MENULIS perkataan atau ayat dengan tulisan jawi di atas sehelai kertas mungkin perkara biasa. Namun, jarang-jarang sekali melihat tulisan jawi dilakukan di atas kek. Percaya atau tidak, itulah kebolehan seorang warga emas yang berusia hampir seabad apabila begitu mudah menghias kek dengan tulisan jawi. ARTIKEL BERKAITAN: Usia hampir seabad, romantik macam baru kahwin... cucu dari jauh ada sebab mula simpan koleksi video sweet datuk, nenek ARTIKEL BERKAITAN: Layankan aje permintaan potong rambut, cucu terkejut dapat tahu datuk usia 80 tahun ada akaun TikTok! - "Atuk excited muka dia lalu kat FYP" Anaknya, Safura Nur Md Yusuf berkata, bapanya, Md Yusuf Lembik berusia 88 tahun merupakan bekas guru subjek Bahasa Melayu. Wanita berusia 49 tahun itu memberitahu, bapanya turut membantu arwah ibunya mengusaha bisnes kek dan biskut sejak 1970an. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Baba (panggilan bapa) minat dan mahir menulis jawi dan khat. Dah lama baba tulis jawi atas kek ikut tempahan dan permintaan pelanggan. "Biasanya baba tulis doa dalam jawi atas kek. Selain itu, ada juga ucapan-ucapan yang ditulis dalam tulisan jawi seperti Selamat Hari Jadi," katanya kepada mStar. Bapa dan arwah ibu Safura mengusahakan bisnes kek dan biskut sejak 1970an. Safura berkata, dia sebelum ini bekerja sebagai kerani di Bangsar, Kuala Lumpur sebelum mengambil tawaran skim pemisahan sukarela (VSS) dan pulang ke kampung di Lenggong, Perak bagi membantu ibu mengusahakan perniagaan. Jelas anak bongsu daripada empat beradik itu, dia kemudian mengambil alih bisnes berkenaan bersama ahli keluarga selepas ibunya yang menghidap diabetis meninggal dunia pada 2012. Baba minat dan pandai tulis jawi dan khat. Dah lama baba tulis jawi atas kek ni mengikut tempahan dan permintaan pelanggan SAFURA NUR MD YUSUF "Tulisan dan ukir kek baba buat. Arwah mama (panggilan ibu) cuma hias je bagi cantik. Ada pelanggan request nak kek ditulis doa, baba dan mama hasilkan idea buat hiasan buku pada kek. "Baba fokus pada kek buku, yang lain semua tak berani lagi nak tulis atas kek buku," katanya sambil menambah kek buku sering mendapat permintaan tinggi. Antara kek yang ditulis bapa Safura dalam tulisan jawi. Menurut ibu kepada empat anak ini, kepakaran bapanya menulis jawi di atas kek membolehkan dia mampu menyiapkan tulisan jawi itu dalam masa 15 minit sahaja. "Dalam 15 minit siap tulis jawi atas kek. Mencabar kalau krim icing tu saya bancuh sampai terkeras. Susah baba nak tekan (krim)," katanya yang turut mengusahakan bisnes manisan dan makanan sejuk beku. Safura (kiri) bersama bapanya. Safura berkata, bapanya yang dikenali sebagai Cikgu Yusuf pernah mengendalikan katering bersama arwah ibu untuk majlis perkahwinan dan pernah menjadi imam di masjid di kampung halamannya di Kampung Masjid lama di Lenggong. Selain membantu dalam bisnes kek, tambahnya, bapanya turut bergiat aktif berkebun, menternak ayam kampung dan bertukang. "Jualan mengikut tempahan. Alhamdulillah ada tempahan setiap hari. Biasanya pelanggan order nak hadiah untuk anak, anak saudara kahwin atau tunang. "Order macam biasa daripada pelanggan dekat-dekat. Yang nak tempah menerusi WhatsApp ramai tapi kebanyakannya jauh dari Lenggong, yang dari Sabah pun ada," ujarnya. Bapa Safura bergiat aktif berniaga dan berkebun. Safura berkata, pada masa ini anak-anaknya turut membantu menulis jawi atau tulisan jawi yang mudah. "Kami berharap agar bisnes ini terus maju jaya dan kemahiran atuk diwarisi anak cucu, insyaAllah," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI