BENCANA banjir yang melanda di beberapa kawasan dalam negara ini mengakibatkan kerosakan harta benda ditelenggami air. Malah terdapat mangsa banjir terpaksa berputih mata melihat harta bernilai mereka dihanyutkan arus deras. Namun siapa sangka sebuah peti ais yang hilang akibat malapetaka itu berjaya ditemui di atas sebatang pokok menerusi satu misi pencarian. ARTIKEL BERKAITAN: Banjir cecah paras leher, peniaga pisang goreng sanggup cari dan cuci semula bekalan dihanyut arus deras ARTIKEL BERKAITAN: Pasrah 1,000 kereta mainan ditenggelami air bah, pengumpul koleksi Hot Wheels lebih 20 tahun nak beri percuma je... tak serik nak kumpul lagi Berkongsi pengalaman, Suhairi Abdul Wahab berkata, dia dan seorang rakannya merupakan antara mangsa banjir di Kampung Batu Kapor di Mentakab, Pahang. Pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, kawasan kampung paling terjejas teruk pada Isnin minggu lalu dengan ketinggian melepasi bumbung rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kejadian banjir dengan air paling dalam pada 20 Disember, tiang lampu pun habis tenggelam. Rumah mak saya pun terjejas, hampir keseluruhannya ditenggalami air. "Kampung kami memang dah biasa dengan banjir, tapi kami tak jangka kali ini betul-betul dalam. Sikit lagi seluruh kawasan rumah ditenggelami air, hingga ada paras lebih tinggi dari bumbung rumah," katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Sifu, katanya, banjir mulai surut pada hari kelima dan kering sepenuhnya pada hari ketujuh. Air mencecah paras bumbung. Mengenai pencarian peti sejuk yang hilang, katanya, ia merupakan permintaan bapa kepada sahabatnya yang dikenali sejak dari tadika, Azreen Abdul Majid, berusia 30 tahun. "Misi berlaku pada hari ketujuh selepas banjir apabila saya berselisih dengan rakan memandangkan kami lama tak berjumpa. Saya tanya nak ke mana? Dia kata nak cari peti ais. "Saya rasa macam kelakar sebab orang lain tak ada pula nak cari barang-barang yang hanyut ni," katanya yang sebelum itu membantu mengemas rumah rakan lain yang terjejas akibat banjir. Menurut peniaga itu, pencarian yang dilakukannya bersama rakan tersebut mengambil masa selama satu setengah jam sebelum menemukan peti ais yang hilang. Keadaan banjir di kawasan Mentakab, Pahang. "Selepas ronda-ronda satu kampung, kami akhirnya jumpa peti ais tersangkut di atas pokok rambutan. Jarak ia ditemui dengan rumah dia dalam satu kilometer. "Peti ais tu tersangkut pada ketinggian 5 kaki (1.5 meter). Masa tu saya tergelak sebab puas cari akhirnya jumpa tersangkut di celah pokok rambutan," katanya sambil menambah rakannya kusut memikirkan bagaimana untuk membawa turun peti ais berkenaan. Kawan saya nak cari peti ais tu sebab ayahnya letak peralatan menjala dalam tu. Mereka suka menjala dan memancing sebab itu ayah dia suruh cari SUHAIRI ABDUL WAHAB Sifu berkata, peti ais yang dihanyutkan arus deras itu sebenarnya tidak boleh digunakan lagi, namun terdapat barang yang diletakkan oleh bapa rakannya sebelum kejadian banjir. "Kawan saya nak cari peti ais tu sebab ayahnya letak peralatan menjala dalam tu. Mereka suka menjala dan memancing sebab itu ayah dia suruh cari. "Saya asyik gelak sambil cari peti ais tu sebab ayah dia marah dia tak angkat barang-barang rumah termasuk peralatan menjala ke tempat lebih tinggi, dia biarkan macam tu je," katanya. Keadaan tanah berlumpur selepas banjir surut. Sifu bagaimanapun memberitahu, malangnya peralatan menjala tersebut tidak ditemui dalam peti ais tersebut, dipercayai telah dihanyutkan arus deras. "Kami tengok peti ais tu dah terbuka, dan tak ada jala di dalamnya. Peti ais tu masih tersangkut atas pokok, tidak diturunkan pun sebab kawan kata biarlah dijemur dahulu. "Saya berkawan dengan semua orang. Bila saya dalam kesusahan, ramai kawan tolong saya dan bila kawan-kawan susah, saya tolong mereka," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!