suria

Wow! Lincah bergayut macam Spider-Man, tetamu tak sangka pemuda sibuk ambil gambar majlis selama 5 jam rupa-rupanya ‘encik tunang’...jimat kos!

Posing 'gila-gila' tunang Bulan meraih perhatian.

KEBIASAANNYA pasangan yang baru bertunang tersipu-sipu malu, atau sekurang-kurangnya asyik mengukir senyuman manis kerana gembira.

Namun lain pula bagi seorang pemuda yang bergaya sakan dengan pelbagai aksi melucukan termasuk bergayut pada dahan pokok ketika sesi fotografi majlis pertunangan.

"Cita-cita abang ni mesti nak jadi Spider-Man."

ARTIKEL BERKAITAN: Dari TikTok turun ke hati! Kenal 2 hari terus ajak tunang, 'first date' pergi beli cincin - "Dia jumpa mak ayah, masa tu saya sedang bekerja"

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya keliru sebab ‘cantik’, foto tunang pemuda ini buat ramai frust sampai hilang 6,000 followers Instagram - "Suara saya jantan habis"

Tunang kepada pemuda berkenaan, Astika Nadzirah Salehudin berkata, mereka mengikat tali pertunangan di kediamannya Jalan Kebun di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.

Gadis berusia 23 tahun itu memberitahu, tunangnya, Muhammad Abidin Mokhtar yang berumur 27 tahun mempunyai perwatakan ceria dan sering membuat jenaka.

"Perangainya memang gila-gila. Itulah dirinya yang sebenar, tetap sama dari mula-mula kami kenal sehingga bertunang.

"Bila keluar bersama di shopping mall, dia boleh tiba-tiba buat perangai. Semuanya dilakukan secara spontan," katanya kepada mStar.

tunang posing gila gila 3

Antara gambar-gambar yang dikongsi Bulan di laman sosial.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, dia yang lebih mesra disapa Bulan berkata, mereka mula mengenali menerusi permainan secara dalam talian, Plato pada 2018.

"Saya main suka-suka je sebab masa tu game Plato tengah trending. Kami kenal dalam tu selepas empat bulan saya aktif bermain.

"Enam bulan kemudian barulah kami berjumpa, kiranya first date sebelum hubungan semakin rapat," ujarnya yang berasal dari Teluk Intan, Perak.

tunang posing gila gila 1

Aksi yang cukup bertenaga.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, tunangnya merupakan jurugambar sambilan yang banyak mengajarnya untuk berasa lebih yakin di hadapan lensa kamera.

Malah katanya, tunangnya juga memainkan peranan sebagai jurugambar sepanjang majlis pertunangannya yang berlangsung selama kira-kira lima jam.

Dia bukan saja kelakar dan gila-gila, tapi juga begitu protective pada saya sehingga membuatkan saya rasa lebih selamat

ASTIKA NADZIRAH SALEHUDIN

"Masa kami tunang, dia ambil gambar sepanjang majlis. Ada tetamu dalam kalangan saudara-mara yang tidak mengenali tunang kata 'Eh! Laa... itu tunang ke yang ambil gambar, jimat kos'.

"Bila giliran dia bergambar dengan saya, macam-macam posing gila-gila dibuatnya. Dalam banyak-banyak gambar yang diambil, hanya sekeping dua je yang proper," ujarnya yang berpengalaman dalam bisnes dropship.

tunang posing gila gila 4

Bulan (kanan) mengenali tunangnya menerusi permainan dalam talian, Plato.

Bulan yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Produksi Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Selangor berkata, sifat budiman tunangnya menawan hati.

"Dia bukan saja kelakar dan gila-gila, tapi juga begitu protective pada saya sehingga membuatkan saya rasa lebih selamat," tambahnya.

tunang posing gila gila 2

Sikap 'protective' si tunang menawan hati Bulan.

Dalam pada itu, Bulan yang bakal melangsungkan pernikahan pada Jun 2022 menganggap tindakan suaminya menjadi jurugambar di majlis tunang telah menceriakan suasana.

"Bila kahwin nanti kami akan bersanding di pelamin. Jadi, kami kena upah jurugambar lain untuk merakamkan gambar sepanjang majlis.

"Takkan tunang pula ambil gambar kami masa kahwin. Nanti macam saya kahwin seorang," ujarnya secara berseloroh.

Bulan membuat perkongsian dua video yang menghimpunkan gambar-gambar bersama tunang di aplikasi TikTok dengan salah satunya meraih lebih setengah juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain