suria

Tolak percutian ke Langkawi, aktivis bawa anak yatim santuni mangsa banjir... biar tengok depan mata, sebelum ini tonton di TV saja

Penghuni Rumah Qaseh Jariah tidak ketinggalan menyantuni mangsa banjir.

BENCANA banjir yang melanda beberapa negeri minggu lalu menyaksikan permuafakan dan sikap sebenar rakyat negara kita yang tak lokek menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

Selain badan bukan kerajaan (NGO), ada juga kumpulan serta individu persendirian yang mengambil inisiatif menjadi sukarelawan dengan menyertai misi bantuan.

Sekumpulan anak yatim Rumah Jariah Qaseh dari Kedah ini turut tidak ketinggalan menyantuni mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apabila wang bukan lagi keutamaan hatinya...” - Aktivis masyarakat kongsi kisah doktor mulia, wakaf rumah berkembar 2 tingkat

ARTIKEL BERKAITAN: Bertongkat singgah kedai belum dibuka, makcik tua senyum meleret dipelawa pilih barang free... pegang punya pegang akhirnya ambil telekung!

Menurut aktivis kebajikan, Natipah Abu yang mengendalikan Rumah Qaseh Jariah, dia berasa terpanggil untuk membawa anak-anak yatim berkenaan turun padang bukan sahaja bagi menyantuni mangsa banjir malah mahu memberi pendedahan pengalaman kepada mereka.

"Sebenarnya ada sahabat saya hendak menaja percutian anak-anak yatim Jariah Qaseh ni ke Langkawi tapi saya minta ditukarkan ke Kuala Lumpur. Saya nak serahkan sumbangan kelengkapan solat yang kita akad dalam Sedekah Jumaat berupa telekung, sejadah dan pelikat.

yatim 1

Penghuni Rumah Qaseh Jariah menyantuni mangsa banjir di Kampung Batu 17, Hulu Langat.

"Alang-alang saya bawa sekali anak-anak ini untuk sama-sama menyertai dan menyantuni mangsa banjir.

"Harapannya agar ianya akan memberi pendedahan kepada mereka tentang apa yang berlaku di luar sana. Mengambil iktibar dan belajar berkongsi duka dengan mereka yang diuji.

yatim 2

Sebanyak 100 set kelengkapan solat diedarkan ke rumah penduduk kampung hasil sumbangan ramai menerusi Sedekah Jumaat.

"Mereka seronok kerana dapat turut serta bersama mangsa banjir. Sebelum ini mereka lihat di televisyen saja. Bila tengok depan mata, baru tahu macam mana kesusahan mangsa banjir. Yang hilang tempat tinggal, sehelai sepinggang," ujarnya.

Dalam misi tersebut, Natipah bersama penghuni Rumah Qaseh Jariah seramai sembilan orang mengedarkan 100 set kelengkapan solat ke rumah penduduk kampung Batu 17 Hulu Langat.

Mereka seronok kerana dapat turut serta bersama mangsa banjir. Sebelum ini mereka lihat di televisyen saja.

NATIPAH ABU

AKTIVIS KEBAJIKAN

"Alhamdulillah kedatangan kami sangatlah dialu-alukan walaupun kami bukanlah orang pertama yang menyumbang kelengkapan solat. Tapi bagi saya, sebuah rumah patut ada dua atau tiga helai. Tak salah kalau bagi lebih.

"Selain itu kami lebih kepada moral support kepada mangsa banjir, dan jadi orang ketiga untuk salurkan bantuan kepada mereka," ujar aktivis ini lagi.

Tambahnya, kelengkapan solat tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai menerusi inisiatif 'Sedekah Jumaat' yang digerakkannya.

natipah

Natipah sudah lebih 10 tahun aktif dalam lapangan kebajikan.

"Tahun ini dah masuk tahun ketiga Sedekah Jumaat diwujudkan. Dengan Sedekah Jumaat, macam-macam kes kita dah cuba bantu. Contohnya baiki rumah, tolong belikan kelengkapan atau barangan untuk mereka yang memerlukan dan sebagainya.

"Saya sering kongsikan di Facebook setiap bantuan hasil Sedekah Jumaat sebagaimana yang boleh dilihat di wall FB saya," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain