LAHIR dan membesar di negara berbilang bangsa dan budaya secara tidak langsung memberi kesan kepada keperibadian dan penampilan masyarakatnya. Terbaharu, rakaman seorang pemuda berwajah ala Korea - Cina yang fasih berbahasa Melayu tetapi tidak kedengaran pelat asal usul sebenar dirinya menjadi tular di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Pamer koleksi jam, topi di luar rumah... ‘individu misteri’ tiba-tiba muncul depan pintu dah jadi perkara biasa Video melibatkan pelajar kolej matrikulasi Selangor itu meraih perhatian ramai setelah ia dikongsikan di TikTok miliknya sehingga mendapat lebih 200,000 tontonan. "Ramai sangat keliru dan tertanya-tanya tentang bangsa saya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Keluarga asal saya memang berbangsa Cina tetapi mereka telah meninggal dunia. "Sejak bayi saya telah dibesarkan oleh keluarga Melayu," ujarnya yang kini berusia 19 tahun. Daniel bersama ibu bapa, kakak serta dua anak buahnya. Menurut Shabanie Saini, dia dibesarkan oleh bapa dan ibu angkatnya Saini Rosli, 75 dan Jaliah Majid, 71 yang menetap di Kuching, Sarawak. Bercerita kepada mStar, nama samaran Daniel Choo yang digunakan di platform media sosialnya merupakan 'hadiah' pertama daripada ibu bapa kandungnya sendiri. Walaupun Daniel tidak pernah melihat wajah ibu bapa kandungnya tetapi dengan nama yang diberi itu membuatkan dia masih dapat merasakan dirinya sebahagian daripada keluarga asalnya. Dibesarkan di ibu negeri Sarawak, dia yang mesra disapa Daniel mendedahkan bahawa dirinya langsung tidak fasih berbahasa Cina. Menurut anak muda itu, dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching yang menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sepenuhnya. Imbasnya, ada kalanya dia masih rasa cemburu melihat kemesraan antara rakan-rakannya yang lain dengan ibu bapa kandung masing-masing. Daniel menetap di Kuching, Sarawak. Ditambah pula, rakan-rakan di zaman persekolahan dahulu majoritinya berbangsa Cina sekali gus membuatkan Daniel berasa sedikit kehilangan. "Tipulah kalau saya tak jealous bila tengok mak ayah hantar kawan-kawan saya pergi sekolah siap peluk cium dan bagi bekal makanan lagi. "Ibu saya yang sekarang ada juga sediakan bekal untuk saya dulu tapi saya masih tertanya-tanya sama ada ibu bapa kandung saya akan lakukan semua tu pada saya. "Tetapi lama-kelamaan, saya rasa semua itu tidak penting lagi kerana kita mestilah pandang ke hadapan untuk maju dalam kehidupan," ujarnya yang turut mempunyai seorang kakak angkat iaitu anak kandung kepada keluarga angkat yang membesarkannya. Daniel tidak menyangka video di TikTok miliknya akan viral. Tambahnya lagi, disebabkan dia memiliki wajah Cina dan sekali lagi pandang macam jejaka Korea tetapi fasih berbahasa Melayu, ramai yang mempersoalkan identiti diri termasuk agamanya. Sungguhpun berketurunan Cina, namun dia dibesarkan keluarga Melayu sekali gus hidupnya berpandukan ajaran Islam, malah dia sendiri telah khatam Al-Quran sebanyak tiga kali. Mengulas kisah tularnya, Daniel berharap agar netizen masih tetap menghormati dirinya sebagai seorang berbangsa Cina dan meneruskan kehidupan mengikut cara Melayu serta ajaran Islam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI