkak, Johor. Bersama teman-teman, kami rajin buat persembahan silat di majlis-majlis kahwin dan acara rasmi.

"Sejak tujuh tahun lepas tak aktif lagi sebab sibuk dengan kerja. Jadi bila kena tarik dengan kawan tu memang terkejut.

"Saya cuma ingat 'bunga' pembukaan, kiranya antara ingat tak ingat. Nak buat lama-lama tak yakin sebab tak ingat semua step," ujarnya yang juga berasal dari Tangkak.

pengantin bersilat 4

Dinie berpengalaman dalam silat.

Selain darah gemuruh, anak sulung daripada dua beradik itu juga tidak dapat membuat persembahan silat kerana busana songket yang dipakainya menyukaran pergerakan lasak.

Kalau baju dan seluar longgar, mungkin saya buka silat dengan langkah lebih panjang

MUHAMMAD DINIE ZAINAL ABIDIN

"Baju dan seluar pengantin yang saya pakai agak ketat sebab ikut potongan fit. Kalau baju dan seluar longgar, mungkin saya buka silat dengan langkah lebih panjang.

"Risau juga kalau nak lompat atau angkat kaki nanti seluar koyak. Payah pula nak bergerak ke pelamin nanti," katanya sambil menambah majlis itu turut meraikan dua lagi pasangan pengantin yang terdiri daripada adik isteri dan anak saudara lelaki isteri yang sama-sama di pelamin.

pengantin bersilat 5

Bersama rakan-rakan yang bergiat aktif dalam silat.

Mengakui kekok kerana telah lama tidak beraksi, namun pengurus restoran itu benar-benar tidak menyangka membuat persembahan silat di majlis kahwin sendiri.

pengantin bersilat 3

Dinie dan isteri (tengah) bersanding bersama dua lagi pasangan pengantin.

"Selalu perform di majlis kahwin orang dan rakan-rakan, tapi sekarang saya sendiri yang buat. Berpeluh juga nak ingat step walaupun tak lama.

"Dah selesai rasa lega sangat. Terfikir juga untuk kembali aktif bersilat dan tunjuk skil, InsyaAllah jika ada pertimbangan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain