suria

Terpengaruh stigma mak tiri jahat, wanita pernah beri syarat kalau calon pengganti ibunya ada anak... elak pening bapa pilih anak dara!

FotoJet (15)

MENDENGAR perkataan "ibu tiri" tentunya ia mampu menimbulkan perasaan takut dalam hati setiap individu terutama si anak.

Masakan tidak - masyarakat umum sudah sering kali dihidangkan dengan drama juga sinetron yang memperlihatkan kekejaman ibu tiri yang bukan sahaja merampas bapa, malah ada juga yang merebut harta peninggalan termasuk arwah ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang masak tampan lupa niat sambung belajar sebab seronok kerja! Hanya mahu masak untuk bakal isteri, idam bisnes sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Seorang masuk kolej, ‘sekampung’ pergi hantar... akhirnya hanya ditemani sehelai sweater - “Kami pesan jangan toleh’’

Drama-drama sebegini secara tidak langsung memberi persepsi yang sedikit negatif kepada masyarakat.

Mengakui dirinya juga menyangkakan perkara yang sama, Syarifah Khyra Syed Muhsin, 29 bagaimanapun mengakui persepsinya berubah apabila melihat keikhlasan ibu tirinya, Nor Azizah Mohd Nor, 52, menjaga ayahnya.

Bercakap kepada mStar, Syarifah berkata dia kehilangan ibu kandungnya disebabkan penyakit asma ketika usianya baru mencecah 15 tahun.

"Abah dulu memang sangat garang, saya kalau nak beli atau minta apa-apa mesti kena melalui umi, bila umi tak ada ia menjadi satu cabaran buat saya," cerita anak bongsu daripada lima beradik ini.

Enggan anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, ayahnya, Syed Muhsin Syed Zin, 67, berusaha untuk mencari pasangan yang dirasakan dapat menjaga serta menyayangi dirinya serta anak-anak.

"Ayah kahwin dengan ibu lepas empat tahun abah membujang, sebelum tu kalau ada calon abah akan tanya pada saya okay ke tak, ada yang saya akan jawab, ada yang saya tak jawab.

"Ye la dulu kita selalu tengok drama mak tiri jahat, zaman-zaman sinetron, jadi kita pun ada mindset yang salah mak tiri mesti jahat," katanya.

Katanya, antara syarat yang dikenakan pada bapanya yang juga seorang pesara penghulu adalah untuk dia berlaku adil dan saksama.

"Abah memang sangat memilih, boleh kata dalam tempoh empat tahun tu ramai juga calon tapi bukan semua dia tunjuk pada saya, ada yang kami dapat tahu sendiri.

"Saya cuma beritahu, kalau calon tu ada anak jadi abah perlu berlaku adil, apa yang anak tiri dia dapat, dia kena sediakan untuk saya juga.

"Jadi abah tak mahu pening kepala dia kahwin dengan ibu yang masa tu masih anak dara," katanya menambah ibu tirinya pada ketika itu berusia sekitar 40 an.



Syarifah bersama ibu dan ayahnya.

Menurut Syarifah, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk menerima ibu tirinya itu.

Pengasas produk kecantikan ini berkata, bapanya juga juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan mereka adik beradik bersikap terbuka dan menerima ibu tirinya itu.

"Mula-mula memang susah kami nak terima sebab kami ada mindset pasal ibu tiri selain membandingkan antara ibu dan umi (ibu kandung)

"Alhamdullilah, dalam setahun lebih tu kami cuba belajar untuk menerima, ikut apa yang abah didik kami iaitu hormat ibu tiri, jaga hatinya.

"Abah juga sangat adil, tak nampak dia lebihkan ibu, tapi abah akan dahulukan anak dan dia ajar ibu untuk dahulukan anak-anak juga.

"Lama-lama okay, Alhamdullilah sampai sekarang, memang kami tak pernah sisihkan ibu atau kurang ajar memang kalau kami bagi hadiah atau contoh duit raya ke apa, kami akan bagi abah dan juga ibu," katanya yang menetap di Kuala Terengganu.



Ibu tiri Syarifah diterima baik anak-anak dan cucunya.

Katanya, dia malah senang memikirkan bahawa ayahnya itu kini mempunyai pasangan yang mampu menjaganya.

"Memang tak ada siapa boleh ganti ibu kita, tapi sekurang-kurangnya ada orang jaga abah sekarang, kami pernah pergi umrah bersama memang lepas keluar masjid ibu yang paling sibuk cari abah, memang nampak dia sangat-sangat menjaga abah dan ia membuatkan kami sebagai anak rasa lega.

"Anak-anak, cucu pun nak dengan ibu, saudara mara pun okay, Alhamdullilah," katanya yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain